Tarikan pelancongan di Malaysia

Malaysia mempunyai berbagai tarikan pelancongan alam semulajadi dan kebudayaan yang menggamit kehadiran pelancong ke negara ini. Kerajaan dan pihak bertanggungjawab juga turut aktif melaksanakan pelbagai pembangunan dan aktiviti bagi menambah kemeriahan industri pelancongan seperti festival yang dirancang setiap tahun.

Tarikan pelancongan Alam Semulajadi

Malaysia bertuah kerana mempunyai berbagai tarikan pelancongan alam semulajadi yang unik dan mempersonakan.

Antara tarikan pelancongan alam semulajadi di Malaysia yang utama ialah:

  1. Hutan hujan tropika yang kaya dengan flora dan fauna.
  2. Pantai yang cantik.
  3. Pulau dan perairan yang mempersonakan.
  4. Peranginan tanah tinggi.

Tarikan pelancongan Kebudayaan

Salah satu keistimewaan tarikan pelancongan Kebudayaan di Malaysia ialah negara ini mempunyai pelbagai kaum yang menetap sejak beratus tahun dahulu. Perkembangan sejarah, budaya dan senibina campuran ini telah menjadi sesuatu yang unik dan menarik serta tidak terdapat di negara lain di dunia.

  1. Kebudayaan Melayu, Cina, India dan lain-lain di Semenanjung Malaysia.
  2. Kebudayaan pelbagai kaum dan etnik di Sabah dan Sarawak.

Tarikan pelancongan di Malaysia

Secara khususnya, tarikan pelancongan di Malaysia terbahagi kepada 10 jenis iaitu:

  1. Kebudayaan.
  2. Sejarah dan warisan.
  3. Pantai dan pulau.
  4. Tanah tinggi.
  5. Taman negara.
  6. Pelancongan membeli-belah.
  7. Sukan dan rekreasi.
  8. MICE - Meetings, Incentives, Conventions dan Exhibitions yang bermaksud Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran.
  9. Taman tema.
  10. Festival - Sambutan hari kebesaran negara dan perayaan-perayaan..

Setakat ini dahulu maklumat ringkas tarikan pelancongan yang dapat kami sediakan untuk pengunjung. Semoga perkongsian yang walaupun sedikit ini dapat memberi manafaat kepada anda yang membaca.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.