Pasar Kemboja di Malaysia

Pasar Kemboja di Malaysia terkenal dengan pelbagai jenis pakaian murah yang dijual secara borong dan runcit. Antara pakaian yang dijual di Pasar Kemboja ialah baju kurung, tudung, selendang, kain pasang, pakaian lelaki dan kanak-kanak serta lain-lain lagi. Disebabkan pengunjung dapat membeli pakaian dengan harga borong, ramai yang mendapat manafaat dengan berniaga kecil-kecilan secara online. Malah ramai yang sanggup datang dari jauh untuk membeli-belah di pasar kemboja ini. Pengunjung yang ingin ke pasar kemboja harus datang awal bagi mengelakkan kesesakan dan mendapatkan tempat meletak kereta yang agak terhad.

Suasana di Pasar Kemboja di Malaysia.

Senarai Pasar Kemboja di Malaysia

Pasar Kemboja yang terkenal ialah di Parit Buntar, Perak. Kini terdapat benyak pasar kemboja di serata negeri di Malaysia. Antaranya yang terkenal ialah:

  1. Pasar Kemboja Parit Buntar, Perak.
  2. Pasar Kemboja Pendang, Kedah.
  3. Pasar Kemboja Kulim, Kedah.
  4. Pasar Kemboja Bandar Baharu, Kedah.
  5. Pasar Kemboja Kubu Gajah, Sungai Buloh, Selangor.
  6. Pasar Kemboja Kanchong Darat, Banting, Selangor.

Jualan murah di Pasar Kemboja di Malaysia.

Kebanyakan Pasar Kemboja dibuka hanya pada hari tertentu sahaja dalam seminggu bermula dari seawal 7 pagi sehingga 12 tengahari.

Kain sutera turut dijual di Pasar Kemboja.

Selain tudung, berbagai jenis selendang turut dijual di Pasar Kemboja.

Selendang dijual di Pasar Kemboja.

Alat make up juga ada dijual di Pasar Kemboja.

Alat make up dijual di pasar kemboja.

Ada gerai yang menjual barangan aksesori wanita seperti gerai brooch ini.

Gerai brooch dan aksesori wanita di pasar kemboja.

Untuk maklumat lebih terperinci mengenai pasar kemboja, sila baca artikel Membeli-belah di Pasar Kemboja Pendang.

Berbagai jenis t-shirt wanita di Pasar Kemboja.

Jelajah Pasar Kemboja Utara

Persatuan Pasar Kemboja turut mengadakan program Jelajah Pasar Kemboja Utara yang mengadakan perniagaan di beberapa tempat di negeri di utara Malaysia. Walau bagaimanapun, pasar kemboja ini hanya berlangsung selama beberapa hari sahaja di sesuatu tempat. Antara lokasi Jelajah Pasar Kemboja ialah di FAMA Guar Chempedak, Tapak ekspo Jam Besar Sungai Petani dan tapak ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Berbagai jenis tudung hanya RM10 di Pasar Kemboja.

T-shirt wanita berbagai jenis dijual dengan hanya RM1o sehelai. Murah, kan?

T-shirt wanita berbagai jenis di pasar kemboja.

Setakat ini dahulu perkongsian tentang pasar kemboja di Malaysia. Jika ada pasar kemboja di tempat lain yang tidak kami senaraikan, sila tambah diruangan komen untuk kami kemaskini. Semoga maklumat ini membantu pengunjung untuk membeli baju raya untuk keluarga tak lama lagi.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.