Klana Resort Seremban

Klana Resort Seremban ialah sebuah resort moden yang dihiasi lanskap menarik serta kehijauan pepohonan yang pasti memikat hati sesiapa sahaja. Resort ini menawarkan berbagai jenis bilik penginapan yang selesa untuk pelancong. Terdapat berbagai fasiliti menjadikan resort ini lokasi sesuai bukan saja untuk percutian keluarga malah seminar, mesyuarat dan lain-lain juga boleh diadakan. Sebagai ahli Allson International Hotels and Resorts Group, Klana Resort Seremban ynag bertaraf 3 bintang pasti menjanjikan perkhidmatan dan layanan terbaik untuk pengunjungnya.

Klana Resort Seremban.

Lokasi

Lokasi Klana Resort Seremban ialah di Taman Tasik Seremban, Negeri Sembilan. Untuk pertanyaan, tempahan atau maklumat lanjut, anda boleh hubungi:

Alamat:

Klana Resort Seremban
PT 4388, Jalan Penghulu Cantik,
Taman Tasik Seremban,
70100 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Hubungi:

Email : aklana@pd.jaring.my
Tel : +(606) 766 7888
Fax : +(606) 766 7999

Antara bilik menarik di Klana Resort Seremban.

Penginapan

Klana Resort Seremban mempunyai 230 buah bilik penginapan menarik tersedia untuk pelancong. Setiap bilik dilengkapi:

  • Single atau double bed.
  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, hot shower.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Balkoni.
  • Coffee maker.
  • Room service.
  • Suratkhabar percuma.
  • Telefon dan peti simpanan suara.
  • Peti ais mini.

Klana Resort Seremban yang sangat menarik.

Jenis bilik yang ada ialah:

  1. Superior room - Harga bilik bermula dari RM198.00 untuk satu malam.
  2. Garden Room - Harga bilik bermula dari RM215.00 untuk satu malam.
  3. Deluxe Room - Harga bilik bermula dari RM235.00 untuk satu malam.

Harga yang ditawarkan untuk penginapan di Klana Resort Seremban yang dinyatakan diatas sudah termasuk cukai. Namun harga adalah berbeza pada hari minggu, musim cuti persekolahan dan cuti umum. Masa check-in ialah pada pukul 12.00 tengahari dan check-out pada pukul 2.00 petang.

Allson Klana Resort Seremban waktu malam.

Restoran

Ada beberapa buah restoran di Klana Resort yang menyediakan makanan yang sedap.

  • YURI Japanese Restaurant - Menyediakan makanan tradisional Jepun.
  • SELERA Coffee House - Menyediakan menu makanan internasional dan asia.
  • The Bakers - Menyediakan berbagai jenis kek dan cookies.

Aktiviti menarik di Klana Resort Seremban.

Kemudahan dan aktiviti

Antara kemudahan dan aktiviti yang disediakan di Klana Resort Seremban adalah:

  • Kemudahan Wifi di kawasan lobi.
  • Kolam renang yang luas.
  • Ruangan membaca.
  • Bilik mesyuarat.
  • Kemudahan sukan dan outdoor - Gymnasium, indoor games seperti pingpong, darts, carom, snooker dan berbagai permainan outdoor menarik termasuk Rappelling, Flying Fox dan lain-lain.

Klana Resort adalah sebuah hotel yang sangat menarik dan selesa. Makanan yang dihidangkan juga enak. Jika anda ingin bercuti di Seremban, ia adalah tempat penginapan yang harus ada dalam senarai pilihan. Lokasinya yang terletak dalam kawasan kehijauan pokok-pokok juga begitu mendamaikan. Anak-anak anda juga pasti gembira bermain air di kolam renang yang luas.

Add new comment