Pasar malam Cameron Highlands

Pasar malam Cameron Highlands adalah salah satu destinasi popular untuk membeli-belah bagi pengunjung yang bercuti di peranginan tanah tinggi ini. Berbagai barangan tempatan boleh dibeli dengan harga yang lebih berpatutan disini.

Apa yang dijual di pasar malam ini sebenarnya hampir sama dengan pasar pagi Kea Farm. Berbagai jenis sayur-sayuran, buah-buahan dan pokok-pokok bunga dijual dengan harga yang lebih murah berbanding tempat lain. Selain itu, pakaian dan juga barangan cenderahati banyak dijual disini.

Satu faktor yang menyebabkan pasar malam lebih popular ialah bagi kebanyakan pengunjung, mencari tempat makan yang sedap di Cameron Highlands adalah satu masalah. Dan pasar malam ini adalah penyelesaiannya. Harga makanan juga jauh lebih murah berbanding makan di restoran.

Gerai nasi lemak

Lokasi pasar malam

Lokasi pasar malam Cameron Highlands ialah di Golden Hills. Ia terletak di tengah-tengah antara pekan Brinchang dan Tanah Rata. Anda boleh gunakan GPS atau Google Maps jika pertama kali ke sini.

Alamat:
Pasar Malam Golden Hills Cameron Highlands
Jalan Sungai Ruil, Brinchang,
39000 Cameron highlands,
Pahang

Hubungi:
Tel: -
Fax: -
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Pasar malam Cameron Highlands ini hanya dibuka pada hujung minggu kecuali cuti umum dan cuti sekolah.
Jumaat dan Sabtu : 4.00 pm - 10.30 pm

Cuti umum, cuti sekolah:
Setiap hari : 3.00 pm - 11.00 pm

Apa yang menarik?

Pasar malam Cameron Highlands ini hampir sama sahaja dengan pasar malam ditempat anda. Ada gerai pakaian, makanan, buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya. Apa yang menariknya ialah pasar malam disini lebih sejuk. Memang seronok jalan-jalan. Selain itu, yang menarik tentu sekali produk hasil dari Cameron Highlands sendiri.

Secara terperinci, apa yang menarik di sini ialah:

Sayur dan buah-buahan

Sayur-sayuran seperti bunga kobis, broccoli, tomato. cili, timun dan terung ada dijual di pasar malam ini namun ia tidaklah banyak seperti di pasar pagi Kea Farm. Buah-buahan juga turut dijual terutamanya strawberi.  Anggur, apple, limau dan oren Thailand juga ada.

Strawberi

Pakaian

Berbagai jenis pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak ada dijual. Biasanya pengunjung suka membeli t-shirt Cameron Highlands sebagai kenangan. Lain-lain boleh beli di Maidin bila balik nanti.

Gerai pakaian

Barangan cenderahati

Barangan cenderahati memang banyak dijual disini. Jika anda merancang untuk hadiahkan pada saudara-mara dan kawan-kawan, beli banyak-banyak. Senang nak mintak kurang harga.

Pasar malam Cameron Highlands

Makanan

Orang kita memang tidak suka makan pelik-pelik. Dimana pun, makanan mesti nak sama macam biasa. Di pasar malam Cameron ini makanan biasa seperti nasi goreng, nasi tomato, mee goreng, koew teaw goreng, burger, ayam goreng dan sebagainya ada dijual. Rasanya pun macam biasa. Harga pun lebih-kurang juga. Belilah pada yang anda yakin status halalnya.

Gerai nasi goreng

Makanan lain yang ada di pasar pagi Kea Farm juga boleh didapati disini. Keledek manis, jagung manis, strawberi cokelat, cendawan goreng, buah-buahan kering dan sebagainya turut dijual. Mungkin peniaganya juga adalah orang yang sama.

Pokok bunga

Pokok-pokok bunga ada dijual tetapi tidak banyak pilihan. Yang pasti pokok kaktus disini memang lebih murah dari tempat lain. Pokok bunga lain nanti anda perhatikan sendiri.

Kesimpulan

Pasar malam Cameron Highlands memang lebih seronok dan lebih meriah dari pasar pagi Kea Farm. Namun anda mesti berkunjung ke dua destinasi membeli-belah ini (ayat ini seperti pelik bunyinya). Ada perbezaan dan kelebihan masing-masing.

Lokasi baru pasar malam Cameron Highlands ini dikatakan lebih strategik namun masalah tempat letak kereta tetap tiada penyelesaian. Akhir sekali, Percutian bajet mengesyorkan pasar malam Cameron Highlands 5 bintang.

Artikel berkaitan

Anda mungkin berminat untuk melawat Pasar pagi Kea Farm Cameron Highlands.

Pertama kali ke Cameron? Lihat panduan bercuti di Cameron Highlands.

Lihat semua tempat menarik di Cameron Highland yang mesti dilawati.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.