Langkawi

Langkawi ialah pulau peranginan yang terletak di negeri Kedah. Ia merupakan salah satu destinasi popular untuk bercuti. Berbagai tarikan pelancongan ada disini. Antara lokasi menarik untuk dilawati ialah tempat sejarah dan warisan, pantai yang cantik, pulau peranginan serta alam semulajadi. Selain itu aktiviti water sport, island hopping, snorkeling dan sunset cruise turut disediakan untuk pelancong.

Langkawi juga terkenal sebagai destinasi popular untuk membeli-belah. Ini kerana pulau ini telah diwartakan sebagai Pulau Bebas Cukai. Berbagai barangan boleh dibeli dengan harga yang murah. Ini menjadi tarikan terutama sekali barangan berkualiti dari luar negara. Malah barangan tempatan juga menjadi pilihan pengunjung seperti produk gamat, herba dan akar kayu, kain batik, pakaian, serta barangan hiasan dan aksesori.

 

Beras Terbakar di Padang Matsirat Langkawi

Beras Terbakar di Padang Matsirat Langkawi

Beras Terbakar di Padang Matsirat adalah salah satu lokasi bersejarah yang boleh dilawati jika anda bercuti ke Langkawi. Ia adalah kawasan dimana terletaknya beras terbakar yang dikaitkan dengan sumpahan Mahsuri. Pengunjung dapat melihat tapak kawasan kejadian dan sisa beras yang hangus terbakar.

Selain terkenal sebagai tempat bersejarah, ia juga popular sebagai tempat membeli-belah. Pelancong yang ingin mendapatkan kain batik dengan harga yang murah selalunya akan datang kesini.

Makam Mahsuri

Makam Mahsuri

Makam Mahsuri ialah antara tarikan pelancongan yang terkenal di Langkawi. Ia terletak di Ulu Melaka, iaitu kampung asal dimana beliau dilahir dan dibesarkan. Oleh kerana ia sering menjadi tumpuan pelancong, tempat ini telah dibangunkan menjadi sebuah kompleks pelancongan dan dikenali sebagai Kota Mahsuri.

Oriental Village Langkawi

Oriental Village Langkawi

Oriental Village ialah tempat menarik yang kurang dikenali di Langkawi. Tetapi bila sebut Kereta Kabel Langkawi, pasti ramai yang tahu. Sebenarnya stesen kereta kabel terletak di Oriental Village.

Selain kereta kabel, banyak lagi tempat menarik dan aktiviti pelancongan ada disini. Pengunjung boleh melawat taman-taman indah dan jambatan yang dibina menghiasi kawasan tasik yang luas. Manakala aktiviti menyeronokkan yang menanti pengunjung termasuk aktiviti air, indoor dan aktiviti lasak.

Kereta Kabel Langkawi - SkyCab Panorama Langkawi

Kereta Kabel Langkawi

Kereta Kabel Langkawi atau lebih dikenali sebagai Langkawi Cable Car ialah salah satu tarikan pelancongan utama di Pulau Langkawi. Mula beroperasi pada 25 Februari 2005, ia sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negeri.

Apa yang menarik tentang Kereta Kabel Langkawi adalah ia mempunyai laluan yang paling curam di dunia. Ia juga merupakan pengangkutan utama untuk ke puncak Gunung Mat Chinchang (Machincang) dimana pengunjung dapat melihat keindahan alam semulajadi, pemandangan menarik Langkawi dan pulau-pulau diperairannya.

Mangroves tour Kilim Geoforest Park Langkawi

Mangroves Tour Kilim Geoforest Park

Salah satu aktiviti paling popular di Langkawi ialah mangroves tour. Faktor utamanya ialah kerana disini terdapat rizab alam sekitar seluas hampir 100 km persegi yang dikenali sebagai Kilim Geoforest Park. Ia telah diisytihar oleh UNESCO sebagai warisan geologi purba yang berusia lebih 500 juta tahun. Taman ini mempunyai keajaiban alam semula jadi yang tidak terkira banyaknya serta mengandungi pelbagai jenis flora dan fauna.

Snorkeling ke Pulau Payar

Pulau Payar Kedah

Pulau Payar terkenal sebagai destinasi popular untuk melakukan aktiviti snorkeling. Jika anda bercuti ke Langkawi, ia adalah salah satu pilihan aktiviti yang boleh dilakukan. Cuma masa yang perlu anda peruntukan agak lama iaitu hampir satu hari. Untuk mendapatkan pakej ini, anda boleh survey sendiri di Internet atau dapatkan melalui hotel penginapan anda.

Disini saya kongsikan sedikit maklumat berkenaan Pulau Payar dan juga aktiviti snorkeling di sana semoga dapat membantu pengunjung yang merancang untuk melakukan aktiviti menarik ini.

Aktiviti lasak di Langkawi

Aktiviti lasak di Langkawi

Aktiviti lasak adalah salah satu tarikan pelancongan yang popular dikalangan pengunjung yang bercuti di Langkawi. Berbagai jenis aktiviti ditawarkan seperti aktiviti air, alam semulajadi dan aktiviti darat yang mengujakan. Kali ini saya syorkan beberapa aktiviti paling menyeronokkan yang boleh anda cuba bila bercuti di pulau ini.

Walaupun aktiviti ini boleh dilakukan secara solo atau berseorangan, kebanyakannya melibatkan ramai peserta. Anda boleh menyertai peserta lain jika perlu. Namun lebih menyeronokkan jika melakukannya bersama ahli keluarga atau kawan-kawan.

Sunset Dinner Cruise Langkawi

Sunset Dinner Cruise Langkawi

Salah satu aktiviti menarik di Langkawi yang cukup meninggalkan kesan ialah Sunset Dinner Cruise. Anda akan dibawa menaiki bot atau kapal cruiser merentas lautan melihat pemandangan menarik sekitar Pulau Langkawi. Didalam perjalanan, beberapa aktiviti disediakan seperti memancing ikan, mandi laut dan makan malam sambil menikmati keindahan matahari terbenam.

Saya berkongsi pengalaman serba ringkas berserta sedikit ulasan mengenai trip Sunset Dinner Cruise ini sebagai panduan pengunjung yang berminat dengan aktiviti ini.

Gamat Nusantara Maju Langkawi

Gamat Nusantara Maju

Tidak lengkap percutian anda ke Langkawi jika tidak membeli-belah produk tempatan terutama hasil gamat. Salah satu destinasi popular dikalangan pelancong ialah Gamat Nusantara Maju. Disini terdapat pelbagai barangan produk kecantikan dan kesihatan.

Gamat Nusantara Maju adalah pengeluar terbesar produk gamat dan herba di Langkawi. Pengunjung yang singgah di kedai atau show room ini dapat melihat pameran pelbagai jenis herba dan juga gamat yang dimasak didalam kawah.

Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi ialah salah satu tempat menarik paling popular dikalangan pelancong yang melawat pulau bebas cukai ini. Hampir semua ejen pelancongan memasukkan tempat ini sebagai salah satu lokasi lawatan didalam pakej mereka. Underwater World Langkawi menawarkan koleksi akuarium yang menempatkan berbagai spesis hidupan air tawar dan hidupan laut dari serata dunia.

Disini saya kongsikan pengalaman melawat Underwater World Langkawi dengan sedikit ulasan semoga dapat membantu pengunjung yang merancang untuk melawat tempat menarik ini.