Percutian menarik di Bukit Tinggi Bentong Pahang

Bukit Tinggi Bentong Pahang ialah tempat peranginan tanah tinggi yang popular di Malaysia. Salah satu tarikan utama tempat ini tentulah suasana sejuk dan udara yang nyaman. Namun ada yang lebih menarik menanti pengunjung di puncak bukit. Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi tarikan yang ada di Bukit Tinggi yang mana merupakan salah satu destinasi percutian tanah tinggi menarik di Malaysia.

Nota: Untuk melihat tempat menarik lain yang ada di negeri Pahang, sila lawati halaman Senarai tempat menarik di Pahang untuk dilawati.

Colmar Tropical Berjaya Hills Resort

Apa ada di Bukit Tinggi?

Ada beberapa tempat menarik di Bukit Tinggi yang unik boleh dikunjungi. Senarai dibawah ialah antara tarikan pelancongan utama:

  • Perkampungan bertemakan Perancis.
  • Japanese Village.
  • Mengunjungi tempat menarik.
  • Restoran makanan antarabangsa yang menarik.
  • Penginapan yang sangat menarik.

Colmar Tropical Berjaya Hills bertemakan Perancis.

Bagaimana untuk ke Bukit Tinggi?

Bukit Tinggi terletak dalam daerah Bentong, Pahang. Dari Kuala Lumpur, ambil Lebuhraya Karak ke Kuantan. Lepas Kawasan Rehat Genting Sempah akan ada persimpangan ke Bukit Tinggi. Pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti keretapi, bas dan teksi untuk ke sini. Terdapat beberapa cara untuk menggunakan pengangkutan awam

  1. Pengunjung boleh menaiki bas di Berjaya Times Square ke Bukit Tinggi dengan perjalanan sekitar 45 minit sahaja.
  2. Pengunjung boleh menaiki teksi dari Kuala Lumpur terus ke Bukit Tinggi.

Tempat menarik di Bukit Tinggi

Tempat menarik di Bukit Tinggi Pahang ini sebenarnya ialah fasiliti, aktiviti dan tempat rekreasi yang disediakan oleh Berjaya Hills Resort. Ia dibuka kepada umum walaupun tidak menginap di hotel berkenaan. Bagi pengunjung yang ingin bercuti ke Bukit Tinggi dan yang sekadar ingin melawat, berikut adalah antara apa yang ada di sana.

Harga tiket masuk:
Dewasa: RM13.
Kanak-kanak: RM8.

Colmar Tropicale Berjaya Hills

Colmar Tropical Berjaya Hills ialah hotel penginapan di Bukit Tinggi Pahang. Ia adalah hotel yang unik kerana dibina bertemakan perkampungan Perancis. Suasana di Colmar Tropicale Berjaya Hills membuatkan anda seolah-olah berada di luar negara. Tidak hairanlah tempat menarik di Bukit Tinggi ini menjadi destinasi yang paling mendapat tumpuan pelancong.

Walaupun tidak menginap di sini, pengunjung boleh melawat, menjamu selera, mengikuti aktiviti dan persembahan serta bergambar di lokasi menarik sebagai kenang-kenangan. Antara yang menarik disini ialah:

Stage Performance iaitu persembahan pelbagai jenis tarian termasuk tarian Perancis. Waktu persembahan adalah seperti berikut:
Selasa, Rabu, Khamis dan Ahad: 12.00 PM, 4.00 PM, 9.30 PM.
Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum: 12.00 PM, 3.30 PM, 7.30 PM, 10.00 PM.

Menjamu selera di restoran yang sangat menarik.

  • La Cigogne - Menyediakan hidangan tradisional Perancis.
  • Le Blason - Menyajikan makan Malaysia dan antarabangsa.
  • La Flamme - Menyediakan makanan Itali seperti pasta, pizza dan lain-lain.
  • Le Poulet Roti - Menu utama adalah ayam panggang dengan beberapa menu sampingan.
  • La Boulangerie - Restoran Perancis yang menyajikan berbagai menu roti dan minuman panas.
  • L'Orient - Restoran yang menyajikan makanan asia.

Berbagai lokasi menarik untuk bergambar ada di sini. Tempat ini dibangunkan mengikut rekabentuk bangunan, susun-atur dan suasana perkampungan sebenar di Perancis. Pemandangan unik ini pasti mengagumkan hati sesiapa sahaja yang pertama kali berkunjung ke Colmar Tropicale Berjaya Hills ini.

Colmar Tropical Berjaya Hills.

Japanese Village

Japanese Village ialah salah satu tempat menarik di Bukit Tinggi yang harus dikunjungi. Ia berkonsepkan perkampungan Jepun dan merupakan yang pertama dan satu-satunya yang ada di luar negara Jepun. Pengunjung boleh mempelajari kebudayaan Jepun, cara berpakaian, adat minum teh dan lain-lain lagi. Antara yang terdapat didalam Japanese Village ini adalah:

  • Japanese Garden.
  • Japanese Tea House.
  • Tatami Spa.
  • Ume Tatami Suite.
  • Souvenir Shop.
  • Botanical Garden.
  • Ryo Zan Tei Restaurant.

Harga:
Sewa Kimono: RM20.

Animal Park

Animal Park ini ialah sebuah taman mini yang menempatkan leih 200 ekor arnab dari berbagai jenis dan beberapa haiwan lain seperti rusa, burung merak dan juga keldai. Pengunjung berpeluang bermain dengan arnab dan rusa yang jinak serta menunggang keldai.

Harga:
Tiket masuk untuk seorang: RM3.
Harga makanan arnab: RM3.

Horse Trails

Jika anda minat untuk menunggang kuda, kunjungi Horse Trails di Bukit Tinggi ini. Terdapat beberapa pakej menarik menunggang kuda yang boleh anda pilih. Bagi anda yang tidak berpengalaman juga boleh mencuba kerana terdapat jurulatih berpengalaman disediakan.

Harga:
Lead in Ride: RM30 untuk 10 minit.
Riding Lesson: RM80 untuk 30 minit.
Trail Ride: RM180 untuk 90 minit.

Nota: Berbagai pilihan disediakan untuk pengunjung. Harga berbeza mengikut tempoh dan trail ride pilihan.

Hubungi:
Equestrian Coordinator: +6016 6097089
Equestrian Manager: +6012 2891925
Horse Trails Bukit Tinggi Bentong Pahang.

Botanical Garden

Pengunjung yang meminati keindahan flora dan fauna alam semulajadi boleh mengunjungi Botanical garden Bukit Tinggi. Terdapat berbagai jenis tumbuh-tumbuhan termasuk herba, bunga, orkid liar dan lain-lain.

Penginapan di Bukit Tinggi Pahang

Penginapan menarik untuk percutian di Bukit Tinggi adalah semestinya di Colmar Tropicale Berjaya Hills. Pilihan selain itu, anda juga boleh menginap di Nora's Lodge Bukit Tinggi yang menawarkan penginapan yang lebih murah. Terdapat enam buah chalet menarik disediakan untuk pengunjung. Nora's Lodge juga menyediakan sarapan dan set BBQ yang boleh dipilih mengikut jumlah tetamu.

Untuk melihat senarai dan potongan harga hotel di Bukit Tinggi, anda boleh menyemak dan menempah bilik penginapan melalui BOOKING.COM.

Colmar Tropical Berjaya Hills Resort Pahang.

Sebenarnya tidak banyak tempat menarik di Bukit Tinggi yang boleh dilawati. Dalam satu hari anda boleh mengunjungi kesemuanya. Namun jika anda ingin menikmati suasana malam disini, hotel Colmar Tropicale, Berjaya Hills menyediakan penginapan yang cukup menarik. Jika anda ingin berkongsi pengalaman percutian di Bukit Tinggi, kongsikan dengan kami dan semua pengunjung pada ruangan komen dibawah.

Lokasi