Percutian menarik di Melaka Wonderland

Jika anda mencari lokasi percutian riang-ria bersama keluarga, taman tema adalah pilihan terbaik. Kali ini Percutian Bajet akan memperkenalkan sebuah lagi taman tema menarik di Malaysia iaitu Melaka Wonderland Theme Park & Resort. Ia adalah sebuah taman tema air yang terletak di Ayer Keroh, Melaka. Berbagai permainan air yang menarik dan mengujakan tersedia untuk pengunjung pelbagai usia. Ia adalah lokasi percutian yang pasti menggembirakan setiap orang.

Untuk melihat tempat pelancongan lain, sila lawati halaman Senarai tempat menarik di Melaka.

Logo Melaka Wonderland.
Melaka Wonderland ialah sebuah taman tema air di Melaka yang sangat menyeronokkan.

Lokasi

Terletak di lokasi percutian popular Malaysia iaitu Ayer Keroh, Melaka, Taman Tema air Melaka Wonderland adalah destinasi pelancongan yang harus dikunjungi jika anda bercuti di Melaka. Ia dibina dalam kawasan hutan rekreasi semulajadi seluas 360 hektar.

Alamat:

Melaka Wonderland Theme Park & Resort
Lot PT 17178, Lebuh Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka.

Hubungi:

Tel: +606 231 3333 / 1119
Fax: +606 231 3339

Harga tiket dan waktu operasi

Senarai harga tiket masuk ke Melaka Wonderland untuk warganegara Malaysia bagi dewasa, kanak-kanak dan warga emas. Harga untuk pelancong asing adalah berbeza. Harga juga berbeza pada waktu-waktu tertentu seperti musim percutian dan promosi.

  • Harga tiket dewasa - RM33.20, Hari minggu RM37.90.
  • Kanak-kanak - RM26.05, Hari minggu RM32.00.
  • Harga tiket Warga Emas - RM18.95, Hari minggu RM18.95.
  • Kanak-kanak bawah 90cm tinggi - Percuma.

Tiket taman tema air Melaka Wonderland adalah termasuk aktiviti berikut:

  • Tornado Chaser
  • Kamikaze Race
  • 1 Big Wave Pool
  • Adventure Island
  • Lazy cum Crazy River
  • Crazy Slide
  • Anaconda Twister
  • Wave Rider
  • Rexy Ride
  • Family Jollies
  • Tram

Waktu operasi Melaka Wondeland adalah seperti berikut:

  • Selasa - Jumaat - 11 am hingga 7 pm.
  • Sabtu, Ahad, cuti sekolah, cuti umum - 9 am hingga 7 pm.
  • Ditutup setiap hari Isnin kecuali cuti sekolah dan cuti umum.
Kamikaze Race di Wonderland Melaka.

Keterangan gambar: Permainan Kamikaze Race yang menarik di Wonderland Melaka.

Aktiviti menarik di Melaka Wonderland

Terdapat 12 permainan air yang menarik yang disediakan untuk pengunjung di taman tema ini. Berikut ialah antara permainan yang ada di Melaka Wonderland:

Tornado Chaser

Tornado Chaser merupakan antara permainan air yang paling menarik di taman tema Melaka Wonderland ini. Anda akan dibawa masuk ke dalam 'mangkuk' gergasi, berputar dan kemudian turun melalui terowong yang gelap dan ke dalam kolam pendaratan di bawah. Namun jika anda ada masalah jantung atau sakit tulang belakang, jangan cuba permainan ini.

Kamikaze Race

Permainan menarik seterusnya ialah Kamikaze Race iaitu 6 lorong slide air berkelajuan tinggi dimana pengunjung akan berlumba untuk menjadi peluncur terlaju. Permainan yang sangat menyeronokkan bagi orang dewasa. Ia adalah permainan air yang sangat mengujakan. Anda pasti tidak puas dengan sekali cuba.

1 Big Wave Pool

1 Big Wave Pool adalah sebuah kolam besar yang bergelombang seperti ombak laut. Ia sesuai untuk seisi keluarga. Anda boleh menyewa pelampung untuk anak-anak untuk mereka bermain disini. 1 Big Wave Pool adalah tempat menarik untuk anda berehat selepas bermain permainan air yang mencabar di Melaka Wonderland.

Adventure Island

Adventure Island adalah sebuah taman permainan air berbagai paras yang sesuai untuk kanak-kanak dan semua peringkat umur. Ia mempunyai lapan gelongsor air yang menarik untuk dicuba.

Aqua Bubbles

Aqua Bubbles ialah belon gergasi yang berwarna-warni dimana anda boleh masuk kedalamnya dan berjalan di kolam renang. Ia adalah permainan menarik yang boleh dicuba. Anda pasti merasai pengalaman unik yang sukar dilupakan. Harga Aqua Bubble tidak termasuk tiket. Untuk mencubanya, RM8.00 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.

Fun Fair

Permainan Fun Fair juga ada di Taman air Melaka Wonderland. Token sebanyak RM2.00 diperlukan untuk menikmati permainan klasik di mana ia menguji kekuatan dan kemahiran anda. Berbagai hadiah disediakan seperti teddy bear bagi pemenang permainan ini.

Crazy Slide

Crazy Slide adalah permainan menarik dimana pengunjung akan meluncur slide yang tinggi dan mengujakan terus ke dalam kolam.

Anaconda Twister

Anaconda Twister pula adalah slide yang berliku dan mengujakan. Ia adalah permainan menarik dimana pengunjung akan meluncur dan berpusing dengan laju turun ke dalam kolam.

Rexy Ride

Rexy Ride adalah satu lagi permainan air dimana slide mencabar seperti Anaconda Twister untuk anda cuba.

Family Jollies

Permainan air menarik yang ada di Melaka Wonderland.

Lazy cum Crazy River

Pengunjung boleh menaiki pelampung yang disewa untuk mengairi sungai yang terdapat didalam Melaka Wonderland.

Tram

Naiki tram yang membawa pengunjung ke sekitar taman. Ia perkhidmatan untuk membawa anda ke kawasan yang ditetapkan. Perkhidmatan ini adalah PERCUMA.

Aqua Bubble di Melaka Wonderland.

Keterangan gambar: Permainan Aqua Bubble di Melaka Wonderland yang menyeronokan.

Aktiviti menarik lain di Melaka Wonderland

  • Taman dinasor - Harga tidak termasuk tiket Melaka Wonderland.
  • Taman Ekstrim - Aktiviti Go Kart dan Paintball. Harga tidak termasuk tiket Melaka Wonderland.

Lain-lain

  • Souvenir shop - Kedai cenderahati dimana pengunjung boleh membeli ole-ole untuk dibawa pulang tanda kenangan percutian menarik di Melaka Wonderland.
  • Sewa pelampung - Rm10 untuk Single tube, RM20 untuk double tube dan RM30 untuk triple tube. Separuh dari harga sewa akan dikembalikan semasa memulangkan pelampung.
  • Food court - Pelbagai Kiosk dan Cafe untuk anda menjamu selera (Nota: Makanan dari luar tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke Melaka Wonderland)
Kod etika pemakaian dan keselamatan.

Keterangan gambar: Panduan etika pemakaian dan keselamatan di taman tema air Melaka Wonderland.

Penginapan

Percutian ke taman tema air di Melaka Wonderland biasanya akan mengambil masa sehari suntuk. Bagi pelancong dari luar Melaka, hotel atau bilik penginapan tidak disediakan di dalam Melaka Wonderland. Jika anda ingin menginap, dapatkan hotel disekitar Ayer Keroh atau Bandar Melaka.

Taman Tema Melaka Wonderland menjanjikan kegembiraan buat seisi keluarga. Pelbagai permainan air yang disediakan pasti memberi kepuasan kepada pengunjung. Jadi, jika anda merancang untuk bercuti ke Melaka, pastikan taman tema air ini termasuk dalam tentatif anda. Selamat bercuti dan jangan lupa kongsikan pengalaman anda disini!

Add new comment