Panduan bercuti di Cameron Highlands

Tanah Tinggi Cameron adalah sebuah pusat peranginan yang sesuai untuk percutian seisi keluarga. Suasana persekitaran yang sejuk dan dikelilingi kehijauan hutan amat sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan dan ingin lari dari bunyi bising di bandar. Tambahan pula pengunjung akan dapat menghirup udara segar dipagi hari. Berjalan kaki sambil melihat keindahan alam semulajadi akan membuatkan pengunjung lupa seketika masalah hidup.

Cameron Highland merupakan destinasi percutian popular setiap kali cuti persekolahan dan cuti umum. Ini kerana ia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Disini kami sediakan senarai panduan bercuti di Cameron Highland sebagai rujukan pengunjung yang merancang untuk bercuti kesana.

Taman bunga Cameron Highland

Pengenalan Cameron Highland

Cameron Highland terletak di negeri Pahang. Kawasan peranginan Cameron Highland berada pada paras 1,829 meter dari aras laut dengan suhu antara 10 - 20 darjah Selsius. Cameron Highland terbahagi kepada beberapa kawasan iaitu:

  1. Ringlet - Pekan yang pertama akan anda tempuhi di pusat peranginan tanah tinggi Cameron jika melalui perjalanan dari arah selatan (Tapah).
  2. Tanah Rata - Pekan dan kawasan peranginan di Cameron Highland. Di Tanah Rata Cameron Highland terdapat hotel, kedai, masjid, hospital daerah, stesen minyak, bank, ladang teh dan berbagai tempat menarik dan kawasan rekreasi. Pekan Tanah Rata agak sunyi dan sesuai untuk penginapan bagi pelancong yang tidak suka kesibukan dan tidak ingin bersesak-sesak.
  3. Brinchang - Pekan yang tertinggi di Cameron Highland. Pekan Brinchang terkenal dengan hotel penginapan pelancong dan juga berbagai tempat makan menarik. Kawasan ini lebih meriah berbanding dengan Tanah Rata. Jika anda inginkan tempat menarik di Cameron Highland waktu malam, pilih hotel di Brinchang.
  4. Kea Farm - Pekan kecil di puncak Cameron Highland. Terkenal dengan pasar yang menjual pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran.
  5. Blue Valley - Kawasan ini terdapat ladang sayur-sayuran, taman bunga dan sebagainya.
  6. Tringkap - Antara yang menarik di sini ialah taman bunga ros dan pasar.
  7. Kuala Terla - Kawasan ladang sayur-sayuran, taman bunga dan lain-lain.
  8. Kampung Raja - Dari utara anda akan melalui kawasan ini jika mengikut jalan dari Simpang Pulai ke Cameron Highland. Beberapa tempat menarik turut berada disini.
Peta Cameron Highland

Perjalanan ke Cameron Highland

Terdapat tiga jalan utama ke Cameron Highland. Bergantung pada lokasi anda, berikut adalah pilihan laluan perjalanan untuk ke pusat peranginan Cameron Highland.

  1. Dari Kuala Lumpur melalui Lebuh raya Utara Selatan (PLUS), keluar di Plaza Tol Tapah. Perjalanan ke Cameron Highland akan melalui kawasan perkampungan orang asli di Kuala Woh, Kampung Pahang, Ringlet dan tiba di Tanah Rata Cameron Highland.
  2. Dari Ipoh melalui Lebuh raya Utara Selatan (PLUS), keluar di Plaza Tol Simpang Pulai. Untuk ke Cameron Highland akan melalui Kampung Raja, Kampung Kuala Terla, Tringkap dan ke Brinchang, Cameron Highland. Teruskan perjalanan jika ingin ke Tanah Rata Cameron Highland.
  3. Dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia, anda boleh melalui Kelantan dan terus ke Gua Musang. Untuk ke Cameron Highland, dari Gua Musang anda terus ke Pulai, Poring, Kampung Kuala Terla, Tringkap dan ke Brinchang.

Tempat menarik di Cameron Highlands

Tempat menarik di Cameron Highlands kebanyakannya terdiri dari ladang strawberi, kebun bunga dan ladang teh. Selain itu, ada beberapa tarikan lain yang boleh dilawati dan ada antaranya yang unik.

Ladang Teh

Suasana yang sangat mendamaikan di ladang teh menjadikan tempat ini sebagai tarikan utama para pelancong. Udara yang sangat segar dapat menghilang segala tekanan yang dialami apabila anda berada di sekitar kawasan ladang. Melihat kehijauan pokok-pokok teh yang ditanam disini membuatkan anda berfikir sejenak akan anugerah ILLAHI. Tidak hairanlah jika Cameron Highland menjadi salah satu senarai popular untuk berbulan madu.

Ladang teh di Cameron Highlands

Ada dua ladang terbesar yang popular dikalangan pengunjung iaitu Ladang Teh Boh dan Highlands Tea.

Kebun Bunga

Tidak dinafikan, kebun bunga merupakan tarikan kepada ramai pengunjung bukan golongan wanita sahaja. Di Cameron Highland, banyak kebun-kebun bunga yang boleh anda lawati. Disini anda akan mendapati pelbagai jenis pokok-pokok bunga pelbagai warna yang ditanam dan dijaga dengan sempurna. Bagi pengunjung yang suka mengambil gambar, kebun bunga adalah tempat yang sesuai untuk anda menunjukan bakat kerana di sini terdapat banyak lokasi menarik untuk dijadikan sudut bergambar.

Cactus Valley - Kepada pencinta pokok kaktus, Cactus Valley Cameron Highland adalah tempat yang sesuai untuk anda. Lokasi Cactus Valley ialah berhampiran dengan Big Red Strawberry Farm. Pelbagai jenis pokok Kaktus yang dijual di sini dengan harga yang berpatutan. Dibuka setiap hari dan dikenakan harga tiket sebanyak RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.

Cactus Valley Cameron Highland

Banyak sangat kebun bunga di Cameron Highlands yang boleh dilawati. Antara lokasi popular dikalangan pengunjung ialah:

  • Cactus Point - Hampir sama seperti Cactus Valley. Masuk percuma.
  • Cameron Lavender Garden - Kebun bunga Lavender dan lain-lain turut terdapat disini.
  • Fragrance Nursery - Berbagai jenis pokok bunga boleh didapati. Masuk percuma.

Ladang Strawberry

Selain kebun bunga, ladang strawberi adalah antara tempat tarikan pelancong yang paling banyak terdapat di Cameron Highland. Malah anda akan dapati hampir semua tempat yang anda lawati mempunyai ladang strawberi masing-masing. Apa yang menarik ialah anda berpeluang memetik sendiri buah strawberi untuk dibeli. Walau bagaimanapun, ini bergantung pada musim. Harga dan kemanisan mungkin berbeza antara ladang-ladang.

Ladang strawberi Cameron Highlands

Big Red Strawberry Farm - Ia terletak di Brinchang. Merupakan salah satu ladang strawberi yang cukup popular di Cameron Highland. Kawasannya luas dan terdapat tarikan lain seperti binatang, burung dan kaktus. Disini juga terdapat cafe yang menyediakan pelbagai produk berasaskan strawberi dan lain-lain.

Jika masih belum puas melawat ladang strawberi, anda boleh ke tempat berikut:

  1. KHM Strawberries & Jam, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata
  2. EQ Strawberry Farm, Brinchang
  3. Kok Lim Strawberry Farm, Brinchang
  4. Raju’s Hill Strawberry Farm

Ladang Anggur

Ladang anggur di Cameron Highland tidak sebanyak ladang strawberi. Ia juga tidak popular kerana buahnya bermusim. Walau bagaimanapun, sekiranya anda berminat untuk melawat, pastikan anda datang pada waktu yang tepat. Pada musimnya, buah anggur yang bergugusan cukup menarik. Pelbagai jenis anggur dapat dilihat di ladang-ladang dibawah.

  • Ladang Anggur Blue Valley.
  • Ladang Anggur Lembah Bertam.
  • Taman Agroteknologi MARDI, Tanah Rata
  • K.C Kwang & Sons Grape & Tomato Farm, Tanah Rata
  • Thams Grape Farm, Ringlet

Musim anggur ialah sekitar Mac, Mei, September dan Disember.

Ladang Lebah

Lebah turut diternak di Cameron Highland bagi menghasilkan madu. Bagi anda yang ingin mencari kelainan, beberapa ladang lebah boleh dilawati. Antara tarikannya ialah pengunjung dapat mempelajari bagaimana lebah diternak dan madu dihasilkan. Produk berasaskan madu turut dijual disini.

Ee Feng Gu Bee Farm, Brinchang - Kepada mereka yang ingin mengetahui cara hidup serangga yang bernama “lebah” bolehlah singgah ke Ladang Lebah Ee Feng Gu. Disini ditunjukkan cara lebah hidup dan bagaimana cara untuk mendapatkan madu dari lebah. Pelbagai informasi berguna boleh didapati disini. Selain itu, di Ladang Lebah Ee Feng Gu juga ada menjual kopi, teh dan pelbagai bahan yang berasaskan madu asli sebagai buah tangan sebelum anda pulang. Masuk adalah percuma. Dibuka setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 7 malam.

Taman Madu Lebah Cameron Highland
Kredit gambar kepada farihinzul1974.blogspot.com

Ladang lebah lain yang boleh dilawati ialah Highlands Apiary Farm, Ringlet dan Cameron Tringkap Bee Farm, Tringkap.

Taman rama-rama

Selain di Penang, Cameron Highland jugak terdapat taman rama-rama. Pelbagai jenis spesis rama-rama yang ada di sini. Bukan sahaja rama-rama, tetapi reptilia jenis ular dan katak jugak turut ada disini. Selain itu, serangga dan kala jengking juga terdapat di taman rama-rama. Ia dibuka pada jam 9 pagi sehingga 6 petang dan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM3.

Kea farm di Brinchang

Kea Farm pula adalah tempat yang sesuai untuk anda membeli-belah barangan tempatan. Ini kerana pelbagai produk dijual disini dengan harga yang berpatutan. Antara tarikan utama bila anda ke Kea Farm ialah terdapat pelbagai jenis sayuran, buah-buahan, makanan dan bunga segar dijual disini. Rugi jika anda ke Kea Farm tapi tidak merasai strawberry celup coklat dan cendawan segar yang digoreng panas-panas.

Baca lebih lanjut di halaman Pasar pagi Kea Farm Cameron Highlands

Kea Farm

Taman Agroteknologi Mardi

Taman Agroteknologi Mardi dikelolai sepenuhnya oleh agensi kerajaan. Terdapat berbagai kemudahan asas yang disediakan didalam taman ini antaranya ialah kafe, surau dan tempat permainan untuk kanak-kanak. Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin melainkan semasa musim cuti umum dan cuti persekolahan. Dikenakan cas bayaran sebanyak RM3 untuk dewasa dan RM1.50 bagi kanak-kanak. Kepada yang suka makan buah strawberry dan anggur, di sini anda boleh mendapatkan buah yang segar.

Maklumat lanjut, lihat halaman Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands.

Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland

Rose Centre

Pelbagai jenis bunga dan sayur-sayuran terdapat disini. Anda dapat melihat sendiri bunga yang mekar dan sayur-sayuran yang ditanam. Tapi awas jika anda terpetik bunga di kawasan ini anda akan dikenakan denda sebanyak RM50. Waktu operasi setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 6 petang dan dikenakan cas bayaran masuk sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.

Rose Centre Cameron Highland.

Muzium Time Tunnel

Di Muzium Time Tunnel anda dapat melihat barangan lama dari berbagai zaman dan gaya hidup orang pada zaman dahulu. Pelbagai koleksi barangan antik tedapat di sini. Muzium Time Tunnel terletak dikawasan Brinchang. Dibuka setiap hari dari 9 pagi sehingga 6 petang dan kadar bayaran sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.

Time Tunnel Cameron Highland

Mah Meri Art Gallery

Mah Meri Art Gallery terletak di Tanah Rata. Galeri ini menyimpan koleksi peribadi ukiran kayu orang asli Pulau Carey, Selangor. Berbagai bentuk dan rupa dapat dilihat. Keunikan ukiran yang diperbuat dari kayu pokok Nyireh Batu ini juga mendapat pengiktirafan Seal of Excellence dari UNESCO.

Bayaran tiket sebanyak RM35 dikenakan untuk dewasa dan RM20 kepada kanak-kanak.

Alam semulajadi

Selain kebun bunga dan ladang, tarikan alam semulajadi di Cameron Highlands juga sangat menarik.

  • Mossy Forest - Tempat menarik untuk melihat keindahan alam semulajadi di Cameron Highlands. Pengunjung dapat melihat berbagai jenis tumbuhan, paku-pakis dan flora serta fauna menarik yang ada disini.
  • Air terjun - Air terjun Robinson di Tanah Rata. Air terjun Parit di Kampung Sedia, Tanah Rata.
  • Puncak Gunung Brinchang - Jika ada peluang dan kelapangan di Cameron Highlands, cuba kesini. Ia adalah aktiviti yang menyeronokkan. Di puncak gunung ini juga terdapat menara tinjau untuk pengunjung melihat pemandangan menarik.

Pasar malam Cameron Highland

Pasar malam Cameron Highland adalah salah satu tempat yang mesti dilawati bila anda ke Cameron Highland. Pelbagai jenis makanan, pakaian, cenderahati dan lain-lain boleh didapati di sini. Dulunya ia terletak di pekan Brinchang tetapi telah berpindah ke Golden Hills. Dibuka setiap hari di musim percutian dari petang sehingga ke tengah malam. Ia menjadi tarikan utama pelancong untuk membeli berbagai barangan terutama makanan. Orang ramai akan mula datang seawal jam 3 petang untuk mengelakkan kesesakan jalanraya. Cuaca yang sangat sejuk di Cameron Highland menjadikan suasana di dalam pasar malam tidak seperti pasar malam yang ada di tempat lain.

Maklumat lanjut, lihat halaman Pasar malam Cameron Highlands.

Pasar Malam Golden Hills, Brinchang, Cameron Highland

Lihat artikel senarai tempat menarik di Cameron Highland mesti dilawati sebagai panduan untuk merancang aktiviti lawatan. Halaman ini memaparkan tempat menarik percuma dan lokasi wajib singgah jika bercuti di Cameron Highland.

Penginapan di Cameron Highland

Terdapat berbagai jenis penginapan yang sesuai untuk percutian di Cameron Highland. Ada hotel menarik, hotel bajet, asrama dan apartment yang boleh dipilih mengikut kesesuaian anda. Kebanyakannya terletak di Tanah Rata, Brinchang dan juga Kea Farm. Dibawah ialah senarai penginapan di Cameron Highland untuk rujukan pengunjung:

Hotel, resort dan chalet

Senarai hotel menarik, resort dan chalet di Cameron Highland:

  1. Casa dela Rose Hotel Cameron Highlands - Lot 48, Jalan Circular, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia. Tel: +605-491 1333. Harga bilik dari RM192.
  2. Star Regency Cameron Highlands - MDCH 39,Jalan Besar, 39100 Brinchang, Cameron Higlands, Pahang Darul Makmur. Tel: +605-491 5133.
  3. Heritage Hotel Cameron Highlands - Jalan Gereja, 39000 Tanah Rata. Tel: 05-4913 888.
  4. Lake House Cameron Highlands - 30th Mile Ringlet, 39200 Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur, Malaysia. Tel: +605-495 6152. RM200.
  5. Century Pines Resort - Lot 42, Jalan Masjid, Tanah Rata, Cameron Highlands 39000 Pahang Darulmakmur Malaysia. Harga bilik dari RM275.
  6. Equatorial Resort Cameron Highlands - Kea Farm, Brinchang, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia. Tel: +605-496 1777.
  7. Cameron Highlands Resort - By the Golf Course, 39000, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia. Tel: +605-491 1100.
  8. Country Lodge Cameron Highlands - Lot 47, Section 3, 39100 Brinchang, Cameron Highlands, Pahang. Tel: +605-491 1811 / +605-491 3071 / +605-491 3037 / +6012-451 0613.
  9. Bala's Chalet, Hotel & Restaurant - Lot 55, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia. Tel: +605-491 1660. Harga bermula dari RM280.
  10. SPM Resort Home, Modern Tudorian Bungalow - 3 Banglo Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang. Tel: +6016-202 5800 / +6012-201 6121.
  11. Arundina Cameron Highlands - Guesthouse yang terletak di Tanah Rata, Cameron Highland. Harga bilik bermula dari RM169.
  12. Cool Point Hotel - 891, Persiaran Dayang Endah,39000 Tanah Rata. Tel: 05-4914 914.
  13. Hill Garden Lodge - No.15-16, Main Road, 39100 Brinchang. Tel: 05-4912 988 / 05-4912 808.
  14. Hillview Inn - 17 Jalan Mentigi, 39000 Tanah Rata. Tel:05-4912 915.
  15. Hotel Titiwangsa - Brinchang. Hotel bertaraf 3 bintang. Harga bilik dari RM138.
  16. Hotel De' La Ferns - Terletak diantara Tanah Rata dan Brinchang. Hotel bertaraf 4 bintang. Harga bilik dari RM249.
  17. Parkland Hotel - Lot 45, 39100 Brinchang. Tel: 05-4911 299.
  18. Planters Hotel - Hotel bertaraf 3 bintang. Harga bilik dari RM180.
  19. Rosa Passadena - No. 1, Bandar Baru Brinchang, 39100 Brinchang. Tel: 05 - 4912288.
  20. Strawberry Park Resort - Resort bertaraf 4 bintang. Harga bilik dari RM470.
  21. The SmokeHouse Hotel & Restaurant - Hotel bertaraf 4 bintang. Harga bilik dari RM420.

Hotel bajet

Senarai hotel bajet di Cameron Highland:

  1. BB Inn - 79A Persiaran Camelia 3, 39100 Brinchang. Tel: 05-4914 551 / 05-4914 553.
  2. Brinchang Hotel - 36, Main Road, 39100 Brinchang. Tel: 05-4911 755.
  3. Camelia Budget Hotel - 57C, Persiaran Camelia, Jalan Besar, 39000 Tanah Rata, Cameron Highland. Harga bilik dari RM70 - RM140.
  4. Camellia Budget Inn - Terletak di Tanah Rata, Cameron Highland. Tel: +6011-1191 9220. Harga bilik dari RM70.
  5. Downtown Hotel - 41 Main Road, 39000 Tanah Rata. Phone : 05-4912 868.
  6. Fathers Guest House - Harga bilik dari RM70.
  7. Gerard’s Place - Terletak di Tanah Rata. Harga bilik dari RM80.
  8. Hotel Green Garden - Lot 13, Main Road, 39100 Brinchang. Tel: 05-4915 824 / 05-4961 824.
  9. Hotel Remix - Lot 12, Jalan Besar, 39100 Brinchang. Tel: 05-4914729.
  10. Iris House Hotel - No.56, Jalan Kuari, Brinchang. Tel:05-4911 818.
  11. Jasmine Hotel - No.29-32, Main Road, 39100 Brinchang. Tel: 05-4911 588.
  12. Kowloon Hotel - No.34-35, 39100 Brinchang. Tel: 05-4911 366.
  13. Rainbow Hotel - Lot 25, 39100 Brinchang. Tel: 05 - 4914628 / 4914648.
  14. Sunbirds Hotel - 10, Marigold Square, Tanah Rata, Cameron Highlands. Tel: 05-491 1111.
  15. The Highlanders - 80b, Persiaran Camelia 4, 39000 Tanah Rata. Tel: 017-4137204 | 019-5546210.

Apartment dan homestay

Senarai apartment, asrama dan homestay di Cameron Highland untuk penginapan berkumpulan:

  1. Prima Villa Apartment Cameron Highlands - 3D8 Block B Prima Villa Apartment, Tanah Rata, Cameron Highlands. Tel: +6016-202 5800 / +6012-201 6121.
  2. Arabella Apartment Cameron Highlands - Tanah Rata, Cameron Highland. Tel: +6019-219 6813 / +6012-219 9761.
  3. Chua Gin Apartment Cameron Highlands - 11, Main Road, Brinchang, 39100 Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur, Malaysia. Tel: +605-491 1801.
  4. Homestay Kampung Taman Sedia, Tanah Rata.

Untuk melihat senarai dan potongan harga hotel di Cameron Highland, anda boleh menyemak dan menempah bilik penginapan melalui BOOKING.COM.

Kebanyakan hotel terletak berhampiran tempat-tempat menarik di Cameron Highland. Namun jika anda memilih untuk menginap di hotel bajet, pastikan lokasi hotel pilihan anda berhampiran dengan pekan Brinchang atau Tanah Rata. Di musim cuti sekolah atau cuti umum, jalan raya akan sesak dan anda tidak perlu terperangkap dalam kesesakan setiap kali ingin keluar makan.

Percutian bajet ke Cameron Highland

Bagi membantu anda merancang percutian bajet ke Cameron Highland, berikut ialah beberapa tips dan panduan untuk anda.

  1. Cameron Highland sangat sejuk terutama di waktu malam. Malah bilik hotel tidak memerlukan penghawa dingin. Kebanyakan hotel tidak menyediakan heater, jadi anda perlu membawa pakaian tebal bagi mengelakkan anda berbelanja lebih untuk membeli jaket dan sebagainya.
  2. Jika anda memandu kereta sendiri, pastikan minyak (petrol) sentiasa ada sekurang-kurangnya setengah tangki. Kesesakan teruk sentiasa berlaku di musim cuti sekolah dan cuti umum.
  3. Bawa payung atau baju hujan kerana hujan kerap terjadi di Cameron Highland. Anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk membelinya nanti.
  4. Jangan pilih waktu cuti sekolah atau cuti umum untuk bercuti ke Cameron Highland. Harga hotel dan makanan lebih tinggi pada waktu ini.
  5. Senaraikan tempat-tempat menarik di Cameron Highland yang anda ingin pergi dan dapatkan harga tiket masuk terlebuh dahulu. Rancang bajet anda dari situ.

Untuk melihat senarai penuh destinasi pelancongan di Cameron Highland, anda boleh melihat halaman Senarai tempat menarik di Cameron Highland 2019. Penerangan ringkas tempat-tempat menarik mengikut lokasi dan ulasan jujur dapat membantu anda merancang percutian dengan lebih baik.

Setakat ini dahulu panduan bercuti di Cameron Highland yang dapat kami kongsikan untuk anda. Terdapat banyak lagi aktiviti pelancongan yang boleh dilakukan untuk memenuhi ruang percutian anda disana. Kami akan cuba untuk mengemaskini dan menambahbaik halaman ini agar dapat dijadikan panduan pengunjung bagi merancang percutian yang hebat. Jika anda ingin menambah atau berkongsi pengalaman bercuti di Cameron Highland, sila komen dibawah artikel ini.

Lokasi