Mangrove tour Langkawi

Aktiviti mangrove tour Langkawi bersama kawan-kawan atau keluarga. Dapatkan maklumat harga, pakej murah. dan diskaun.

Mangroves tour Kilim Geoforest Park Langkawi

Mangroves Tour Kilim Geoforest Park

Salah satu aktiviti paling popular di Langkawi ialah mangroves tour. Faktor utamanya ialah kerana disini terdapat rizab alam sekitar seluas hampir 100 km persegi yang dikenali sebagai Kilim Geoforest Park. Ia telah diisytihar oleh UNESCO sebagai warisan geologi purba yang berusia lebih 500 juta tahun. Taman ini mempunyai keajaiban alam semula jadi yang tidak terkira banyaknya serta mengandungi pelbagai jenis flora dan fauna.