Muzium Penang

Senarai muzium yang ada di Penang termasuk muzium negeri, muzium perhutanan dan berbagai jenis muzium interaktif yang sangat menarik untuk dilawati.

Muzium Perang Pulau Pinang

Muzium Perang Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai War Museum terletak di Batu Maung. Lokasinya tidak jauh dari susur keluar Jambatan Kedua. Muzium yang terletak di atas bukit ini agak luas meliputi kira-kira 20 ekar tanah. Tiada bangunan kompleks untuk pameran tetapi pengunjung akan melawat kubu pertahanan perang yang dibina oleh tentera British sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua.

Melawat rumah P Ramlee di Penang

Rumah P Ramlee di Penang

Rumah kelahiran P Ramlee yang terletak di Penang adalah sebuah lokasi pelancongan yang mesti dilawati jika anda bercuti di negeri ini. Rumah yang diperbuat dari kayu ini dipelihara dengan baik dan terdapat berbagai barangan peninggalan Allahyarham dipamerkan didalam rumah. Selain itu, pengunjung juga boleh melawat Galeri P Ramlee di bangunan Arkib Negara Malaysia yang juga berada didalam kawasan yang sama.

Rumah kelahiran P Ramlee.

Trick Art Museum - Muzium 3D di Penang

Trick Art Museum Penang

Jika anda seorang peminat seni lukis, Penang adalah lokasi pelancongan yang harus anda kunjungi. Terdapat beberapa destinasi menarik yang memaparkan hasil seni mengagumkan dan menjadi tarikan pengunjung yang bercuti ke pulau mutiara. Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi satu tempat menarik untuk dilawati iaitu Muzium 3D Penang, Trick Art Museum yang cukup terkenal.

Trick Art Museum Penang.