Bercuti di Pulau Tioman, Pahang

Pulau Tioman adalah destinasi percutian pulau yang telah lama terkenal bukan saja di Malaysia tetapi juga diseluruh dunia. Ia pernah menjadi lokasi filem Hollywood, "South Pacific" sekitar tahun 1959. Pulau Tioman juga pernah dinobatkan sebagai Pulau Tercantik Dunia oleh TIME Magazine sekitar 1970an. Pulau Tioman menjadi tumpuan pelancong dari luar negara terutama dari Eropah. Ini kerana Pulau Tioman terkenal dengan kecantikan semulajadi seperti pantai yang berpasir halus dan bersih, air laut yang jernih dan hutannya yang belum tercemar.

Nota: Untuk melihat tempat menarik lain yang ada di negeri Pahang, sila lawati halaman Senarai tempat menarik di Pahang untuk dilawati.

Peta Pulau Tioman, Pahang.

Sejarah pulau tioman

Pulau Tioman mempunyai sejarah dan kisah lagendanya yang tersendiri.

  • Marhum Mangkat di Laut - Kisah perahu bendahara Pahang yang karam di laut ketika hendak melawat Pulau Tioman. Sejarah Pulau Tioman ini berlaku pada tahun 1802.
  • Penyerahan pulau Tioman kepada Pahang - Asalnya pulau Tioman adalah milik kerajaan Johor. Pada tahun 1868, pulau Tioman berserta beberapa buah pulau lain telah diserahkan oleh Temenggong Abu Bakar kepada Pahang yang berada dibawah pemerintahan Bendahara Wan Ahmad. Perjanjian ini turut disaksikan oleh gabenor British ketika itu, Sir Harry Ord.
  • Kisah dongeng asal pulau Tioman - Dikatakan pulau Tioman berasal dari naga Tasik Chini yang berenang mencari daratan ketika banjir besar. Naga itu kemudiannya berhenti di laut kerana hari siang. Ia tinggal disitu dan akhirnya menjadi pulau.
  • Kisah asal nama pulau Tioman - Dikatakan berasal dari perkatan "Tiong" dan "man". Perkataan "man' dalam bahasa Pahang bermaksud "saya". Kisah seorang penghuni pulau tersebut yang memelihara burung tiong yang pandai berkata-kata. Apabila ditanya oleh orang yang singgah di pulau itu, siapa empunya burung tersebut? Dijawabnya "Tiong man".

Pulau Tioman, Pahang.

Tempat-tempat menarik berkaitan sejarah pulau Tioman dan kisah lagenda berkaitan pulau tersebut boleh dikunjungi jika anda bercuti di Pulau Tioman. Antaranya ialah seperti:

  • Makam Bendahara Pahang.
  • Mata air Sungai Air Raja.
  • Perkuburan lanun (dikenali sebagai Orang Laut).
  • Pokok Tualang Pontianak.
  • Gua Kelamin.
  • Pusara Atas Batu.
  • Batu Depa.

Pantai Pulau Tioman yang cantik dan sesuai untuk mandi.

Lokasi Pulau Tioman

Pulau Tioman terletak disempadan antara negeri Pahang dan negeri Johor. Kedudukannya ialah di Laut China Selatan iaitu kira-kira 56 KM diluar pesisir pantai Pahang. Pengunjung yang ingin ke Pulau Tioman boleh menaiki bot dari Tanjung Gemok di Pahang atau menaiki feri di Jeti Mersing, Johor. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1.5 jam. Pengunjung juga boleh menaiki kapal terbang dengan penerbangan Berjaya Air yang beroperasi setiap hari dari Kuala Lumpur dan Singapura.

Pantai menarik Berjaya Resort Pulau Tioman.

Pantai menarik di Pulau Tioman

Keistimewaan Pulau Tioman selain dari kisah sejarah dan lagendanya ialah laut yang mempunyai berbagai karang dan hidupan laut yang cantik. Malah di Pulau Tioman sendiri terdapat banyak pantai menarik yang berpasir halus serta air laut yang jernih kehijauan hingga menampakkan dasar laut yang cetek. Kecantikan inilah yang memukau pengunjung yang datang dari dalam mahupun luar negara. Antara pantai menarik yang ada di Pulau Tioman ialah:

  • Pantai Tekek.
  • Pantai Salang.
  • Pantai Paya.
  • Pantai Genting.
  • Pantai Ayer Batang.
  • Pantai Mukut.
  • Pantai Nipah.
  • Pantai Juara.
  • Pantai Sri Intan.
  • Pantai Monkey Bay.
  • Pantai Monkey Beach.

Pantai menarik Kampung Salang, Pulau Tioman.

Aktiviti percutian di Pulau Tioman

Kabanyakkan pengunjung yang datang bercuti di pulau Tioman ialah kerana ingin menikmati keindahan pantai dan air lautnya yang jernih kehijauan. Selain dari berehat dihotel atau resort yang menarik, pengunjung boleh melakukan berbagai aktiviti percutian di Pulau Tioman seperti:

  • Mandi laut.
  • Snorkeling - melihat coral dan hidupan laut yang berwarna-warni..
  • Scuba diving - menyelam dilaut sekitar pulau Tioman dan melihat pemandangan dasar laut yang sangat cantik.
  • Jungle trekking - melihat flora dan fauna yang ada didalam hutan yang masih belum tercemar.
  • Memanjat cerun.

Air laut yang jernih sesuai untuk snorkeling dan scuba diving di Pulau Tioman.

Hotel di Pulau Tioman

Terdapat berbagai pakej yang disediakan oleh hotel dan agensi pelancongan untuk percutian ke Pulau Tioman. Jika pengunjung ingin merasai pengalaman percutian yang hebat dan menginap di hotel yang menarik, berikut ialah senarai hotel di Pulau Tioman yang mempunyai kelas tersendiri:

  • 1511 Coconut Grove - Terletak di Kampung Juara, Pulau Tioman. Sebanyak 10 bilik disediakan untuk pengunjung. Harga RM289 - RM304.
  • Tioman Dive Resort - Hotel bertaraf 3 bintang. Terletak Di Kampung Ayer Batang, Pulau Tioman. Harga RM260 - 359.
  • Paya Beach Resort - Hotel bertaraf 3 bintang. Terletak Di Kampung Paya, Pulau Tioman. Menyediakan 112 bilik untuk pengunjung. Harga RM132 - 282.
  • Tioman Paya Resort - Terletak di Kampung Paya, Pulau Tioman. Harga RM242 - RM275.
  • Tunamaya Resort - Hotel bertaraf 4 bintang. Terletak Di Kampung Mukut, Pulau Tioman. Harga RM516 - RM816.
  • Selesa Tioman Condo Hotel - Terletak di Kampung Tekek, Pulau Tioman. Sebanyak 50 bilik disediakan. Harga RM146 - RM417.
  • Minang Cove Resort - Hotel bertaraf 3.5 bintang. Terdapat 18 buah bilik untuk pelancong. Harga RM491 - RM773.
  • Japamala Resort - Hotel bertaraf 4.5 bintang. Menyediakan 13 buah bilik untuk pelancong. Harga RM575 - RM1,571.
  • Berjaya Tioman Beach Resort - Hotel bertaraf 4 bintang. Harga RM238 - RM410.

Paya Beach Resort, Pulau Tioman, Pahang.

Resort di Pulau Tioman

Bajet yang kurang bukan penghalang anda untuk bercuti ke Pulau Tioman. Pulau ini mempunyai banyak chalet murah, resort dan juga hotel bajet yang boleh anda pilih. Malah dengan lokasi menarik dan kemudahan yang disediakan, ianya lebih berbaloi untuk membawa keluarga bersama-sama menikmati percutian menarik di Pulau Tioman. Berikut ialah senarai resort dan harga sewa bilik untuk panduan pengunjung:

  • Salang Sayang Resort - Terletak di Kampung Salang, Pulau Tioman. Harga RM80 - RM180.
  • Juara Mutiara Resort. Terletak di Kampung Juara, Pulau Tioman. Harga RM73 - RM150.
  • Sri Sentosa Chalet - Terletak di Kampung Mukut, Pulau Tioman.
  • Genting Bayu Chalet Pulau Tioman - HargaRM135 - RM161.
  • Ayer Raja Tioman - Terletak di Kampung Genting, Pulau Tioman. Harga RM95 - RM183.
  • Bersatu Nipah - Terletak di Pantai Nipah. Harga RM73 - RM110.
  • Aguna Resort - Terletak di Kampung Genting, Pulau Tioman. Harga RM146 - RM183.
  • Santai Bistro Restaurant & Chalet - Terletak di Kampung Juara, Pulau Tioman.
  • Salang Pusaka Resort - Terletak di Kampung Salang, Pulau Tioman.
  • Impiana Inn - Terletak di Kampung Genting, Pulau Tioman.
  • Salang Beach Resort - Terletak di Kampung Salang, Pulau Tioman.
  • Puteri Salang Inn - Terletak di Kampung Salang, Pulau Tioman.
  • Salang Indah Resort - Terletak di Kampung Salang, Pulau Tioman.
  • Panuba Inn Resort.
  • Sun Beach Resort Tioman.
  • Damai Resort Tioman.

Pemandangan Pulau Tioman dari Jeti Ayer Batang.

Untuk melihat perbandingan harga termurah bagi menempah hotel dan resort di Pulau Tioman, anda boleh menyemak dan menempah bilik penginapan melalui Booking.com.

Setakat ini dahulu yang dapat kami sampaikan maklumat tempat bercuti di Pulau Tioman, Pahang. Kami akan sentiasa mengemaskini halaman ini dan memasukkan informasi baru untuk panduan pengunjung. Sekiranya anda ingin berkongsi pengalaman percutian di pulau Tioman dengan pengunjung lain, sila komen dibawah.

Comments

2

Hye , saya wakil dari kawan2 kolej ..before ni kami belum pernah lagi ke pulau tioman. Kami plan vacation trip ke tioman bulan 10. Ada cadangan atau pandangan untuk kami pilih hotel yg murah dan activity menarik ..kami student mencari tempat yg tidak mngunakan kos yg tinggi ..

Seeloknya anda hubungi resort seperti yang kami senaraikan didalam artikel diatas terlebih dahulu. Ini kerana pada bulan 10 musim tengkujuh telah bermula dan dikhuatiri kebanyakkan resort telah ditutup. Untuk bercuti ke pulau-pulau pelancongan di pantai timur, seeloknya anda merancang percutian sekitar bulan April hingga September.

Berkenaan dengan hotel atau resort yang murah di Pulau Tioman, kos bergantung kepada resort dan juga aktiviti yang dipilih. Anda boleh berbincang dengan agensi pelancongan atau resort berkenaan. Pastikan anda sudah bersedia dengan maklumat peserta, jumlah peserta dan juga aktiviti yang ingin dilakukan bagi memudahkan urusan.

Semoga membantu.

Add new comment