Bercuti di Bukit Fraser

Bagi mereka yang inginkan percutian yang santai dan ingin lari dari kesibukan kota, Bukit Fraser adalah pilihan destinasi percutian yang tepat untuk anda. Bagi mereka yang ingin menghirup udara segar, terasa seperti tinggal di Kampung sendiri, boleh datang ke sini dan rasai pengalaman sendiri. Ramai yang kata Bukit Fraser kurang mendapat sambutan kerana tiada aktiviti yang menarik dan suasana yang sunyi membuatkan ramai yang berasa gerun untuk datang kesini. Lain orang lain citarasa, kepada yang mencintai alam semulajadi pasti mereka akan menghargai pengalaman ketika berada di Bukit Fraser. Disini, kami menyediakan beberapa maklumat untuk anda, jika anda ingin bercuti ke Bukit Fraser.

Nota: Untuk melihat tempat menarik lain yang ada di negeri Pahang, sila lawati halaman Senarai tempat menarik di Pahang untuk dilawati.

Bukit Fraser

Aktiviti yang menarik di Bukit Fraser?

Di Bukit Fraser tidak mempunyai banyak aktiviti yang disediakan untuk para pelancong, selain dari pengunjung dapat melihat keindahan flora dan fauna yang tidak terusik dan sering dijaga dengan rapi, anda boleh melakukan beberapa aktiviti yang disediakan disini. Antaranya ialah:

  1. Aktiviti menunggang kuda – Jika anda meminati sukan berkuda dan tidak mempunyai pengalaman menunggang kuda, di Bukit Fraser anda boleh cuba untuk membuat aktiviti ini. Harga dikenakan untuk golongan dewasa hanya RM5 manakala untuk kanak-kanak hanya RM4 sahaja. Anda akan dibawa untuk membuat pusingan bulatan sepanjang 100 meter dan sering diawasi oleh pekerja disini.
  2. Aktiviti memanah – Selain dari melakukan aktiviti menunggang kuda, anda boleh cuba melakukan aktiviti memanah pula. Harga yang dikenakan hanya RM8 untuk 10 anak panah.
  3. Allen’s Water – Jika anda sudah mencuba aktiviti menunggang kuda dan memanah, untuk aktiviti Allen’s Water lebih kepada aktiviti santai dan boleh merehatkan minda kita. Lokasinya bersebelahan dengan Taman Flora Bukit Fraser dan satu satunya sukan air disini. Sedikit sejarah mengenai kewujudan Allen’s water ini ialah dahulu dijadikan sebagai tempat tadahan air yang dibina untuk membekal air kepada orang Inggeris yang tinggal berhampiran kawasan ini. Dikenakan bayaran RM6 untuk setiap 15 minit. Sesuai dijadikan lokasi untuk percutian bersama keluarga disini.
  4. Taman permainan kanak-kanak – Bagi mereka yang membawa anak-anak kecil boleh datang kesini. Disediakan beberapa permainan yang sesuai untuk kanak-kanak, tapi malangnya kawasan ini kurang dijaga. Permainan disini kebanyakan sudah lusah dan tidak mempunyai pembaharuan.

Padang Golf di Bukit Fraser

Tempat menarik di Bukit Fraser?

Terdapat beberapa tempat menarik untuk dilawati semasa anda datang ke Tanah Tinggi Bukit Fraser. Antaranya ialah:

  1. Taman Flora Bukit Fraser – Untuk pecinta tanaman bunga, anda boleh melihat pelbagai jenis sepsis bunga yang ditanam di sini. Mungkin anda akan kelihatan sedikit pelik, apabila melihat cara penenaman bunga disini kerana semua bunga ini ditanam didalam sebuah rumah hijau yang besar bagi menjaga kualiti kesuburan bunga tersebut. Terdapat juga sayur sayuran yang ditanam di halaman secara terbuka dan berpagar. Disini juga terdapat buah strawberi yang ditanam, tapi buahnya sangat terhad berbanding di Cameron Highland. Pelawat boleh membeli buah strawberi, sayur sayuran dan bunga yang dijual disini dengan harga yang berpatutan.
  2. The Sport Complex – Untuk mereka yang sering menjaga kesihatan badan, jangan risau jika anda bercuti ke Bukit Fraser anda masih boleh melakukan aktiviti bersukan seperti biasa. Ini kerana Sport Complex menyediakan ruang khas untuk anda melakukan senaman. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah gelangang squash, gym, meja snooker, cafe dan sauna. Untuk mereka yang berminat dalam bidang photographer disini, disediakan tempat menarik untuk anda tangkap gambar dan dijadikan sebagai kenagan.
  3. Kelab Golf Diraja Bukit Fraser – Aktiviti golf di Bukit Fraser agak mencabar kerana suhu cuaca yang sejuk dan terdapat beberapa tempat yang agak sedikit mencabar bakat anda. Kelab Golf Diraja Bukit Fraser adalah lapangan golf yang tertua di Malaysia. Untuk mereka yang berminat boleh membuat tempahan di Sport Complex dan setelah penat bermain golf anda boleh bereat sebentar di cafe yang disediakan sambil minum petang bersama rakan-rakan dan dapat menghirup udara yang segar.
  4. Bird Interpretative Centre Fraser’s Hill – Dijadikan lokasi untuk pertandingan burung antarabangsa diadakan setiap tahun di Bukit Fraser. Terdapat lebih 260 ekor sepsis yang ada disini. Terdapat sebuah galeri kecil dan mempamerkan beberapa maklumat mengenai burung-burung yang ada disini.
  5. Air Terjun Jeriau – Jika anda sudah datang ke Bukit Fraser pastikan anda mencuri masa untuk ke mandi manda di Air Terjun Jeriau. Perjalanan ke Air Terjun Jeriau ini agak mencabar, kerana jalan yang sempit dan berliku selain hanya dapat dilalui sebuah kenderaan sahaja pada satu-satu masa. Harus mempunyai kemahiran memandu yang tinggi dan berhati hati ketika ingin ke sini. Disediakan kemudahan bangku dan rumah rehat untuk pengunjung berehat sambil menikmati suasana yang sejuk dan tenang. Selain itu, disediakan taman permainan untuk kanak-kanak.

Kesimpulannya, Bukit Fraser adalah antara destinasi percutian yang biasa sahaja. Untuk mereka yang mencari ketenangan dan untuk merehatkan minda bolehlah cuba bercuti kesini. Tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan dan tidak banyak tempat menarik untuk dilawati.

Lokasi