Tempat menarik di Negeri Sembilan

Banyak tempat-tempat menarik di Negeri Sembilan boleh dilawati jika anda bercuti ke negeri ini. Ada pantai, agro-tourism, sejarah dan warisan, tempat membeli-belah, alam semulajadi serta bermacam-macam lagi. Destinasi pelancongan yang paling terkenal ialah Port Dickson yang menawarkan pecutian pantai dan berbagai tarikan lain. Jika anda berminat dengan kebudayaan, negeri ini cukup terkenal dengan budaya Minangkabau dan adat Perpatih. Banyak program homestay dimana pelancong boleh merasai pengalaman aktiviti harian, adat-resam dan cara hidup masyarakat tempatan disediakan. Manakala muzium-muziumnya pula menyimpan khazanah silam, maklumat, peralatan dan artifek yang berkaitan dengan sejarah. Dalam artikel ini, Percutian Bajet akan senaraikan tempat-tempat menarik serta tarikan pelancongan yang ada sebagai panduan pengunjung yang ingin bercuti ke Negeri Sembilan.

Lihat tempat-tempat menarik untuk bercuti di halaman Senarai tempat menarik untuk percutian di Negeri Sembilan.

Pemandangan menarik dari hotel Corus Paradise, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Keterangan gambar: Hotel Corus Paradise, Port Dickson.

Pengenalan

Kecantikan alam semulajadi seperti hutan lipur dan pantai yang cantik sentiasa menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Jika anda merancang untuk bercuti di Negeri Sembilan, kenali serba sedikit tentang negeri ini. Berikut ialah senarai daerah dan tempat menarik di Negeri Sembilan:

  1. Jelebu - Tempat menarik yang ada di daerah Jelebu termasuk Jeram Toi, Jeram Gading, Lata Kijang, Masjid Kampung Dulang, Makam Moyang Salleh, Muzium Adat dan Titi Eco Farm.
  2. Jempol - Tempat menarik di daerah Jempol antaranya ialah Hutan Lipur Serting Ulu, Hutan Lipur De Bana, Jeram Panjang dan Gua Serting Ulu. Antara aktiviti menarik pula ialah berkayak di Sungai Serting.
  3. Seremban - Tempat menarik di daerah Seremban yang boleh dikunjungi ialah seperti Dataran Seremban, Ladang Burung Kasawari, Muzium Negeri, Taman Tasik Seremban, Taman Budaya, Taman Rekreasi Seremban 2 dan Taman Malaysia. Lihat artikel Senarai tempat menarik di Seremban untuk dilawati.
  4. Kuala Pilah - Tempat menarik di daerah Kuala Pilah termasuk Bandar DiRaja Seri Menanti, Dastar Dendam Tak Sudah, Masjid India, Masjid Yam Tuan Radin, Mercu Tanda Sempadan, Tapak Megalitik, Tugu Lister, Perkampungan Budaya Terachi, Hutan Lipur Jeram Tengkek dan Hutan Lipur Ulu Bendul.
  5. Rembau - Tempat menarik di daerah Rembau termasuk Rembau Crystal, Replika Istana Raja Melewar dan Hutan Lipur Gunung Datuk.
  6. Port Dickson - Tempat menarik di Port Dickson antaranya ialah Medan Ikan Bakar MPPD, Taman Komuniti Awam, Taman Poket Bandar PD, Hutan Simpan Pasir Panjang, Pusat Eco-Edutourism, Hutan Simpan Sungai Menyala, Muzium Lukut, Muzium Tentera Darat, Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas, Dataran Seri Kemang, PD Wellness Zone, Kelong memancing Teluk Bayu, Kolam memancing ikan air masin, Rumah Api Tanjung Tuan dan Ostrich Farm.
  7. Tampin - Tempat menarik di daerah Tampin termasuk Dataran Tampin, Taman Tasik, Taman Rekreasi Tampin, Gunung Tampin, Lay By Tampin, Stesen Keretapi Gemas, Tugu Peringatan Sg. Kelamah dan Dataran Kg. Tengah, Gemencheh.

Muzium Negeri Istana Ampang Tinggi, Negeri Sembilan.
Keterangan gambar: Pemandangan tempat bersejarah di Negeri Sembilan - Muzium Negeri Istana Ampang Tinggi.

Tempat menarik di Negeri Sembilan

Hutan lipur di Negeri Sembilan

Jika anda gemarkan pengembaraan, meredah hutan rimba, melihat flora dan fauna serta menikmati keindahan alam semulajadi, percutian ke sini tidak akan mengecewakan. Walaupun tiada Taman Negara dan Taman Negeri tetapi masih terdapat beberapa tempat menarik di Negeri Sembilan yang boleh dikunjungi. Antaranya ialah hutan lipur, gunung, kawasan rekreasi air terjun, jeram dan sungai. Berikut ialah senarai destinasi pelancongan alam semulajadi yang ada di negeri ini.

  • Hutan Lipur Ulu Bendul - Terletak di Hutan Simpan Angsi di laluan utama Seremban - Kuala Pilah.
  • Hutan Lipur Jeram Toi - Terletak di Bukit Telapak Buruk dalam Hutan Simpan Berembun, daerah Jelebu.
  • Hutan Lipur Serting Ulu - Terletak kira-kira 8 km dari pekan Batu Kikir. Ia termasuk didalam kawasan Hutan Simpan Serting.
  • Gunung Datuk - Kemuncak tertinggi di Daerah Rembau.
  • Gunung Tampin - Kaya dengan flora dan fauna alam semulajadi. Juga terdapat jeram yang menjadi tempat rekreasi penduduk setempat di hari minggu.
  • Hutan Lipur Lenggeng - Termasuk dalam kawasan Hutan Simpan Lenggeng. Kaya dengan paku-pakis, pelbagai jenis orkid, serangga dan unggas.
  • Batu Maloi - Terletak di Hutan Simpan Gunung Tampin. Terdapat Gua Batu Maloi yang terbentuk dibawah bongkahan batu-batu.
  • Hutan Lipur Pasir Panjang - Hutan Simpan yang terletak di pinggir laut.
  • De Bana - Hutan Lipur De Bana terletak di Bandar Sri Jempol, Negeri Sembilan. Terdapat Kem PLKN De Bana.
  • Jeram Tengkek - Hutan Lipur Jeram Tengkek terletak di Batu Kikir, Negeri Sembilan.
  • Hutan Simpan Sungai Menyala - Terletak di Pasir Panjang, Negeri Sembilan. Aktiviti menarik seperti pameran perhutanan, merentas hutan, belajar perubatan herba, berbasikal dan lain-lain.

Air terjun Ulu Bendul, Negeri Sembilan.
Keterangan gambar: Pemandangan tempat perkelahan di Negeri Sembilan - Air terjun Ulu Bendul.

Warisan dan sejarah Negeri Sembilan

Tidak sah percutian anda jika tidak melawat tempat-tempat bersejarah. Negeri Sembilan ada banyak muzium yang menyimpan khazanah-khazanah silam untuk tontonan orang ramai. Bagi yang bercuti bersama keluarga, bawalah anak-anak melawat tempat bersejarah di Negeri Sembilan seperti senarai berikut:

  • Muzium Tentera Darat - Muzium ketenteraan ini terletak di Port Dickson. Terdapat pelbagai barangan yang berkaitan dengan angkatan tentera seperti sejarah, senjata, kenderaan dan peralatan komunikasi.
  • Muzium Diraja Istana Laman Seri menanti - Terletak di Bandar Diraja Seri Menanti. Mula dibina pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1908. Istana ini mempunyai rekabentuk seni bina yang mengagumkan. Ia dibina tanpa menggunakan walau sebatang paku.
  • Muzium Negeri - Terletak di Seremban. Ia juga dipanggil Kompleks Taman Seni Budaya. Bangunan muzium yang bercirikan seni bina Minangkabau ini mempamerkan berbagai artifek sejarah Negeri Sembilan. Ini adalah tempat bersejarah di Negeri Sembilan yang harus dilawati jika berkunjung ke negeri ini.
  • Istana Ampang Tinggi - Terletak di Kompleks Taman Seni Budaya, Seremban. Asalnya dibina oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-5 iaitu Yamtuan Imam sekitar tahun 1865 dan 1870 diatas sebuah permatang padi di Ampang Tinggi, Kuala Pilah.
  • Teratak Za'ba - Terletak di Daerah Jempol. Rumah Zainal Abidin Bin Ahmad atau lebih dikenali dengan Za'ba yang diabadikan sebagai tempat bersejarah bagi mengenang jasa-jasanya kepada masyarakat melalui buku-buku karangan beliau yang bercorak ilmiah dan memberi kesan mendalam malah menyemarakkan semangat patriotisme kepada masyarakat.
  • Muzium Adat - Terletak di Daerah Jelebu.
  • Kota dan Muzium Lukut - Terletak di Port Dickson. Satu tempat bersejarah di negeri sembilan yang masih kekal hingga ke hari ini. Kota ini dibina pada tahun 1847 di Bukit Gajah Mati oleh Raja Jumaat bin Raja Jaafar sebagai kota pertahanan. Terdapat beberapa buah meriam lama dan sebuah rumah dua tingkat ditengah-tengah kota tersebut. Muzium Lukut pula menyimpan khazanah silam buat tatapan masyarakat kini.
  • Muzium Rembau - Terletak di Rembau.
  • Balai Cerap Baitul Hilai - Terletak di Port Dickson.
  • Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua - Terletak di Tampin.

Pameran di Muzium Tentera Darat Port Dickson, Negeri Sembilan.
Keterangan gambar: Tempat menarik untuk dilawati di Negeri Sembilan - Muzium Tentera Darat Port Dickson.

Rekreasi, Agro dan Taman Tema

Jika anda sukakan percutian riang-ria dan mencipta kenangan manis bersama orang tersayang, kunjungi pusat rekreasi, agro dan taman tema yang terdapat di negeri ini. Dibawah adalah senarai tempat menarik di Negeri Sembilan yang menjadi tumpuan pelancong:

  • Rantau Agro Park
  • Taman Mini Orkit
  • Taman Tasik Seremban
  • Starfresh Agro Park
  • Titi Eco Farm.
  • Wet World Resort Air Panas Pedas - Kolam mandi air panas semulajadi yang popular di Pedas, Negeri Sembilan. Lihat artikel Bercuti di Wet World Pedas Hot Springs.
  • PD Ostrich Farm - Ostrich Showfarm di Port Dickson.
  • Jelita Ostrich Show Farm - Ostrich Showfarm yang terletak di Jalan jelebu, Seremban.
  • Taman Haiwan Veterinar

Tempat menarik di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Keterangan gambar: Resort menarik di Port Dickson.

Pantai menarik di Negeri Sembilan

Pantai adalah tempat percutian yang sering menjadi tumpuan pelancong dimana-mana negeri sekalipun. Keindahan pasir yang memutih, deruman ombak yang memukul pantai dan pemandangan laut yang membiru memberi ketenangan serta merehatkan minda. Pantai menarik di Negeri Sembilan yang paling terkenal ialah Port Dickson. Banyak hotel dan resort menarik dibina disekitar pantai kawasan tersebut. Jika anda merancang untuk bercuti di Negeri Sembilan, berikut ialah senarai pantai menarik untuk percutian ditepi laut.

  • Pantai Bagan Pinang.
  • Pantai Purnama - Juga dikenali ddengan Pantai Sri Purnama. Pantai ini juga merupakan tapak perkhemahan yang popular.
  • Pantai Cahaya Negeri.
  • Pantai Tanjung Gemok.
  • Pantai Cermin.
  • Pantai Tanjung Biru.
  • Pantai Telok Kemang - Pantai yang paling popular di Port Dickson. Terdapat berbagai kemudahan dan aktiviti pelancongan menarik di sini seperti menaiki bot, jet ski dan mandi-manda.
  • Pantai Batu Empat - Pantai yang cantik, air yang jernih dan pemandangan indah laut serta pantai yang dibarisi pohon rhu merupakan tarikan pelancong ke pantai ini. Pantai ini juga popular untuk mandi-manda.
  • Pantai Bayu - Pantai yang popular untuk mandi-manda.
  • Pantai Saujana.

Lihat artikel: Tempat menarik di Port Dickson untuk percutian keluarga.

Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan.
Keterangan gambar: Pemandangan pantai Port Dickson.

Pusat membeli-belah

Bawa keluarga anda membeli-belah jika ke Negeri Sembilan. Antara tempat yang menjadi tumpuan ramai ialah:

  • Nilai 3 - Anda boleh membeli berbagai barangan hiasan rumah, perabot, pakaian dan lain-lain di sini. Nilai 3 adalah lokasi membeli-belah terkenal yang mesti dikunjungi jika bercuti di Negeri Sembilan.
  • Rembau Crystal.

Lihat artikel: Tempat menarik di Nilai Negeri Sembilan.

Kebudayaan dan adat-resam

Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan adalah berasal dari daerah Minangkabau, Sumatera. Adat ini masih lagi wujud dan diamalkan sehingga kini seperti Perlantikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Perlantikan Undang Luak Yang Empat iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Malah peraturan sosial dalam adat Perpatih juga masih diamalkan dalam struktur masyarakat dan sistem pentadbiran seperti:

  • Sukuan.
  • Hukum dan perundangan.
  • Perkahwinan.
  • Harta pusaka.

Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan.
Keterangan gambar: Pemandangan Pekan Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan.

Makanan tradisi di Negeri Sembilan

Makanan tradisi masyarakat di Negeri Sembilan banyak yang berasakan lada dan pedas. Antara makanan dan masakan popular di Negeri Sembilan ialah:

  • Masak lemak cili api.
  • Rendang dendeng.
  • Lemang, ketupat.
  • Wajik.
  • Dodol.

Penginapan di Negeri Sembilan

Terdapat banyak jenis penginapan yang boleh diambil jika anda bercuti di Negeri Sembilan.

Senarai hotel di Negeri Sembilan

Berikut ialah senarai hotel di Negeri Sembilan yang boleh dijadikan tempat penginapan percutian anda:

  • Hotel Sri Klawang.
  • Hotel Seri Malaysia Seremban.
  • The Royale Bintang Resort.
  • Allson Klana Resort.
  • Hotel Seremban Jaya.
  • Hotel Rasah, Seremban.
  • Nilai Springs Resort Hotel.
  • Seremban Inn.
  • Sunshine Bay.

Allson Klana Resort, hotel menarik di Negeri Sembilan.

Keterangan gambar: Allson Klana Resort, Seremban.

Senarai Homestay di Negeri Sembilan

Pelancong boleh mempelajari adat dan budaya masyarakat tempatan dengan mengikuti program homestay yang disediakan oleh kerajaan negeri. Antara aktiviti menarik yang boleh dirasai sendiri oleh pelancong ialah aktiviti di sawah padi, persediaan masakan tradisional, demonstrasi penghasilan produk makanan, persembahan kebudayaan dan penghasilan kraftangan. Berikut ialah senarai homestay yang terdapat di Negeri Sembilan:

  • Homestay Pachitan - Perkampungan masyarakat Jawa di Kampung Chuah, Port Dickson, Negeri Sembilan. Terdapat 37 buah rumah dan 69 bilik.
  • Homestay Lonek - Homestay Kampung Lonek terletak di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Penduduk di perkampungan ini masih mengamalkan adat Perpatih dalam kehidupan harian mereka.
  • Homestay Batang Nyamor - Terletak di Kota, Negeri Sembilan, homestay ini menyediakan pelbagai aktiviti harian dan lawatan ke tempat menarik pelancongan alam semulajadi dan sejarah disekitarnya.
  • Homestay Gemas - Gabungan 4 buah kampung disekitar daerah Gemas. Lokasi menarik dengan pemandangan sawah padi yang luas terbentang. Aktiviti tradisional, pembuatan kraftangan, lawatan ke tempat menarik dan tempat bersejarah disediakan.
  • Homestay Klawang - Terletak di Kampung Ulu Jelebu, dimana persekitaran alam semulajadi masih terjaga dan budaya Perpatih masih kuat diamalkan.
  • Homestay Mudin Hassan - Terletak di Kampung Terusan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
  • Homestay Pelegong - Terletak di Labu, Seremban, Negeri Sembilan. Terdapat 28 buah rumah dan 43 buah bilik disediakan di homestay ini. Antara aktiviti yang ada ialah melihat penghasilan kraftangan, prnghasilan produk makanan, persembahan kebudayaan, meredah hutan dan lain-lain.
  • Homestay F'Best - Terletak di Felda Serting Hilir. Berbagai aktiviti menarik disediakan untuk pelancong seperti permainan Petanque, melihat sendiri cara menoreh getah, mengait buah kelapa sawit, memancing ikan, lawatan ke Industri Kecil dan lain-lain.
  • Homestay Laman Bangkinang - Lokasinya di Kampung Tapak, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Terkenal dengan persembahan kebudayaan dan muzik tradisional penduduk setempat. Pelancong boleh merasai sendiri persembahan kebudayaan randai, aktiviti mengoca, permainan sukan tradisional serta berbasikal mengelilingi kampung.

Untuk melihat potongan harga hotel dan resort di Negeri Sembilan, anda boleh menyemak serta menempah bilik penginapan terus melalui atas talian di BOOKING.COM.

Setakat ini dahulu perkongsian senarai tempat menarik di Negeri Sembilan yang boleh dilawati bila bercuti ke sana. Sekiranya maklumat ini berguna pada anda, kami harap anda sudi SHARE di laman fb, twitter, g+, blog atau lain-lain sebagai tanda penghargaan. Jika ada kekurangan, kesilapan atau anda ingin menambah tempat menarik, sila tinggalkan komen dibawah. Kami amat menghargainya. Terima kasih dan selamat bercuti!

Add new comment