Genting Highland Theme Park

Genting Highland terletak di negeri Pahang, Ia adalah antara destinasi percutian tanah tinggi yang paling popular di Malaysia. Selain dari menikmati keindahan panorama di puncak gunung dalam suhu yang sejuk dan hotel yang menarik, tarikan utama pelancong ke pusat peranginan ini ialah Genting Highland Theme Park. Bagi pelancong yang ingin menikmati keseronokan permainan riang ria taman tema di Genting Highland, kami telah menyediakan maklumat yang perlu anda tahu untuk panduan percutian anda disana.

Nota: Untuk melihat tempat menarik lain yang ada di negeri Pahang, sila lawati halaman Senarai tempat menarik di Pahang untuk dilawati.

Pengangkutan

Pelancong yang ingin ke Genting Highland boleh memandu kereta sehingga ke pusat peranginan atau mengambil pengangkutan awam. Terdapat bas, teksi dan van yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan setiap hari untuk pelancong yang ingin kesana. Perjalanan untuk ke tanah tinggi Genting dari Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira sejam. Pelancong juga boleh menaiki Genting Skyway iaitu perkhidmatan kereta kabel (cable car) yang disediakan dari stesen utama Gohtong Jaya ke Highland Hotel di pusat peranginan Genting Highland. Setiap gondala cable car ini boleh memuatkan seramai 8 orang penumpang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 11 minit untuk sampai ke destinasi. Bagi pelancong yang ingin ke tempat peranginan sambil melihat keindahan hutan dan pemandangan dari udara, Genting Skyway tersedia untuk anda.

Genting Skyway membawa pengunjung ke Pusat Peranginan.

Tempat menarik di genting Highland

Tarikan utama ke tempat peranginan tanah tinggi di Malaysia ialah kerana pengunjung ingin merasai suasana sejuk dan nyaman seperti musim sejuk di negara luar. Kawasan peranginan Genting Highland yang setinggi 2,000 meter mencatat suhu tidak melebihi 25 darjah selsius malah kadang-kadang sangat sejuk sehingga mencecah 14 darjah selsius. Bagi memenuhi aktiviti percutian di Genting Highland, terdapat beberapa tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti:

  • Genting Highland Theme Park.
  • Padang golf.
  • Pusat membeli-belah.
  • Dewan konsert.

Genting Highland Theme Park.

First World Indoor Theme Park

First World Indoor Theme Park terdapat enam taman tema iaitu:

  1. Champs Elysees.
  2. London.
  3. Venice
  4. Times Square and Universal Walk
  5. Swiss Alps
  6. Genting Walk

Genting Highland First World Indoor Theme Park.

Permainan riang ria keluarga yang ada di Genting Highland First World Indoor Theme Park ialah seperti:

  1. Rio Float - Untuk orang dewasa dan keluarga.
  2. Reindeer Cruiser - Untuk orang dewasa dan keluarga.
  3. Mini Train - Untuk orang dewasa dan keluarga.
  4. Busy Bugs - Untuk kanak-kanak.
  5. Circus Ride - Untuk kanak-kanak.
  6. FunLand - Untuk kanak-kanak.
  7. Genting Sky Venture adalah simulator terjunan udara bebas. - Ditutup sementara waktu untuk kerja-kerja naik-taraf dan penambahbaikan.
  8. 4D Motion Master - Ditutup sementara waktu untuk kerja-kerja naik-taraf dan penambahbaikan..
  9. Bumper Car - Ditutup sementara waktu untuk kerja-kerja naik-taraf dan penambahbaikan..
  10. Ride de Paris - Ditutup sementara waktu untuk kerja-kerja naik-taraf dan penambahbaikan..
  11. Carousel - Ditutup sementara waktu untuk kerja-kerja naik-taraf dan penambahbaikan..
  12. Euro Express - Ditutup sementara waktu untuk kerja-kerja naik-taraf dan penambahbaikan.

Genting Highland Indoor Theme Park untuk percutian riang-ria.

SnowWorld.

  • Rumah kabin kayu.
  • Iglu.
  • Permainan luncur ais.
  • Salji.
  • Rainforest Splash Pool.

Snow World Genting Highland Theme Park.

Genting International Showroom atau Pavilion.

  • Pertunjukan silap mata.
  • Persembahan luncur ais.

Terdapat berbagai aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan di First World Plaza, Genting Highland seperti:

  1. Membeli-belah.
  2. Bermain bowling di Genting Bowl.
  3. Ripley’s Believe It Or Not.
  4. Haunted Adventure.
  5. Genting X-pedition Wall merupakan permainan lasak memanjat sebuah tembok berbatu setinggi 15 meter.
  6. Vision City Video Games Park.
  7. Funtasy World Video Games Park.
  8. Menonton wayang di First World Cineplex.
  9. Menjamu selera di restoran.

Genting Outdoor Theme Park

Genting Highland Outdoor Theme Park.

Genting Outdoor Theme Park.

Nota: Genting Outdoor Themepark ditutup bermula pada 1 September 2013 selama 3 tahun bagi tujuan pembinaan Twentieth Century Fox Theme Park.

Hotel di Genting Highland

Terdapat beberapa buah hotel di Genting Highland yang boleh anda pilih sebagai tempat penginapan percutian anda seperti:

  1. Genting Hotel.
  2. Highland Hotel.
  3. Resorts Hotel.
  4. Theme Park Hotel.
  5. First World Hotel - mempunyai 6,118 bilik, merupakan hotel terbesar di dunia buat masa ini.
  6. Awana Genting.

Genting Highland Hotel.

Percutian ke Genting Highland pada masa ini untuk menikmati permainan di Genting Highland Theme Park adalah kurang menyeronokkan kerana banyak permainan yang ditutup untuk kerja-kerja menaiktaraf dan pembinaan taman tema yang baru. Jika pengunjung ingin juga bercuti di Genting Highland, anda dinasihatkan agar merujuk terlebih dahulu pengumuman dan berita terkini dari pihak pengurusan Genting Highland Theme Park.

Add new comment