Tempat percutian di Melaka menarik untuk keluarga

Melaka ialah salah satu destinasi percutian popular dimusim cuti sekolah. Banyak lokasi pelancongan menarik yang boleh dilawati bila bercuti di sini. Apa jua jenis percutian yang anda inginkan, semuanya ada di negeri ini. Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi beberapa tempat percutian di Melaka yang menarik, unik dan cukup istimewa untuk anda luangkan masa bersama keluarga tersayang.

Tempat percutian menarik di Melaka

Bercuti di tempat yang cantik dan mendamaikan memang menjadi idaman sesiapa sahaja. Berikut ialah beberapa tempat percutian di Melaka menarik untuk dipilih sebagai lokasi penginapan anda.

Philea Resort & Spa

Resort bertaraf 5 bintang ini adalah lokasi yang sangat sesuai untuk berbulan madu. Terletak agak jauh dari bandar, suasana di Philea Resort & Spa cukup tenang. Persekitaran resort ini dipenuhi pohon-pohon menghijau. Apabila melangkah ke kawasan resort, pengunjung pasti terpesona melihat rekabentuk hotel yang cantik diperbuat dari kayu, bagaikan berada dipergunungan luar negara.

Philea Resort & Spa Melaka.

Berada didalam resort ini memberi suatu perasaan yang sungguh mendamaikan. Terdapat beberapa buah kolam yang cantik dan lanskap menarik dikawasan resort. Biliknya pula dihias sederhana namun cukup menarik dan romantik. Ada kolam renang, spa, gymnasium, restoran dan lain-lain.

Harga bilik bermula dari RM450 hingga RM2000 semalam mengikut jenis bilik dan pakej yang disediakan.

Lokasi:
Philea Resort & Spa Melaka
Lot 2940, Jalan Ayer Keroh,
Off Jalan Plaza Tol,
75450 Melaka

Hubungi:
Tel : +606-289 3399

Limastiga Homestay Melaka

Jika anda merancang untuk bercuti beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan, Limastiga Homestay Melaka adalah lokasi yang menarik yang boleh anda pilih. Ia terletak di Umbai, iaitu sebuah perkampungan yang damai dan terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan popular di Melaka. Anda boleh menikmati makanan laut yang terkenal dikawasan ini seperti ikan bakar, siput, sotong, ketam, udang dan lain-lain.

Limastiga Homestay Melaka.

Berkenaan dengan Limastiga Homestay Melaka, ia terdiri dari 3 buah rumah yang cantik dibina disekeliling kolam mandi. Homestay ini boleh memuatkan sehingga 24 orang tetamu pada satu masa. Terdapat 6 buah bilik keluarga yang dilengkapi 2 buah katil queen dalam setiap bilik. Suasana didalam kawasan homestay begitu menenangkan. Terdapat lanskap menarik yang dibina dengan pokok-pokok bunga menghiasi kawasan rumah bagaikan sebuah taman.

Kemudahan yang disediakan di Limastiga Homestay Melaka ialah seperti kawasan meletak kereta yang luas, kolam renang, bilik berhawa dingin, bilik mandi yang dilengkapi hot shower, TV, balkoni dan wifi percuma. Kemudahan bilik karaoke, BBQ set dan hidangan makanan juga disediakan tetapi perlu ditempah awal.

Harga pakej homestay untuk 2 hari 1 malam ialah RM2,300 untuk hari bekerja dan RM2800 untuk hari minggu. Pakej adalah untuk 3 buah rumah yang boleh memuatkan sehingga 24 orang tetamu. Pakej tidak termasuk sarapan.

Nota: Limastiga Homestay Melaka adalah untuk muslim sahaja.

Lokasi:
Limastiga Homestay Melaka
Jalan Paya Dalam / Umbai,
77300 Melaka

Hubungi:
Tel : +6012-623 7687

Agrofarmstay @Skill-Tech

Jika anda ingin mengadakan hari keluarga di Melaka dengan bajet yang rendah, Agrofarmstay @Skill-Tech adalah lokasi menarik yang menawarkan berbagai pakej dengan harga berpatutan. Ia terletak dikawasan seluas 30 ekar yang merangkumi kawasan berbukit dan tanah rata. Disekeling kawasan ini terdapat pokok-pokok hutan yang menghijau dan kawasan pertanian. Suasana menarik dan tenang pasti mendamaikan pengunjung yang bercuti disini.

Agrofarmstay Durian Tunggal Melaka.

Jika anda berminat untuk ke sini, Agrofarmstay terletak di Durian Tunggal Melaka. Penginapan yang disediakan untuk pengunjung merangkumi villa, bilik twin sharing, bilik lapan katil dan juga chalet. Disini juga terdapat tapak perkhemahan sekiranya anda ingin mengajar anak-anak berkhemah. Antara kemudahan yang ada ialah dewan terbuka, dewan makan, bilik mesyuarat, bilik latihan, surau, kolam renang dan lain-lain lagi.

Lokasi:
Agrofarmstay @Skill-Tech
Jalan Tebong, 76100 Alor Gajah,
Melaka

Hubungi:
Tel : +6012 - 211 8246 - En Bari.
+6016 - 209 8623 - En Mat.

Percutian pantai di Melaka

Percutian ditepi pantai sangat menyeronokkan. Anda boleh bersantai di beranda chalet membaca novel sambil dihembus bayu laut atau melihat keindahan matahari terbenam di ufuk barat sambil menikmati makan malam. Ada beberapa lokasi percutian pantai di Melaka yang menarik untuk keluarga boleh anda pilih seperti senarai yang kami cadangkan dibawah.

Desa Balqis Beach Resort Kuala Linggi

Rasanya untuk percutian tepi pantai di Melaka yang paling menyeronokkan ialah di Desa Balqis Beach Resort Kuala Linggi ini. Resort yang berkonsepkan perkampungan melayu ini terletak ditepi pantai yang cantik. Sebanyak 15 buah rumah penginapan berkonsepkan rumah tradisional melayu yang diperbuat dari kayu disediakan untuk pengunjung. Rekabentuk rumah yang cantik dengan kemudahan moden membuatkan sesiapa sahaja pasti selesa tinggal disini.

Desa Balqis Beach Resort Kuala Linggi.

Berbagai jenis rumah yang boleh dipilih sebagai tempat penginapan anda, contohnya rumah Pak Long, mempunyai 4 bilik tidur dengan katil queen. Harga pada hari bekerja ialah RM900 dan berbeza pada hujung minggu dan musim cuti sekolah. Untuk senarai penuh rumah dan harga penginapan boleh dilihat di Senarai harga penginapan di Desa Balqis Beach Resort 2016.

Suasana disekitar resort cukup menarik dengan binaan lanskap, kolam renang yang luas, padang serbaguna untuk aktiviti hari keluarga, pondok rehat dan juga kerusi untuk santai dikawasan resort. Pengunjung boleh mandi laut, bersantai ditepi pantai, mandi kolam bersama anak-anak, bbq dan karaoke untuk memenuhi ruang percutian. Untuk hari keluarga, reunion dan percutian menarik di Melaka, Desa Balqis Beach Resort Kuala Linggi adalah destinasi yang paling sesuai.

Lokasi:
Desa Balqis Beach Resort Kuala Linggi
Jalan Kuala Sungai Baru / Kuala Linggi,
78200 Kuala Sungai Baru,
Melaka

Hubungi:
Tel : +603 4022 7728 - Waktu pejabat.
Email : mail@desabalqis.com.

Tanjung Bidara Beach Resort

Tanjung Bidara Beach Resort ialah sebuah resort bertaraf 3 bintang yang telah lama terkenal di Melaka. Ia menyediakan bilik-bilik menarik mengadap laut serta chalet selesa untuk keluarga. Kemudahan yang disediakan termasuk restoran yang luas, wifi dan bilik berhawa dingin. Berbagai aktiviti juga disediakan seperti permainan outdoor yang menyeronokkan. Untuk penginapan ditepi pantai Tanjung Bidara, resort ini merupakan tempat percutian di Melaka yang menarik untuk keluarga anda.

Tanjung Bidara Beach Resort.

Harga bilik:
Harga bilik penginapan untuk 2 orang bermula dari RM142 untuk satu malam.
Harga chalet penginapan untuk 8 orang bermula dari RM379 untuk satu malam.

Lokasi:
Tanjung Bidara Beach Resort
Tanjung Bidara,
78300 Masjid Tanah,
Melaka

Tel: +606-385 3106

Klebang Beach Resort

Lokasi percutian pantai di Melaka yang turut popular dikalangan pelancong ialah Klebang Beach Resort. Resort ini menyediakan bilik penginapan selesa untuk pengunjung yang ingin bercuti disini. Antara jenis-jenis bilik yang ada ialah Deluxe, Deluxe Suite, Family dan Family Deluxe. Setiap bilik dilengkapi dengan tv, mini bar dan tea & coffee making facilities.

Klebang Beach Resort.

Kemudahan lain yang ada termasuk kolam renang, 'room services' dan juga perkhidmatan laundry. Seperti pantai yang lain, pengunjung boleh menikmati suasana damai ditepi pantai yang cantik, mandi laut dan melihat matahari terbenam yang begitu mengasyikkan.

Harga bilik:
Harga bilik Deluxe bermula dari RM160 hingga RM222 untuk satu malam termasuk sarapan untuk 2 orang.
Harga chalet Family bermula dari RM212 hingga RM255 untuk satu malam termasuk sarapan untuk 4 orang.

Lokasi:
Klebang Beach Resort
92-1, KM 9, Batang Tiga,
76400 Tanjung Kling,
Melaka

Hubungi:
Tel : +606 - 315 5888 / 06 - 3151915.
Fax : 06 - 315 1713.
Email : kbresort@hotmail.com

Umang-Umang Chalet

Bagi anda yang ingin berehat jauh dari kesibukan kota, Umang-Umang Chalet adalah lokasi percutian di Melaka yang sunyi dan mendamaikan dan cukup sesuai untuk bercuti bersama keluarga. Ia adalah resort sederhana namun cukup selesa dengan berbagai kemudahan. Ada restoran, kawasan permainan dan aktiviti, tempat bersantai, kawasan bbq dan lain-lain.

Umang-Umang Chalet Melaka.

Lebih menarik lagi, kawasan pantai ini merupakan destinasi persinggahan penyu. Jika bernasib baik, pengunjung berpeluang melihat secara dekat penyu yang keluar dari laut. Ini kerana lokasi Umang-Umang Chalet betul-betul terletak ditepi pantai yang cantik.

Harga bilik:
Harga bilik bermula dari RM100 hingga RM180 untuk satu malam.

Lokasi:
Umang-Umang Chalet
Lot 602, Batu 31, Bukit Darat,
Pantai Kuala Linggi,
78200 Kuala Sungai Baru,
Melaka

Hubungi:
Tel :
Pn Dayang : 0166650167
Pn Iera : 0122447804
Cik Andy : 0147132578
Pokcik : 0123933821
Email : umangumangchalet@yahoo.com

Percutian taman tema di Melaka

Jika anda inginkan keriangan dalam percutian, taman tema adalah pilihan terbaik. Ada beberapa taman tema di Melaka yang boleh dijadikan lokasi percutian anda. Berikut ialah senarai yang boleh anda pilih.

Melaka Wonderland Theme Park & Resort

Melaka Wonderland Theme Park & Resort ialah sebuah taman tema air yang sangat popular kerana permainan air di sini begitu menyeronokkan. Terdapat lebih 10 jenis permainan air disediakan untuk pengunjung dan yang paling popular ialah Tornado Chaser. Beberapa gelongsor air lain yang mengujakan ialah Anaconda Twister, Rexy Ride dan Kamikaze Race. Jika anda takut untuk mencuba gelongsor air, ada 1 Big Wave Pool, Lazy cum Crazy River dan lain-lain yang sesuai untuk anda.

Ride at waterpark Melaka Wonderland.

Taman tema Melaka Wonderland menyediakan permainan lain yang menarik seperti Go Kart dan Paintball. Anda juga boleh melawat Taman Dinasor yang cukup menarik dan unik. Maklumat lengkap mengenai taman tema ini boleh dibaca di halaman Percutian menarik di Melaka Wonderland.

Lokasi:
Melaka Wonderland Theme Park & Resort
Lot PT17178, Lebuh Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh,
Melaka.

Tel: +606-231 3333

A'Famosa Resort Melaka

A'Famosa Resort Melaka ialah sebuah taman tema dan resort menarik yang sangat sesuai untuk percutian keluarga. Ia menawarkan berbagai jenis penginapan selesa yang boleh anda pilih sesuai dengan kehendak dan bajet anda. Terdapat taman tema menarik menanti pengunjung iaitu taman tema air, Animal Safari dan juga Cowboy Town.

A'Famosa Resort water park.

Selain itu, disini juga terdapat berbagai aktiviti menarik seperti permainan outdoor, sukan dan riadah. A'Famosa Resort ialah tempat percutian di Melaka yang cukup sesuai untuk keluarga. Anda pasti tidak akan jemu berada disini. Maklumat lanjut boleh dibaca di halaman Bercuti di A Famosa Resort Melaka.

Lokasi:
A'Famosa Resort Melaka
Jalan Parameswara,
78000 Alor Gajah,
Melaka

Tel: +606-552 0888

Bayou Lagoon Park Resort

Bayou Lagoon Park Resort ialah resort baru yang semakin popular dikalangan pelancong yang bercuti ke Malaka. Ia menyediakan taman tema air yang menarik untuk keluarga terutama kanak-kanak. Terdapat permainan gelongsor air, kolam yang luas serta beberapa permainan lain yang pasti membuat semua orang gembira. Resort ini adalah salah satu pilihan tempat percutian di Melaka yang menarik untuk keluarga.

Bayou Lagoon Resort.

Harga bilik dan water park:
Harga penginapan bermula dari RM175 untuk satu malam.
Water park Dewasa : RM22.
Kanak-kanak: RM16.
Warga Emas: RM11.

Lokasi:
Bayou Lagoon Park Resort
Jalan Wakaf,
75450 Melaka

Tel: +606-233 0888

Nota: Semua harga yang dinyatakan diatas mungkin berubah bergantung pada pakej, sarapan, makanan, service, cukai dan lain-lain. Pengunjung disaran agar memastikan sendiri harga pakej yang diingini dengan menghubungi hotel atau resort berkenaan.

Untuk melihat perbandingan harga hotel di Melaka dan menempah bilik penginapan, anda boleh semak di Hotelscombined.

Setakat ini dahulu senarai tempat percutian di Melaka menarik untuk keluarga. Semoga senarai ini membantu anda memilih lokasi yang sesuai untuk bercuti. Tips percutian bajet ialah, anda boleh merancang percutian beramai-ramai dengan mengajak saudara-mara dan keluarga. Selain perkongsian kos penginapan, anda juga boleh menjimatkan kos makanan dengan membuat pot luck. Percutian pasti lebih meriah dan dapat mengeratkan perhubungan kekeluargaan. Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada mereka. Selamat bercuti!

Add new comment