Kulim

Tempat-tempat menarik di Kulim yang mesti dilawati. Terdapat tarikan ecotourism seperti hutan lipur dan air terjun yang cantik sesuai untuk perkelahan. Selain itu, beberapa aktiviti menarik juga boleh dilakukan jika bercuti di daerah ini.

Tempat menarik di Kulim

Tempat menarik di Kulim

Bagi pengunjung yang ingin bercuti ke Kedah, satu daerah yang boleh dilawati ialah Kulim. Beberapa tempat menarik, aktiviti dan tempat makan menanti anda disini. Selain bandar Kulim yang merupakan bandar terbesar, terdapat beberapa pekan kecil seperti Lunas, Padang Serai dan Junjung. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi destinasi pelancongan serta tarikan unik yang ada di daerah ini.

Tree top walk Sungai Sedim, Kulim

Tree Top Walk Sungai Sedim

Tree Top Walk Sungai Sedim terletak didalam kawasan Taman Rekreasi Arus Deras Sungai Sedim iaitu didalam kawasan Hutan Simpan Gunung Inas, di daerah Kulim, Kedah. Laluan kanopi sepanjang 1.5 KM ini mempunyai ketinggian paling tinggi 36 meter dari aras tanah. Berjalan diatas kanopi ini membolehkan pengunjung melihat pokok-pokok dari aras yang tinggi untuk memerhatikan pelbagai flora dan fauna menarik yang ada dikawasan Hutan Simpan Sungai Sedim.