Bercuti di A Famosa Resort Melaka

A Famosa Resort Melaka ialah salah satu lokasi pelancongan menarik di Melaka. Ia adalah sebuah resort yang mempunyai berbagai tarikan selain dari penginapan yang selesa. Disini pengunjung boleh menikmati percutian riang-ria bersama keluarga di taman tema air, Animal Safari dan juga Cowboy Town. Selain itu terdapat pelbagai jenis permainan outdoor dan aktiviti sukan serta riadah yang boleh dilakukan sepanjang percutian disana. Kali ini Percutian Bajet akan berkongsi maklumat tentang A Famosa Melaka merangkumi resort, taman tema dan lain-lain yang ada sebagai panduan pengunjung yang ingin bercuti ke Melaka.

Nota: A Famosa Melaka juga merujuk kepada tarikan pelancongan lain iaitu "Kota A'Famosa" kesan peninggalan sejarah di Melaka. Sila lihat artikel Senarai tempat menarik di Melaka untuk maklumat lanjut.

A Famosa Melaka Waterworld.

Lokasi

A Famosa Resort Melaka terletak di Alor Gajah. Sebarang urusan, tempahan dan sebagainya, anda boleh hubungi:

Alamat:

A’FAMOSA RESORT
Jalan Kemus, Simpang Empat
78000 Alor Gajah, Melaka.

Hubungi:

customerservice@afamosa.com, rsvn.klso@afamosa.com
Tel : +06-552 0888, +603 2781 8888
Fax : +(603) 2781 8823

Taman Tema A Famosa Melaka

Tarikan utama A Famosa Resort Melaka ialah taman tema yang ada disini. Terdapat tiga taman tema menarik iaitu:

  • Animal World Safari.
  • Taman Tema Water World
  • Cowboy Town.

Safari Wonderland

Safari Wonderland (dahulu dikenali sebagai Animal World Safari) mempunyai berbagai spesis haiwan liar dan juga jinak. Dibuka setiap hari dari 9.00am–5.00pm. Berbagai tarikan ada disini seperti:

  1. Safari Adventure - Pengunjung akan menaiki trak melalui kawasan binatang-binatang liar seperti harimau, singa, girafah, unta, gajah, kuda belang dan lain-lain.
  2. Monkey Island - Pulau monyet yang terletak di tengah tasik ini mempunyai berbagai jenis monyet dari seluruh dunia. Pengunjung perlu menaiki tongkang yang akan membawa mereka ke Monkey Island.
  3. Walk-Thru Area - Kawasan lanskap menarik dimana pengunjung akan melalui kawasan ini dan memberi makan pada haiwan jinak yang ada di sini. Antara haiwan yang ada ialah flamingo, itik, raccoon, unta, burung merak dan lain-lain.
  4. Farm House - Kawasan ternakan yang mempunyai berbagai jenis ayam dan arnab. Pengunjung pasti teruja melihat berbagai spesis dari luar negara yang jarang ditemui.

A Famosa Resort Safari Wonderland.

Berbagai aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan di A Famosa Melaka Safari Wonderland seperti:

  1. Melihat pertunjukan binatang - Pertunjukan persembahan gajah, pertunjukan berbagai binatang dan pertunjukan persembahan burung.
  2. Pertunjukan persembahan Wild Wild West.
  3. Menunggang binatang.

Terdapat beberapa restoran dan cafe di A Famosa Melaka Safari Wonderland untuk pengunjung menjamu selera seperti:

  1. Lake view restaurant.
  2. Medan selera makanan tempatan.
  3. Bamboo Steak House.

Water Theme Park

A Famosa Water Theme Park (dahulu dikenali sebagai Water World) ialah taman tema air terbesar di Malaysia. Ia mempunyai berbagai permainan air yang menarik untuk orang dewasa dan juga permainan yang sesuai untuk kanak-kanak. Dibuka setiap hari dari 11.00am-7.00pm pada hari Isnin hingga Jumaat. Pada hari Sabtu, Ahad, cuti umum dan cuti sekolah dibuka dari 9.00am – 7.00pm. Antara permainan menarik yang ada di sini ialah:

  1. Sandy Beach - Kawasan berpasir putih bagaikan di tepi pantai.
  2. Wave Pool - Kolam yang berombak besar apabila siren berbunyi.
  3. Lazy River - Pengunjung boleh menaiki pelampung menyusuri Lazy River sambil melihat kawasan Water Theme Park.
  4. Inner Tube Slides - Pengunjung menaiki pelampung dan menggelongsor dalam tiub yang gelap, bengkang-bengkok sebelum berakhir didalam kolam.
  5. Family Raft Ride - Menaiki rakit beramai-ramai dan menyusuri tiub yang besar dan menggelongsor laju.
  6. High Speed Slides - Permainan air paling mencabar dan menyeronokkan di A Famosa Water Theme Park. Pengunjung akan meluncur laju di atas gelongsor yang setinggi tujuh tingkat.
  7. Body Slides - Salah satu dari permainan air menarik yang ada di sini. Pengunjung akan menaiki pelampung dan menggelongsor laju diatas tiub yang mencabar.
  8. Splash Aqua Challenge - Permainan air dimana pengunjung perlu mengatasi halangan yang memerlukan mereka melompat, memanjat, berlari, berayun dan lain-lain.
  9. Arabian Village - Kawasan permainan air untuk kanak-kanak.
  10. Kids Adventure Play Pool - Kawasan kolam permainan air yang sesuai untuk kanak-kanak.

A Famosa Resort Water Theme Park.

Jika anda penat dan lapar, terdapat banyak restoran dan cafe di A Famosa Melaka Water Theme Park yang boleh dikunjungi seperti:

  1. Side Walk Café.
  2. Fast Food Pavilions.
  3. Medan selera.
  4. Bistro.

Lain-lain yang ada di Water Theme Park ini ialah:

  1. Kedai pakaian renang.
  2. Kedai barangan cenderamata.
  3. Kemudahan - Bilik persalinan dan surau.
  4. Sewaan - Locker, pelampung, cabana.

Cowboy Town

Kawasan "Pekan Cowboy" dimana terdapat kedai, restoran, persembahan, permainan dan bermacam-macam lagi. Semuanya bertemakan cowboy. Cowboy Town dibuka dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam. Antara yang menarik disini ialah:

  1. Red Indian Show.
  2. Fireworks.
  3. Carnival.

A Famosa Resort Pertunjukan Gakah.

Disini juga terdapat beberapa aktiviti dan permainan menarik untuk pengunjung seperti:

  1. 4D Theater.
  2. Bowling.
  3. Children Theme Park.
  4. Fun fair.

Terdapat beberapa restoran dan cafe di A Famosa Melaka Cowboy Town yang boleh dikunjungi iaitu:

  1. The Ranch Steak House.
  2. Huang Di Restaurant.
  3. Kopitiam.

Aktiviti sukan dan rekreasi

Selain keseronokan di taman tema, terdapat berbagai aktiviti sukan dan rekreasi yang disediakan di A Famosa Melaka. Antaranya ialah:

Aktiviti rekreasi dan riadah:

  1. Memanah.
  2. Menunggang kuda.
  3. Permainan Paintball.
  4. Rock Climbing.
  5. Go Kart.
  6. Paddle Boat.
  7. Pony Ride.
  8. Menaiki kereta kuda.
  9. Jungle Trekking.
  10. Target Shooting.
  11. Memancing.

A Famosa Resort menaiki kereta kuda.

Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti sukan seperti:

  1. Basketball.
  2. Jogging.
  3. Berbasikal.

Penginapan di A Famosa Resort Melaka

Terdapat beberapa jenis penginapan menarik di A Famosa Resort Melaka yang boleh anda pilih sebagai tempat penginapan percutian seperti:

Resort Hotel

Resort Hotel adalah bilik penginapan menarik yang sesuai untuk dua orang atau lebih. Terdapat tiga jenis bilik yang boleh dipilih iaitu Standard, Superior atau Suites. Fasiliti yang disediakan ialah:

  • Bilik berhawa dingin.
  • Television.
  • Katil bayi.
  • Balkoni.
  • Permainan Carrom.
  • Permainan Chess.
  • Permainan Mahjong.
  • Basikal.
  • Ironing Board.
  • Wifi percuma di kawasan lobi.

Harga untuk A Famosa Melaka Resort Hotel adalah seperti berikut:

  1. Standard Room - Bermula dari RM187.00 sehingga RM338.00 bergantung pada hari dan musim puncak (peak season).
  2. Superior Room - Bermula dari RM238.00 sehingga RM388.00 bergantung pada hari dan musim puncak (peak season).
  3. Executive Suite - Bermula dari RM438.00 sehingga RM688.00 bergantung pada hari dan musim puncak (peak season).
  4. VIP Suite - Bermula dari RM538.00 sehingga RM788.00 bergantung pada hari dan musim puncak (peak season).
  5. Extra Bed - RM55.

Condotel dan Apartment

Terdapat beberapa jenis Condotel yang boleh dipilih. Family Studio adalah bilik penginapan menarik yang sesuai untuk dua orang atau lebih. Pengunjung juga boleh memilih Condotel dua bilik atau tiga bilik mengikut kesesuaian masing-masing. Harga bermula dari RM266.00 untuk semalam. Fasiliti yang disediakan ialah:

  • Bilik berhawa dingin.
  • Ruang tamu dengan sofa.
  • Meja.
  • Television.
  • Katil bayi.
  • Permainan Carrom.
  • Permainan Chess.
  • Permainan Mahjong.
  • Basikal.
  • Ironing Board.
  • Wifi percuma di kawasan lobi.

Harga untuk A Famosa Melaka Condotel adalah seperti berikut:

  1. Condotel Superior Family Studio - Bermula dari RM228.00 sehingga RM428.00 bergantung pada hari dan musim puncak (peak season).
  2. Condotel Superior 2-Bedrooms - Bermula dari RM268.00 sehingga RM528.00 bergantung pada hari dan musim puncak (peak season).
  3. Condotel Superior 3-Bedrooms - Bermula dari RM308.00 sehingga RM628.00 bergantung pada hari dan musim puncak (peak season).
  4. Apartment Superior 2-Bedrooms - Bermula dari RM268.00 sehingga RM528.00 bergantung pada hari dan musim puncak (peak season).

A Famosa Resort bilik penginapan.

Villa

Villa pula sesuai untuk kumpulan atau keluarga yang besar. Ia adalah penginapan menarik tiga atau empat bilik tidur dengan kemudahan kolam mandi dan lain-lain. Bagi Standard Room, harga bermula dari RM569.00 untuk semalam. Manakala Superior Room pula, harga bermula dari RM686.00 untuk satu malam. Fasiliti yang disediakan ialah:

  • Bilik berhawa dingin.
  • Katil bayi.
  • Television.
  • Ruang tamu dengan sofa.
  • Dapur.
  • Meja.
  • Balkoni.
  • Permainan Carrom.
  • Permainan Chess.
  • Permainan Mahjong.
  • Basikal.
  • Ironing Board.
  • Wifi percuma di kawasan lobi.

Harga untuk A Famosa Melaka Villa adalah seperti berikut:

  1. Villa Standard 3-Bedrooms - Bermula dari RM388.00 sehingga RM888.00 bergantung pada hari dan musim puncak (peak season).
  2. Villa Standard 4-Bedrooms - Bermula dari RM488.00 sehingga RM988.00 bergantung pada hari dan musim puncak (peak season).
  3. Villa Superior 3-Bedrooms - Bermula dari RM488.00 sehingga RM988.00 bergantung pada hari dan musim puncak (peak season).
  4. Villa Superior 4-Bedrooms - Bermula dari RM588.00 sehingga RM1088.00 bergantung pada hari dan musim puncak (peak season).

A Famosa Resort Villa with swimming pool.

Villa Suite

Villa Suite adalah penginapan paling menarik di A Famosa Resort Melaka. Ia mempunyai dua bilik tidur sesuai untuk empat orang. Fasiliti yang disediakan ialah:

  • Bilik berhawa dingin.
  • Television.
  • Ruang tamu dengan sofa.
  • Dapur.
  • Meja.
  • Balkoni.
  • Private bathroom dengan jacuzzi

Harga bermula dari RM1088.00 sehingga RM1888.00 bergantung pada hari dan musim puncak (peak season).

Nota: Harga bilik penginapan diatas adalah tidak termasuk cukai. Ia juga tertakluk kepada syarat-syarat dan sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa sebarang notis.

Percutian ke A Famosa Resort Melaka adalah idaman sesiapa sahaja. Jika anda pernah bercuti disana, kongsikan pengalaman anda diruangan komen.

Add new comment