Emperor Hotel Melaka

Emperor Hotel Melaka ialah sebuah hotel menarik yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung yang datang ke Melaka samada atas urusan peribadi mahupun melancong. Salah satu tarikan hotel ini ialah biliknya yang terletak di bangunan tinggi yang membolehkan pengunjung menikmati panorama indah Bandar Melaka pada waktu siang dan malam. Pengunjung juga boleh memilih bilik yang menghadap laut dimana pemandangan indah boleh dilihat diawal pagi dan juga apabila matahari terbenam. Buat anda yang ingin ke sana, kami sediakan maklumat ringkas tentang Emperor Hotel Melaka sebagai panduan jika anda berminat untuk bermalam di hotel ini.

Emperor Hotel Melaka

Keterangan gambar: Bangunan Emperor Hotel Melaka.

Lokasi

Lokasi Emperor Hotel Melaka ialah di tengah-tengah Bandar Melaka dimana terdapat berbagai kemudahan untuk pelancong boleh didapati. Pelancong boleh mendapatkan kemudahan pengangkutan awam atau berjalan kaki untuk ke kompleks membeli-belah atau melawat tempat menarik di Melaka.

Alamat:

Emperor Hotel Melaka
Jalan Munshi Abdullah
75350 Bandar Melaka, Melaka.

Hubungi:

sales@theemperorhotel.com
Tel : +60 6-284 0777
Fax : 06-2838989

Penginapan

Emperor Hotel Melaka menyediakan 228 buah bilik penginapan untuk pelancong. Berbagai jenis bilik boleh dipilih mengikut kesesuaian. Berikut ialah senarai jenis bilik dan juga keterangan:

Superior room

Superior room adalah bilik penginapan yang sesuai untuk dua orang. Harga bilik bermula dari RM125.00 hingga RM169.00 untuk satu malam.

  • Sarapan untuk dua orang.
  • Bilik berhawa dingin - Kemudahan penghawa dingin boleh laras.
  • Bilik mandi - Kemudahan shower dan bathtub.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Panel kawalan ditepi katil.
  • Peti ais.
  • Telefon IDD.
  • Kemudahan membancuh minuman.
  • Pengering rambut

Deluxe Rooms

Deluxe Rooms adalah bilik penginapan yang sesuai untuk dua orang. Harga bilik bermula dari RM189.00 hingga RM243.00 satu malam.

  • Bilik berhawa dingin - Kemudahan penghawa dingin boleh laras.
  • Bilik mandi - Kemudahan shower dan bathtub.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Panel kawalan ditepi katil.
  • Peti ais.
  • Telefon IDD.
  • Kemudahan membancuh minuman.
  • Pengering rambut

Junior Suite

  • Bilik berhawa dingin - Kemudahan penghawa dingin boleh laras.
  • Bilik mandi - Kemudahan shower dan bathtub.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Panel kawalan ditepi katil.
  • Peti ais.
  • Telefon IDD.
  • Kemudahan membancuh minuman.
  • Pengering rambut

Executive Suite

  • Bilik berhawa dingin - Kemudahan penghawa dingin boleh laras.
  • Bilik mandi - Kemudahan shower dan bathtub.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Panel kawalan ditepi katil.
  • Peti ais.
  • Telefon IDD.
  • Kemudahan membancuh minuman.
  • Pengering rambut
Bilik Emperor Hotel Melaka

Keterangan gambar: Berbagai jenis bilik di Emperor Hotel Melaka.

Harga yang ditawarkan untuk penginapan di Emperor Hotel Melaka adalah tidak termasuk cukai dan harga berbeza pada hari minggu, musim cuti persekolahan dan cuti umum.

Kemudahan

Berbagai kemudahan disediakan di Emperor Hotel Melaka. Antaranya ialah:

  • Kemudahan wifi percuma di lobi hotel.
  • Dewan Mesyuarat dengan wifi percuma.
  • Serambi Coffee House
  • Surau.
  • Bilik seterika.
  • Perkhidmatan laundry.
  • Kolam Renang dewasa dan kanak-kanak.

Aktiviti

Bagi pengunjung yang menginap di Emperor Hotel Melaka, anda boleh mengikuti berbagai aktiviti menarik disekitar Bandar Melaka. Antara aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah:

  1. Melawat tempat bersejarah seperti A Famosa, replika istana melaka dan lain-lain.
  2. Membeli-belah di .
  3. Melawat tempat menarik.
  4. Spa dan sauna.
  5. Bersiar-siar di Jonker Street, China Town dan lain-lain.
  6. Menaiki menara Taming Sari.

Berbagai aktiviti lagi yang boleh anda lakukan termasuk melawat tempat-tempat menarik yang ada di Melaka. Untuk maklumat lanjut, sila lawati Senarai tempat menarik di Melaka.

Emperor Hotel Melaka ialah hotel yang menarik. Berbagai kemudahan disediakan membuat tetamu selesa menginap disini. Lokasinya yang strategik ditengah bandaraya Melaka membuatkan anda mudah untuk bersiar-siar, melawat tempat menarik atau keluar membeli-belah. Sememangnya ia harus berada dalam senarai pilihan anda jika ingin bercuti ke Melaka.

Add new comment