Tempat menarik di Seremban untuk dilawati

Seremban bukanlah satu destinasi pelancongan yang popular di Negeri Sembilan. Namun ia juga tidak bermakna tiada langsung tarikan di kawasan ini. Disebabkan Seremban adalah ibu negeri, pembangunan di bandar ini berkembang pesat. Ramai yang sering datang ke sini atas berbagai urusan. Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi tempat-tempat menarik di Seremban yang boleh dilawati sekiranya anda berkunjung ke sini.

Untuk melihat tempat-tempat menarik lain yang ada di Negeri Sembilan, sila lawati halaman Senarai tempat menarik untuk percutian di Negeri Sembilan.

Pusat pelancongan dan tempat-tempat menarik

Sebenarnya terdapat beberapa tempat menarik di Seremban yang agak unik dan istimewa boleh anda lawati. Lokasi yang tidak boleh dilupakan ialah Muzium Negeri, Ostrich Farm dan air terjun Hutan Lipur Ulu Bendul. Berikut ialah maklumat ringkas tentang pusat pelancongan yang boleh anda kunjungi.

Muzium Negeri

Muzium Negeri adalah tempat menarik di Seremban yang mesti dilawati. Ia terletak di Kompleks Taman Seni Budaya. Bangunan muzium yang bercirikan seni bina Minangkabau ini mempamerkan berbagai artifek sejarah Negeri Sembilan seperti senjata dan lain-lain. Selain itu, di kompleks ini juga terdapat Istana Ampang Tinggi dan Rumah Negeri Sembilan yang mempunyai sejarah masing-masing. Binaan bangunan berasaskan kayu ini cukup unik dan mengagumkan.

Muzium Negeri Seremban

Waktu operasi:
Dibuka setiap hari : 10am hingga 6pm.
Jumaat : 10am hingga 12:15pm. Rehat dan dibuka semula pada 2:45pm hingga 6pm.
Tutup : Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha.

Alamat:
Muzium Negeri
Kompleks Taman Seni Budaya,
Jalan Sungai Ujong,
70200 Seremban,
Negeri Sembilan.

Hubungi:
Tel: 06-763 1149, 06-764 3230
Fax: 06-761 5355

Istana Ampang Tinggi

Istana Ampang Tinggi terletak di Kompleks Taman Seni Budaya, Seremban. Asalnya dibina oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-5 iaitu Yamtuan Imam sekitar tahun 1865 dan 1870 diatas sebuah permatang padi di Ampang Tinggi, Kuala Pilah. Istana ini berkeluasan 66.5 kaki panjang dan 23.5 kaki lebar.

Istana ini dibina dengan rekabentuk dan ciri-ciri senibina tradisional Minangkabau. Ia tidak menggunakan walau sebatang paku sebaliknya menggunakan pasak. Keindahan istana ini dapat dilihat dimana ukiran kayu yang sangat halus di sepanjang dinding dan juga ukiran al-quran pada dinding dibahagian dalam istana serta kepingan-kepingan kayu berlian berbentuk sisik yang disusun dibumbung cukup mengagumkan.

Istana Ampang Tinggi

Alamat:
Istana Ampang Tinggi
Kompleks Taman Seni Budaya,
Jalan Sungai Ujong,
70200 Seremban,
Negeri Sembilan.

Muzium Diraja Seri Menanti

Muzium Diraja Seri Menanti terletak kira-kira 30 KM dari Seremban. Perjalanan menaiki kereta mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk tiba ke lokasi. Muzium ini adalah sebuah istana lama yang dibina pada tahun 1902 hingga 1908. Bangunan setinggi empat tingkat ini diperbuat daripada kayu tempatan dan tidak menggunakan sebatang paku pun. Ia mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Seluruh istana dibina mengikut ciri-ciri senibina minangkabau yang cukup menarik.

Jangan lepaskan peluang untuk melihat bagaimana rupabentuk istana kerajaan Negeri Sembilan di zaman silam. Selain keagungan senibina tradisional, pengunjung turut dapat melihat hiasan dalaman, bilik-bilik istana dan juga koleksi-koleksi keluarga Diraja yang dipamerkan disini.

Muzium Diraja Seri Menanti

Waktu operasi:
Dibuka setiap hari : 10am hingga 6pm.
Jumaat : 10am hingga 12:15pm. Rehat dan dibuka semula pada 2:45pm hingga 6pm.
Tutup : Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha.

Alamat:
Muzium Diraja Seri Menanti
Seri Menanti,
71550 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan.

Hubungi:
Tel: 06-497 9653
Fax: 06-761 5355

Jelita Ostrich Show Farm

Jelita Ostrich Show Farm ialah tempat menarik di Seremban yang terletak di Jalan Jelebu, tidak jauh dari pusat bandar. Apa yang menarik di sini ialah selain menternak burung unta, pelbagai aktiviti menarik melibatkan burung unta disediakan untuk pengunjung. Pengunjung berpeluang melakukan berbagai aktiviti seperti bermain dengan burung unta, memberi makan, menaiki burung unta dan macam-macam lagi. Jika anda bercuti di Seremban bersama keluarga, bawalah mereka melawat ladang ternakan burung unta ini. Ia pasti memberi pengalaman baru dan kenangan manis.

Jelita Ostrich Show Farm

Alamat:
Jelita Ostrich Show Farm
Lot 1504, Batu 6,Mukim Pantai,
Jalan Jelebu,
71770 Seremban,
Negeri Sembilan.

Hubungi:
Tel: 06-767 0707, 06-763 2214
Fax: 06-767 3445
Email: jelitaostrichshowfarm@yahoo.com

Homestay Pelegong

Pernahkah anda mengkuti program homestay yang ditawarkan oleh Kementerian Pelancongan? Di Labu, Seremban terdapat program homestay menarik di Kampung Pelegong. Dengan mengikuti program ini, pengunjung akan tinggal bersama penduduk dan mengikuti rutin harian yang dijalankan di kampung tersebut. Antara aktiviti yang ada ialah mengoca ikan, menoreh getah, melihat penghasilan kraftangan, penghasilan produk makanan, persembahan kebudayaan, meredah hutan dan lain-lain.

Homestay Pelegong menyediakan 28 buah rumah dan 43 buah bilik untuk pengunjung. Anda boleh menyertai program ini dalam kuantiti yang ramai bersama ahli keluarga atau rakan-rakan. Peserta akan makan bersama keluarga di homestay termasuk sarapan, makan tengahari dan juga makan malam. Untuk pengalaman yang tidak akan dilupakan, rancanglah percutian menarik di homestay ini.

Homestay Pelegong Labu Negeri Sembilan

Alamat:
Homestay Pelegong
Kampung Pelegong, Batu 8,
71900 Labu,
Negeri Sembilan.

Hubungi:
Tel: +60 13-395 4189
Fax: +606-7615834
Email: imahakob@tm.net.my

Taman Tasik Seremban

Sebuah tasik yang dijadikan kawasan rekreasi menarik di Seremban. Tasik ini juga adalah antara tasik semulajadi tertua di Malaysia. Ia dibangunkan dengan lanskap menarik dihiasi dengan pokok-pokok bunga dan pokok tropika. Berbagai kemudahan awam disediakan seperti pondok rehat, trek jogging dan berjalan kaki, taman permainan kanak-kanak dan juga tandas.

Taman Tasik Seremban cukup popular bagi penduduk setempat. Ia menjadi tumpuan orang-ramai yang datang untuk beriadah diwaktu petang dan juga hujung minggu. Selain itu, disini juga terdapat sebuah pentas terapung dimana Program Hiburan Sekeluarga "Serembang di Seremban" diadakan pada setiap hari Sabtu minggu kedua dan minggu keempat.

Taman Tasik Seremban

Lokasi:
Taman Tasik Seremban
Jalan Taman Bunga,
70000 Seremban,
Negeri Sembilan.

Selain lokasi pelancongan yang dinyatakan diatas, ada beberapa tempat menarik lagi di sekitar di Seremban yang boleh dikunjungi seperti:

  • Dataran Seremban
  • Taman Budaya
  • Taman Rekreasi Seremban 2
  • Taman Malaysia
  • Lukisan mural termasuk Ujang Aku Budak Minang

Membeli-belah

Tidak dinafikan, antara lokasi yang menarik untuk dikunjungi di waktu malam ialah tempat membeli-belah. Bagi yang gemar membeli-belah, jangan risau kerana banyak tempat menarik di Seremban yang boleh dikunjungi jika anda bercuti disini. Berikut ialah antara pasaraya yang popular di Seremban.

Palm Mall Seremban

Palm Mall ialah pasaraya popular terbesar di Seremban. Ia menggabungkan pasaraya dan juga hotel. Selain membeli-belah, pengunjung boleh menonton wayang dan menjamu selera disini.

Alamat:
Palm Mall Seremban
Jalan Toman,
Kemanyan Square,
Seremban.
Negeri Sembilan

Seremban Prima

Seremban Prima ialah salah satu tempat membeli-belah menarik yang ada di Seremban. Dahulunya ia dikenali sebagai Seremban Parade. Lokasi tempat membeli-belah ini ialah berhadapan dengan stesen KTM Seremban.

Lokasi:
Seremban Prima
Lot 4973, Jalan Dato' Bandar Tunggal,
70000 Seremban,
Negeri Sembilan

Terminal 1 Shopping Centre

Terminal 1 Shopping Centre ialah salah sebuah tempat membeli-belah popular di Seremban. Terletak hanya lebih kurang 3 minit dari Lebuhraya Utara-Selatan, ia mempunyai beraneka kedai termasuk pasaraya besar Parkson, Popular Book Store, GSC Cinema, restoran dan medan selera.

Lokasi:
Terminal 1 Shopping Centre
20b Jalan Lintang,
70000 Seremban,
Negeri Sembilan

Lain-lain tempat membeli-belah di Seremban ialah:

  • Kip Mart Lavender Heights Senawang
  • Centre Point Seremban
  • AeonSeremban 2
  • Tesco Seremban 2
  • Mydin Seremban 2

Alam semulajadi

Bagi penggemar alam semulajadi, ada beberapa tempat menarik di Seremban yang boleh anda kunjungi. Yang paling terkenal ialah Hutan Lipur Ulu Bendul, Jeram Toi dan Jeram Tebrau.

Hutan Lipur Ulu Bendul

Anda boleh menikmati keindahan hutan dan mandi air terjun di Hutan Lipur Ulu Bendul, yang terletak di Tanjong Ipoh, tidak jauh dari Seremban. Perjalanan menaiki kereta mengambil masa kira-kira 30 minit dari pusat bandar. Lokasi taman rekreasi ini ialah di Hutan Simpan Angsi di laluan utama Seremban ke Kuala Pilah. Pengunjung boleh bersantai, berkelah, mandi air terjun, merentas hutan atau mendaki Gunung Angsi yang terletak di hutan lipur ini. Ada kemudahan kolam dan gelungsur air untuk kanak-kanak, kedai makan, bilik air, tandas dan kawasan meletak kereta yang luas.

Air terjun Ulu Bendul, Negeri Sembilan.

Alamat:
Taman Rekreasi Ulu Bendul
Tanjong Ipoh,
71500 Seremban,
Negeri Sembilan.

Jeram Toi

Jeram Toi ialah taman rekreasi air terjun yang terkenal di Kuala Klawang, tidak jauh dari Seremban. Perjalanan ke kawasan air terjun mengambil masa lebih-kurang 30 minit dari pusat bandar. Pengunjung perlu mengikut laluan utama Seremban ke Kuala Klawang. Ia adalah kawasan air terjun yang menarik dengan kolam mandi yang luas. Taman rekreasi ini sentiasa dipenuhi orang-ramai yang datang berkelah bersama keluarga terutama semasa hujung minggu.

Jeram Toi

Lokasi:
Taman Rekreasi Jeram Toi
Jalan Seremban - Kuala Klawang,
71600 Kuala Klawang,
Negeri Sembilan.

Jeram Tebrau

Satu lagi kawasan air terjun menarik di Seremban ialah Jeram Tebrau yang terletak di Labu. Lokasi air terjun ini berhampiran dengan Homestay Kampung Pelegong. Perjalanan dari pusat bandar Seremban mengambil masa hampir 17 minit untuk tiba ke destinasi. Ia agak kurang terkenal berbanding Jeram Toi dan Ulu Bendul.

Lokasi:
Taman Rekreasi Jeram Tebrau
Kampung Pelegong, Batu 8,
71900 Labu,
Negeri Sembilan.

Banyak pusat pelancongan dan tempat-tempat menarik di Seremban untuk dilawati jika anda bercuti di bandar ini. Malah kemudahan seperti pengangkutan, penginapan dan makanan juga sangat baik dan banyak. Bagi anda yang pernah bercuti di Seremban, sila kongsikan pengalaman percutian anda dan aktiviti menarik lain yang ada di sini di bahagian komen dibawah. Dan jangan lupa kongsikan juga di laman fb anda. Terima kasih dan selamat bercuti!

Add new comment