Bayu Beach Resort Port Dickson

Bayu Beach Resort ialah hotel menarik yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Tarikan utama yang menyebabkan pelancong memilih resort ini ialah keranan kedudukannya yang betul-betul ditepi pantai, dimana pengunjung boleh menikmati panorama laut yang membiru dari balkoni bilik penginapan mereka. Selain itu, Bayu beach Resort juga memiliki kawasan pantai yang cantik dan berpasir bersih. Pengunjung boleh mandi-manda, berjalan-jalan ditepi pantai atau bersantai membaca novel sambil dibelai bayu laut.

Bayu Beach Resort Port Dickson

Lokasi

Lokasi Bayu Beach Resort yang terletak ditepi pantai popular di Port Dickson iaitu Pantai Cahaya Negeri, sangat sesuai bagi pengunjung yang sukakan suasana ditepi laut. Lokasi resort juga berhampiran dengan Pekan Port Dickson iaitu lebih-kurang 7 KM sahaja.

Alamat:

Bayu Beach Resort
4½ Miles, Jalan Pantai,
71050 Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus

Hubungi:

f&b@bayubeach.com.my , rsvn@bayubeach.com.my
Tel : +6 06-6473 703
Fax : +6 06-6472 507

Penginapan

Bayu Beach Resort mempunyai 228 buah bilik penginapan yang tersedia untuk pelancong. Berikut ialah senarai jenis bilik dan juga keterangan:

Studio Rooms

Studio Rooms adalah bilik penginapan yang sesuai untuk dua orang. Harga bilik bermula dari RM210.00 hingga RM320.00 untuk satu malam.

  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, shower.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Peti ais mini.
  • Kemudahan membancuh minuman.
  • Balkoni (bergantung).

Family Deluxe Rooms

Family Deluxe Rooms adalah bilik penginapan yang sesuai untuk tiga hingga empat orang. Harga bilik bermula dari RM300.00 hingga RM470.00 satu malam.

  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, shower.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Peti ais mini.
  • Kemudahan membancuh minuman.
  • Balkoni (bergantung).

Family Premium Rooms

Family Premium Rooms adalah bilik penginapan yang sesuai untuk tiga hingga empat orang. Harga bilik bermula dari RM380.00 hingga RM540.00 satu malam.

  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, shower.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Peti ais mini.
  • Kemudahan membancuh minuman.
  • Balkoni (bergantung).

Deluxe Rooms

Deluxe Rooms adalah untuk keluarga besar, dimana pengunjung boleh memilih bilik yang mempunyai satu, dua atau tiga bilik tidur. Ia juga sesuai bagi pengunjung yang bercuti bersama rakan-rakan atau berkumpulan. Harga bermula dari RM210.00 hingga RM 750.00 bergantung pada jumlah pengunjung.

  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, shower.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Peti ais mini.
  • Kemudahan membancuh minuman.
  • Balkoni (bergantung).

Harga yang ditawarkan untuk penginapan di Bayu Beach Resort adalah tidak termasuk cukai dan harga berbeza pada hari minggu, musim cuti persekolahan dan cuti umum.

Kemudahan

Berbagai kemudahan disediakan di Bayu Beach Resort seperti:

  • Kemudahan Internet
  • Sauna
  • Restoran
  • Dewan Mesyuarat
  • Ruangan membaca
  • Kedai Cenderamata
  • Gymnasium
  • Karaoke lounge
  • Kolam Renang

Aktiviti

Pengunjung tidak perlu risau dengan aktiviti percutian jika menginap di Bayu Beach Resort. Berbagai aktiviti menarik di pantai dan juga resort yang tersedia untuk pengunjung. Antara aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah:

  1. Mandi laut.
  2. Bola Tampar pantai.
  3. Jogging atau berjalan di pantai.
  4. Jetski, banana boat - Disediakan atas permintaan untuk kumpulan yang besar dan pada hujung minggu atau cuti umum sahaja.
  5. Aktiviti gym di resort.
  6. Mandi dan berenang di kolam renang.
  7. Sauna.
  8. Melihat matahari terbenam.

Untuk percutian menarik di tepi pantai Port Dickson, Bayu Beach Resort adalah penginapan yang sangat sesuai untuk anda sekeluarga. Lokasinya yang strategik, kemudahan yang disediakan dan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan pasti membuatkan percutian anda menyeronokkan.

Add new comment