Tempat menarik di Port Dickson untuk percutian keluarga

Port Dickson, Negeri Sembilan ialah destinasi pelancongan yang telah lama terkenal di Malaysia. Ia adalah sebuah kawasan pantai yang cantik dan telah dibangunkan dengan berbagai kemudahan pelancongan seperti resort dan aktiviti menarik. Selain pantai, terdapat beberapa tempat pelancongan lain berhampiran kawasan ini yang menarik untuk dilawati. Percutian Bajet telah menyusun semua aktiviti yang ada dan senarai tempat menarik di Port Dickson sebagai panduan pengunjung yang ingin bercuti ke sini.

Avillian Resort Port Dickson.

Apa ada di Port Dickson?

Tarikan utama di Port Dickson ialah pantainya yang cantik, berpasir halus dan laut yang berombak kecil sesuai untuk mandi. Selain itu, kemudahan perkhidmatan pelancongan juga disediakan untuk pengunjung yang bercuti kesini. Asasnya, apa yang menarik di Port Dickson ialah:

  • Lokasi pelancongan menarik - Kawasan pantai yang cantik.
  • Aktiviti pelancongan - Memancing, banana boat, sukan pantai dan lain-lain.
  • Mengunjungi tempat pelancongan - Banyak tempat menarik di Port Dickson yang boleh dilawati.
  • Makanan - Kedai makan dan restoran menarik.
  • Penginapan - Pengunjung boleh menginap di hotel, resort, chalet atau apartment menarik yang banyak terdapat disini.

Resort menarik di Port Dickson.

Bagaimana untuk ke Port Dickson?

Pengunjung boleh terus memandu ke Port Dickson dengan kenderaan sendiri. Ambil lebuhraya ke Seremban. Kemudian ambil lebuhraya Seremban - Port Dickson. Pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti keretapi, bas dan teksi untuk ke sini. Terdapat beberapa cara untuk menggunakan pengangkutan awam ke Port Dickson:

  1. Pengunjung boleh mendapatkan bas ekspress terus ke Port Dickson. Jika tiada perkhidmatan tersebut dari tempat anda, lokasi terdekat ialah Seremban. Kemudian dari Seremban, pengunjung boleh mengambil bas untuk ke Port Dickson.
  2. Pengunjung boleh menaiki keretapi dari Kuala Lumpur ke Seremban. Dari Seremban ke Port Dickson, pengunjung boleh menaiki bas.
  3. Pengunjung juga boleh menaiki kapal terbang ke KLIA. Dari KLIA, anda boleh mengambil teksi terus ke Port Dickson.

Tempat menarik di Port Dickson

Percutian ke Port Dickson pasti tidak akan hambar kerana selain aktiviti menarik di pantai dan laut, anda boleh melawat banyak lokasi pelancongan menarik disini. Dibawah ialah senarai tempat menarik di Port Dickson yang boleh anda kunjungi.

Pantai Teluk Kemang

Pantai Teluk Kemang adalah kawasan pantai Port Dickson yang paling popular. Keluasan pantai Telok Kemang ialah kira-kira 1.6KM panjangnya dari Kemang Indah hingga ke Baitul Hilal. Kawasan pantai yang cantik ialah di sekitar di Batu 7 dan Batu 8. Ia sentiasa menjadi tumpuan pelancong terutama di hujung minggu. Ramai yang datang untuk mandi-manda, bersantai atau berkelah bersama keluarga sambil bersantai menikmati pemandangan indah ditepi laut. Ramai juga pelancong yang datang bersama kawan-kawan untuk bermain permainan dan aktiviti pelancongan seperti banana boat, kayak dan jet ski yang disediakan disini.

Berbagai kemudahan asas juga disediakan untuk pengunjung seperti:

  • Tandas.
  • Bilik mandi.
  • Surau.
  • Pondok rehat.
  • Gerai dan restoran.

Blue Lagoon

Blue Lagoon adalah satu lagi kawasan pantai Port Dickson yang menarik. Selain pantai yang cantik, disini juga terdapat aktiviti pelancongan yang disediakan untuk pelancong. Jika anda inginkan kawasan pantai menarik di Port Dickson tetapi tidak seramai orang seperti pantai Teluk Kemang, Blue Lagoon adalah lokasi yang sesuai buat anda.

Kawasan ini juga mempunyai banyak hotel dan resort menarik untuk penginapan percutian anda. Tarikan lain berhampiran Blue Lagoon ialah Rumah Api Tanjung Tuan.

PD Waterfront

Kawasan rekreasi yang disediakan untuk pelancong bersantai di tepi pantai Port Dickson. Pengunjung boleh beriadah bersama keluarga, bermain layang-layang atau berehat menikmati pemandangan indah laut yang indah. PD Waterfront ini menghadap Pulau Arang.

Kawasan PD Waterfront juga mempunyai banyak hotel dan resort menarik yang sesuai dijadikan tempat penginapan percutian anda.

PD Ostrich Farm

PD Ostrich Farm terletak tidak jauh dari pantai Teluk Kemang. Ia adalah salah satu tempat menarik di Port Dickson yang harus dikunjungi jika anda membawa keluarga bercuti ke daerah ini. Selain melihat dan memberi makan burung unta, terdapat berbagai aktiviti disediakan untuk pengunjung. Antara yang menarik ialah menunggang burung unta, berlumba dengan burung unta, memanah dan berbagai aktiviti outdoor termasuk ATV Rides.

Selain burung unta, di PD Ostrich Farm juga terdapat haiwan seperti keldai, unta, kambing, berbagai jenis arnab, angsa, ayam belanda, itik dan lain-lain lagi. Yang pastinya, kanak-kanak pasti terhibur dan mendapat pengalaman baru setelah berkunjung ke sini. Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh menghubungi:

Alamat:
PD Ostrich Show Farm
Lot 1419, Jalan Kemang 13,
Batu 9 Jalan Pantai Teluk Kemang,
Port Dickson, Negeri Sembilan.

Hubungi:
Telefon: 06-6627496, 018-2078682 (Mobile)
Fax: 06-6625919
Email: ostrich@9wondersofpd.com

Muzium Tentera Darat

Muzium Tentera Darat Port Dickson adalah muzium tentera terbesar di Malaysia. Fasiliti dan pameran di muzium ini juga setaraf dengan muzium tentera lain di dunia. Pengunjung akan dapat melihat ruang pameran yang dikategorikan mengikut pelbagai era bermula dari Era Kesultanan Melayu Melaka hingga ke hari ini. Antara yang menarik ialah Terowong PKM, Era Portugis dan Belanda, Era penjajahan British dan Pameran Luar dimana berbagai peralatan ketenteraan dipamerkan kepada pengunjung.

Alamat:
Muzium Tentera Darat
Kem Si Rusa, Persiaran Pahlawan,
71050 Port Dickson,
Negeri Sembilan.

Hubungi:
Telefon: 06-6409488, 06-6409481, 06-6409482
Email: admin@armymuseumpd.gov.my

Muzium Tentera Darat Port Dickson.

Prima Water Theme Park, Port Dickson

Taman tema air menarik di Primaland Port Dickson Resort & Convention Centre. Anda boleh menginap di resort ini untuk menikmati keseronokan bermain berbagai permainan air jika bercuti ke Port Dickson. Terdapat 300 unit apartment suites yang disediakan untuk pengunjung.

Antara yang menarik di Prima Water Theme Park, Port Dickson ialah:

  • Pantai buatan.
  • Air terjun dengan gelongsor.
  • Kids Paradise & Pirate Ship Adventure.
  • Kawasan permainan kanak-kanak dan kawasan pasir.
  • Permainan bola tampar pantai.
  • Outdoor Jacuzzi.
  • Bicycle Kiosk.
  • Bilik Permainan.

Alamat:
Primaland Port Dickson Resort & Convention Centre
No 1, PD Prima, Batu 13,
Jalan Pantai, Pasir Panjang,
71250 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Hubungi:
Telefon: +606 662 6363
Fax: +606 662 6361
Email: info@prcc.com.my

Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson

Bagi pengunjung yang menggemari aktiviti pelancongan alam semulajadi, Hutan Simpan Sungai Menyala adalah lokasi menarik yang boleh anda kunjungi jika bercuti di Port Dickson. Walaupun ia hutan simpan yang tidak berapa luas, namun terdapat beberapa spesis pokok hutan yang unik disini. Antara yang menarik di hutan simpan Sungai Menyala ini ialah pokok Jelutong terbesar, kolam semulajadi dan habitat burung helang. Manakala aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan termasuk jungle trekking, melihat burung dan hidupan liar, mountain bike serta lain-lain lagi.

Kemudahan asas turut disediakan untuk pengunjung Hutan Simpan Sungai Menyala seperti:

  • Bilik penginapan.
  • Dewan.
  • Kantin.
  • Surau.
  • Bilik pameran.
  • Gerai.

Alive 3D Art Gallery

Makin banyak galeri 3D di Malaysia sekarang. Jika ke Port Dickson, anda boleh mengunjungi Alive 3D Art Gallery di Lukut. Pengunjung boleh melihat lukisan 3D yang sangat mengagumkan didalam galeri ini. Terdapat beberapa tema dipersembahkan seperti Adventure, Animation, Exotic dan lain-lain. Selain menikmati keunikan lukisan 3D, pengunjung juga boleh bergaya dan mengambil gambar. Yang menariknya, anda boleh melihat berbagai aksi pengunjung yang melucukan.

Alamat:
Alive 3D Art Gallery
NO 38-40, JALAN DS 2/1,
Bandar Dataran Segar, Lukut,
71010 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Hubungi:
Telefon: +60 6-651 5400

Buka: Setiap hari dari pukul 11:00 am – 11:00 pm.
Harga tiket: Dewasa RM20. Kanak-kanak RM15.

Kota dan Muzium Lukut

Tapak bersejarah Kota Lukut ini terletak di Bukit Gajah Mati, Lukut, Port Dickson. Selain melihat kesan-kesan peninggalan Kota Lukut, disini juga terdapat sebuah muzium yang menyimpan khazanah dan artifek peninggalan sejarah kerajaan yang pernah bertapak disini.

Alamat:
Muzium Lukut
Lot 730, Jalan Besar,
71010 Port Dickson,
Negeri Sembilan.

Hubungi:
Telefon: 06 651 2954
Fax: 06 651 5270
Email: muziumlukut@yahoo.com

Buka: Setiap hari dari pukul 9:00 am – 6:00 pm.
Harga tiket: Masuk adalah percuma.

Rumah Api Tanjung Tuan

Satu lagi tempat menarik di Port Dickson yang terkenal ialah Rumah Api Tanjung Tuan. Ia juga dikenali dengan nama Cape Rachado dan merupakan antara rumah api tertua di Malaysia. Rumah api ini dibina pada tahun 1817-1819 oleh kerajaan British.

Rumah Api Tanjung Tuan terletak dalam kawasan Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Ia merupakan kawasan persinggahan burung-burung (birds sanctuary) pelbagai spesis. Dianggarkan kira-kira 300,000 burung dari 54 spesis singgah disini setiap tahun.

Rumah Api Tanjung Tuan.

Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas

Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas terdapat makam lama yang unik. Terdapat batu bersurat dengan tulisan lama dan juga batu berbentuk pedang dan senduk. Selain itu juga terdapat binaan tembok batu empat segi yang digunakan sebagai meja tempat meletakkan surat-surat dan kitab-kitab.

Alamat:
Pekan Pengkalan Kempas
71150 Port Dickson,
Negeri Sembilan.

Tempat-tempat menarik lain yang boleh dikunjungi di Port Dickson ialah:

  • Taman Komuniti Awam - Kawasan rekreasi dan riadah di Port Dickson.
  • Taman Poket di Pusat Bandar Port Dickson Dan Bt 6 Jalan Pantai, Port Dickson.
  • Hutan Rekreasi Pasir Panjang - Hutan simpan yang terletak di pinggir laut.
  • Kelong Memancing Teluk Bayu.

Senarai tempat menarik di Port Dickson yang disenaraikan diatas adalah tempat pelancongan yang sering menjadi tumpuan pelancong. Rancang masa dengan baik bagi mengelakkan waktu puncak jika anda tidak mahu bersesak-sesak dengan orang ramai. Untuk melihat tempat-tempat menarik lain yang ada di Negeri Sembilan, sila lawati halaman Senarai tempat menarik untuk percutian di Negeri Sembilan.

Aktiviti menarik di Port Dickson

Percutian pasti hambar tanpa aktiviti-aktiviti menarik untuk dilakukan. Jika ke Port Dickson, anda tidak perlu risau. Banyak yang boleh dilakukan seperti senarai dibawah:

  • Boating - Meronda dengan bot melihat pemandangan menarik disekitar kawasan berhampiran.
  • Berkayak.
  • Banana boat.
  • Buggy ride.
  • Jetski.
  • Parasailing.
  • Mandi laut.
  • Bermain bola tampar pantai.
  • Melihat matahari terbenam.
  • Memancing.

Corus Paradise Port Dickson.

Makanan di Port Dickson

Terdapat banyak tempat makan sedap di Port Dickson. Ada juga tempat makan yang unik dan menarik. Makanan yang popular pula ialah ikan bakar, ayam bakar, makanan laut dan juga masakan melayu Negeri Sembilan. Jika anda ingin makan sambil bersantai di tepi pantai Port Dickson, Teluk Kemang juga sesuai kerana terdapat berbagai jenis makanan. Jika anda benar-benar ingin menjamu selera, dibawah ialah senarai tempat makan yang boleh anda kunjungi:

  • Restoran Seri Mesra Ikan Bakar dan Seafood - Rasanya restoran ini adalah tempat makan paling dikenali di Port Dickson. Ia terletak di Teluk Kemang Square, 71000 Port Dickson.
  • Restoran Kulit Kayu Manis - Terletak berhampiran Perodua di bandar Dataran Segar, Lukut. Menyediakan nasi campur dengan berbagai jenis lauk-pauk. Antara yang istimewa disini ialah ayam kampung dan ikan keli masak lemak cili api.
  • Azmi Tom Yam - Untuk makan malam, anda boleh mencuba restoran ini. Ia menyediakan masakan asli Thai yang sedap.
  • Restoran Ikan Bakar Terapung - Terletak di Kompleks Ikan Bakar Port Dickson. Restoran ini menyediakan pelbagai jenis makanan laut yang segar.
  • Ayam Bakar Station - Untuk sarapan pagi dan makan tengahari, restoran ini menyediakan makan yang agak sedap. Terletak di Batu 11, Pasir Panjang, Teluk Kemang Port Diskson
  • Restoran Mari Makan - Terletak di Teluk Kemang, restoran ini menyediakan masakan melayu, ala-Thai, sup, ikan bakar, stim dan lain-lain. Namun yang menarik disini ialah makan yang agak ringan yang dijual di stall seperti cendol bakar, goreng pisang, sata dan keropok lekor, rojak mamak, soto dan laksa serta lain-lain lagi.
  • Ghodang Kopitiam - Menyediakan masakan tradisional Negeri Sembilan seperti masak lemak cili api dan asam pedas. Lokasi restoran di Batu 71/2 Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson.
  • King's Char Kuey Teow - Selain char kuey teow yang sedap, terdapat juga hidangan masakan barat. Kedai makan ini dibuka dari pukul 5 petang hingga ke tengah malam. Alamat kedai di Lot 402, Jalan Pantai Batu 4, 71050 Port Dickson.
  • Cowboy Place - Nasi Kukus Ayam Panggang. Kedai makan yang unik dengan hiasan ala-cowboy. Ada live band pada waktu malam. Jika anda tidak kisah makan dalam bekas polisterin, anda boleh ke kedai makan ini di Lot 1360 Jalan Pantai, Batu 6, 71000 Port Dickson.
  • Sukand Food Station - Restoran yang terletak di pekan Port Dickson ini menyediakan berbagai jenis makan yang sedap. Antara menu yang ada ialah nasi lemak, nasi ayam, mee kari dan bubur nasi. Ia juga adalah lokasi sarapan pagi yang popular di sini. Alamat restoran ialah No.62, Jalan Bandar, 71000, Port Dickson.
  • Restoran Nasreen Seafood - Terletak di Jalan Pantai, Port Dickson. Menyediakan makanan laut dan masakan ala-Thai.

Penginapan di Port Dickson

Jika anda merancang untuk bercuti beberapa hari, terdapat banyak penginapan menarik di Port Dickson yang boleh anda pilih. Dibawah ini ialah senarai hotel, resort dan apartment menarik yang menjadi pilihan pelancong.

Hotel di Port Dickson

Banyak hotel di Port Dickson yang sesuai dijadikan tempat penginapan percutian anda. Untuk pengalaman percutian yang menyeronokkan, terdapat beberapa buah hotel yang sangat cantik dan lokasi menarik boleh dipilih. Hotel-hotel tersebut ialah yang terletak betul-betul ditepi pantai Port Dickson. Senarai dibawah adalah antara hotel yang paling popular menjadi pilihan pengunjung:

  • Grand Lexis Hotel - Juga dikenali sebagai Lexis Port Dickson adalah salah satu hotel paling popular disini.
  • Avillion Hotel - Koleksi rumah-rumah diatas air yang sangat menarik.
  • Hotel Corus Paradise Port Dickson.
  • Hotel Seri Malaysia Port Dickson.
  • Ancasa Residences Port Dickson - Salah satu hotel menarik dari Ancasa Hotels & Resorts.
  • Thistle Port Dickson Hotel.
  • The Guest Hotel & Spa
  • Langit Langi Hotel @ Port Dickson.

Resort di Port Dickson

Terdapat beberapa buat resort di Port Dickson yang cukup menarik. Antaranya yang sesuai dipilih sebagai penginapan percutian anda ialah:

  • Avillion Admiral Cove Port Dickson.
  • Bayu Beach Resort Port Dickson.
  • Selesa Beach Resort Port Dickson.
  • Glory Beach Resort Port Dickson.
  • Tiara Beach Resort Port Dickson.
  • Marina Beach Resort Port Dickson.
  • Eagle Ranch Resort Port Dickson.
  • The Regency Tanjung Tuan.
  • PNB Ilham Resort Port Dickson
  • Klana Beach Resort Port Dickson
  • PRIMALAND Port Dickson Resort & Convention Centre (PRCC)
  • Lexis Hibiscus Port Dickson.
  • Mayangsari Resort Port Dickson.

Avillion Port Dickson.

Apartment di Port Dickson

Terdapat beberapa buah apartment di Port Dickson yang popular dikalangan pelancong di Malaysia. Antaranya yang sesuai dipilih sebagai penginapan percutian ialah:

  • Paradise Lagoon Apartment.
  • Maya Apartment Bay View Villas.
  • Sunrise Apartment, Cocobay Beach Resort.

Selain itu, terdapat chalet dan homestay dikawasan Port Dickson yang boleh anda pilih untuk percutian bajet.

  • Wonderland Private Chalet Port Dickson.
  • Umang-umang Chalet.

Untuk melihat senarai dan potongan harga apartment, resort atau hotel di Port Dickson, anda boleh menyemak dan menempah bilik penginapan melalui BOOKING.COM.

Port Dickson adalah lokasi menarik sesuai untuk percutian keluarga. Terdapat berbagai kemudahan pelancongan disediakan seperti penginapan menarik, kemudahan pengangkutan serta berbagai aktiviti pelancongan yang boleh dilakukan. Selain itu, kepelbagaian produk pelancongan dan tempat-tempat menarik di Port Dickson juga menjadikan ia lokasi percutian yang sesuai untuk sesiapa sahaja.

Add new comment