Pasar pagi Kea Farm Cameron Highlands

Salah satu tempat menarik di Cameron Highlands yang popular ialah pasar pagi Kea Farm. Ia adalah destinasi membeli-belah yang mesti singgah jika anda bercuti di peranginan tanah tinggi ini. Ia dibuka setiap hari. Walaupun digelar pasar pagi, ia beroperasi dari awal pagi hingga ke petang.

Pasar pagi Kea Farm terkenal dengan sayur-sayuran, buah-buahan dan pokok-pokok bunga yang dijual dengan harga yang lebih murah berbanding tempat lain. Namun hakikatnya, tidak semua barangan lebih murah. Pandai-pandailah anda bandingkan harga dan tawar-menawar. Banyak kedai disini. Yang penting anda jangan gopoh.

Pertama kali ke Cameron? Lihat Panduan bercuti di Cameron Highlands

Pasar pagi Kea Farm

Lokasi pasar pagi Kea Farm

Lokasi pasar pagi Kea Farm adalah kira-kira 4.6KM dari pekan Brinchang iaitu hampir 30 minit memandu. Ia terletak ditepi jalan sahaja. Anda tidak akan terlepas pandang tempat ini kerana ia selalu sesak dan kereta banyak yang parking dipinggir jalan.

Alamat:
Kea Farm
Brinchang,
39000 Cameron highlands,
Pahang

Hubungi:
Tel: -
Fax: -
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.00 am - 6.00 pm

Apa yang menarik?

Pasar pagi Kea Farm Cameron Highlands ini adalah tempat membeli-belah. Hampir semua produk tempatan boleh didapati disini. Apa yang menarik ialah buah-buahan dan sayuran segar. Harganya juga dikatakan lebih murah. Selain itu, barangan cenderahati juga banyak dijual.

Secara terperinci, apa yang menarik di sini ialah:

Sayur-sayuran

Berbagai jenis sayur-sayuran yang ditanam di Cameron Highlands ada dijual disini. Antara yang selalu mendapat perhatian pengunjung ialah bunga kobis, broccoli, tomato. carrot dan capsicum.

Buah-buahan

Buah-buahan juga tidak kurang banyaknya. Antara buah-buahan popular termasuk strawberi, limau dan oren.

Jagung

Apa yang sering diperkatakan bila membeli-belah di Kea Farm ialah jagung manis. Ada beberapa jenis jagung yang dijual seperti jagung mutiara manis tetapi yang paling sedap ialah jagung manis musang king.

Ubi keledek

Satu lagi hasil tempatan popular disini ialah ubi keledek purple. Ia adalah ubi keledek manis yang sangat sedap. Jika belum pernah cuba sebelum ini, anda boleh beli dari gerai yang menjual keledek rebus.

Makanan

Makanan memang banyak dijual disini termasuk dari hasil tempatan yang diceritakan diatas seperti keledek manis dan jagung manis. Selain itu, makanan yang selalu dibeli pengunjung ialah strawberi cokelat, cendawan goreng dan berbagai buah-buahan kering.

Pokok bunga

Jika anda tidak sempat membeli pokok-pokok bunga ditempat lain sebelum ini, jangan risau. Pasar pagi Kea Farm ini juga tedapat berbagai jenis pokok bunga untuk anda pilih.

Pokok bunga di Kea Farm

Tempat menarik

Selain membeli-belah, anda juga boleh melawat tempat menarik yang ada disini.

Kea Garden

Kea Garden ialah taman tema berwarna-warni yang menarik. tetapi mungkin bukan untuk semua orang. Ada yang pening dengan warna dan nampak serabut. Anda boleh saja melawat kerana harga tiket yang dikenakan adalah murah, RM1 seorang.

Kea Garden

5D Art Museum

Jika tempat lain terkenal dengan muzium 3D, disini ada muzium 5D. Tentu lebih hebat bukan? Harga tiket masuknya juga hebat. Dewasa RM25. Kanak-kanak RM20.

5D Art Museum

Kesimpulan

Pasar pagi Kea Farm Cameron Highlands adalah tempat membeli-belah paling menarik selain pasar malam Brinchang. Waktu paling sesuai untuk singgah ialah sebelum anda pulang bercuti. Anda tidak perlu mengangkut barang dan simpan lama. Beli dan sumbat dalam bonet sahaja.

Jika dahulu tempat ini memang sesak dan susah mendapat parking, sekarang tidak lagi. Ada ruang letak kereta yang luas disediakan diseberang jalan. Jangan parking ditepi jalan dan mengganggu pengguna jalanraya lain. Akhir sekali, Percutian bajet mengesyorkan Pasar pagi Kea Farm Cameron Highlands 5 bintang.

Artikel berkaitan

Anda mungkin berminat untuk melawat Pasar malam Cameron Highlands.

Pertama kali ke Cameron? Lihat panduan bercuti di Cameron Highlands.

Lihat semua tempat menarik di Cameron Highland yang mesti dilawati.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.