Miri

Maklumat destinasi pelancongan, aktiviti dan tempat menarik di Miri termasuk lokasi popular untuk dilawati seperti sejarah dan warisan, tempat membeli-belah, kebudayaan, taman rekreasi, pantai peranginan serta alam semulajadi yang unik di Taman Negara. Ia turut menjadi lokasi percutian menarik dikalangan pelancong.

Tempat menarik di Miri

Pantai menarik di Miri Sarawak

Miri merupakan salah sebuah lokasi pelancongan popular di Sarawak. Walaupun lebih dikenali dengan telaga minyak, sebenarnya terdapat banyak tempat-tempat menarik di Miri yang boleh dilawati jika anda berkunjung ke sana. Ia mempunyai beberapa buah Taman Negara yang merupakan tarikan utama pelancong alam semulajadi, lokasi sejarah, tempat membeli-belah dan destinasi menarik lain. Buat anda yang ingin bercuti ke Miri, kali ini Percutian Bajet akan berkongsi maklumat mengenai bandaraya ke-10 di Malaysia ini sebagai panduan untuk merancang perjalanan anda.