Bercuti di Wet World Pedas Hot Springs

Malaysia sangat terkenal dengan tempat pelancongan yang menarik. Antara yang sering menjadi tumpuan pelancong ialah Wet World Pedas Hot Springs, yang terletak di Pedas, Negeri Sembilan. Untuk mereka yang masih lagi mencari destinasi percutian untuk keluarga, tapi dengan bajet yang sederhana boleh memilih taman tema ini sebagai tempat percutian anda bersama keluarga. Bawa anak-anak anda bercuti sekali-sekala pasti meninggalkan memori yang indah dalam hidup. Mari kita lihat apa yang menarik di Wet World Pedas Hot Springs.

Wet World Pedas Hot Springs, Negeri Sembilan.

Lokasi Wet World Pedas Hot Springs

Alamat:
Wet World Air Panas Pedas Resort
Lot 603, Jalan Tampin Mukim Pedas,
71400, Pedas, Negeri Sembilan.

Hubungi:
Tel : +606-685 8027
Email: sales.wwappr@owg.com.my

Waktu operasi Wet World Pedas Hot Springs

Wet World Air Panas Pedas Resort atau hanya dikenali sebagai Pedas Hot Springs ini dibuka setiap hari kecuali pada hari Selasa sahaja ditutup. Dibuka dari jam 1 petang sehingga 7 malam pada hari Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat, manakala pada hari Sabtu, Ahad, cuti umum dan cuti sekolah dibuka dari jam 10 pagi sehingga 7 malam. Pedas Hot Springs ini akan akan beroperasi setiap hari pada cuti umum dan cuti sekolah.

Harga tiket masuk Wet World Pedas Hot Springs

Harga tiket masuk ke Taman Tema Wet World Pedas Hot Springs adalah seperti berikut:

  1. Dewasa - RM15 (135cm keatas), Kanak-kanak - RM12 (85cm-135cm).
  2. Harga untuk spa – RM8 seorang. Dibuka dari jalam 7 malam sehingga 10 malam.

Tarikan di Wet World Pedas Hot Springs

Tarikan menarik yang ada di Taman Tema Wet World Pedas Hot Springs ini ialah:

  1. Kolam air panas – Bagi ibu yang sedang mengandung, pesakit jantung dan kanak-kanak dibawah umur 10 tahun tidak dibenarkan untuk mandi disini keranas suhu kepanasan yang tinggi dan untuk keselamatan mereka.
  2. Reflexology walk – Reflexology walk ini bagus untuk kesihatan kaki anda. Anda dilarang untuk duduk didalam kolam ini dan memakai kasut masuk kedalam kolam.
  3. Kedai cenderahati.
  4. Sewa pelampung – Ada dua jenis pelampung yang disediakan. Antaranya Double tube dan Single tube. Harga sewa untuk Double tube RM15, deposit RM10 dan untuk Single tube RM10, deposit RM10.
  5. Mini zoo – Sambil mandi manda anda boleh bawa anak-anak bersiar di Mini Zoo dan melihat pelbagai jenis kategori haiwan yang ada disini.
  6. Disediakan tempat permainan untuk kanak-kanak.

Gelongsor air di Wet World Air Panas Pedas.

Kemudahan di Wet World Pedas Hot Springs

Beberapa kemudahan asas disediakan untuk pengunjung iaitu:

  1. Tandas.
  2. Surau.
  3. Kedai cenderahati.
  4. Sewa pelampung – Ada dua jenis pelampung yang disediakan. Antaranya Double tube dan Single tube. Harga sewa untuk Double tube RM15, deposit RM10 dan untuk Single tube RM10, deposit RM10.
  5. Kantin.
  6. Bilik kecemasan.
  7. Pondok – Disediakan pondok untuk disewa kepada pengunjung yang datang untuk berehat sebentar setelah penat bermain air dan berhenti untuk makan.
  8. Bilik persalinan.
  9. Locker.

Taman tema Wet World Pedas Hot Springs sesuai dijadikan destinasi percutian untuk keluarga. Walaupun cuma percutian harian, ia masih cukup menggembirakan. Kadar harga tiket masuk juga amat berpatutan dan memuaskan. Tidak membebankan, cuma makanan dan minuman dari luar tidak dibenarkan dibawa masuk. Rancang percutian anda dengan teliti dan bajet yang mencukupi. Kongsikan pengalaman anda bersama kami, jika anda pernah kesini.

Comments

1

Best juga yer tempat ni ada pool tempat fav anak-anak lah ni

Add new comment