Senarai tempat menarik di Cameron Highland untuk dilawati

Tanah Tinggi Cameron Highland adalah sebuah pusat peranginan yang sesuai untuk percutian seisi keluarga. Suasana disekitar Cameron Highland yang sejuk dan dikelilingi kehijauan hutan amat sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan dan ingin lari dari bunyi bising di bandar. Tambahan pula pengunjung akan dapat menghirup udara segar dipagi hari. Berjalan kaki sambil melihat keindahan alam semulajadi akan membuatkan pengunjung lupa seketika masalah kerja.

Nota: Untuk melihat tempat menarik lain yang ada di negeri Pahang, sila lawati halaman Senarai tempat menarik di Pahang untuk dilawati.

Cameron Highland merupakan destinasi percutian popular setiap kali cuti persekolahan dan cuti umum. Ini kerana ia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Disini kami sediakan senarai tempat menarik di Cameron Highland sebagai panduan pengunjung yang merancang untuk bercuti kesana.

Pengenalan Cameron Highland

Cameron Highland terletak di negeri Pahang. Kawasan peranginan Cameron Highland berada pada paras 1,829 meter dari aras laut dengan suhu antara 10 - 20 darjah Selsius. Cameron Highland terbahagi kepada beberapa kawasan iaitu:

  1. Ringlet - Pekan yang pertama akan anda tempuhi di pusat peranginan tanah tinggi Cameron jika melalui perjalanan dari arah selatan (Tapah).
  2. Tanah Rata - Pekan dan kawasan peranginan di Cameron Highland. Di Tanah Rata Cameron Highland terdapat hotel, kedai, masjid, hospital daerah, stesen minyak, bank, ladang teh dan berbagai tempat menarik dan kawasan rekreasi. Pekan Tanah Rata agak sunyi dan sesuai untuk penginapan bagi pelancong yang tidak suka kesibukan dan tidak ingin bersesak-sesak.
  3. Brinchang - Pekan yang tertinggi di Cameron Highland. Pekan Brinchang terkenal dengan pasar malam, berbagai tempat makan menarik dan juga hotel penginapan pelancong. Kawasan ini lebih meriah berbanding dengan Tanah Rata. Jika anda inginkan tempat menarik di Cameron Highland waktu malam, pilih hotel di Brinchang.
  4. Kea Farm - Pekan kecil di puncak Cameron Highland. Terkenal dengan pasar yang menjual pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran.
  5. Blue Valley - Kawasan ini terdapat ladang sayur-sayuran, taman bunga dan sebagainya.
  6. Tringkap - Antara yang menarik di sini ialah taman bunga ros dan pasar.
  7. Kuala Terla - Kawasan ladang sayur-sayuran, taman bunga dan lain-lain.
  8. Kampung Raja - Dari utara anda akan melalui kawasan ini jika mengikut jalan dari Simpang Pulai ke Cameron Highland.
Peta Cameron Highland

Perjalanan ke Cameron Highland

Terdapat tiga jalan utama ke Cameron Highland. Bergantung pada lokasi anda, berikut adalah pilihan laluan perjalanan untuk ke pusat peranginan Cameron Highland.

  1. Dari Kuala Lumpur melalui Lebuh raya Utara Selatan (PLUS), keluar di Plaza Tol Tapah. Perjalanan ke Cameron Highland akan melalui kawasan perkampungan orang asli di Kuala Woh, Kampung Pahang, Ringlet dan tiba di Tanah Rata Cameron Highland.
  2. Dari Ipoh melalui Lebuh raya Utara Selatan (PLUS), keluar di Plaza Tol Simpang Pulai. Untuk ke Cameron Highland akan melalui Kampung Raja, Kampung Kuala Terla, Tringkap dan ke Brinchang, Cameron Highland. Teruskan perjalanan jika ingin ke Tanah Rata Cameron Highland.
  3. Dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia, anda boleh melalui Kelantan dan terus ke Gua Musang. Untuk ke Cameron Highland, dari Gua Musang anda terus ke Pulai, Poring, Kampung Kuala Terla, Tringkap dan ke Brinchang.

Tempat menarik di Cameron Highland

Ladang Teh Boh

Suasana yang sangat mendamaikan di Ladang Teh Boh Cameron Highland menjadikan tempat ini sebagai tarikan utama para pelancong. Udara yang sangat segar dapat menghilang segala tekanan yang dialami apabila anda berada di sekitar dalam Ladang Teh Boh. Melihat kehijauan pokok-pokok teh yang ditanam disini membuatkan anda berfikir sejenak akan anugerah ILLAHI. Tidak hairanlah jika Cameron Highland menjadi salah satu senarai terkenal untuk berbulan madu.

Ladang teh di Cameron Highland

Taman rama-rama

Selain di Penang, Cameron Highland jugak terdapat taman rama-rama. Pelbagai jenis spesis rama-rama yang ada di sini. Bukan sahaja rama-rama, tetapi reptilia jenis ular dan katak jugak turut ada disini. Selain itu, serangga dan kala jengking juga terdapat di taman rama-rama. Ia dibuka pada jam 9 pagi sehingga 6 petang dan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM3.

Cactus Valley

Kepada pencinta pokok kaktus, Cactus Valley Cameron Highland adalah tempat yang sesuai untuk anda. Lokasi Cactus Valley ialah berhampiran dengan Big Red Strawberry Farm. Pelbagai jenis pokok Kaktus yang dijual di sini dengan harga yang berpatutan. Dibuka setiap hari dan dikenakan harga tiket sebanyak RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.

Cactus Valley Cameron Highland

Big red strawberry farm

Bagi pengunjung yang suka mengambil gambar, Big Red Strawberry Farm adalah tempat yang sesuai untuk anda menunjukan bakat mengambil gambar kerana di sini terdapat pelbagai kawasan yang menarik untuk dijadikan sebagai sudut untuk bergambar.

Strawberry di Cameron Highland

Kebun Lavender

Kepada pencinta bau lavender, kini anda tidak perlu untuk terbang jauh semata mata untuk melihat dan merasai sendiri keindahan bunga lavender. Bau yang sangat menyenangkan kini ada di Kebun Lavender di Cameron Highland. Apabila anda menjejaki masuk ke dalam Kebun Lavender ini anda akan dapat merasai keharuman bunga lavender yang mewangi dan menenangkan jiwa. Pengunjung dikenakan cas tiket sebanyak RM5 bagi dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Suasana yang sangat romantik menjadikan Kebun Lavender antara destinasi wajib di Cameron Highland. Di kebun ini pengunjung dibenarkan untuk memetik bunga dan akan dikenakan cas bayaran RM2 untuk sekuntum bunga. Dibuka pada hari biasa dari jam 9 pagi sehingga 6 petang. Pada hari Sabtu dan Ahad pula ia dibuka pada jam 9 pagi sehingga 7 malam. Tempat letak kereta dan bas disediakan.

Lavender Farm Cameron Highland

Kea farm di Brinchang

Kea Farm pula adalah tempat yang sesuai untuk anda membeli belah. Ini kerana pelbagai jenis barangan dijual disini dengan harga yang berpatutan. Antara tarikan utama bila anda ke Kea Farm ialah terdapat pelbagai jenis bunga segar dijual disini. Rugi jika anda ke Kea farm tapi tidak merasai strawberry celup coklat dengan harga RM2 sahaja dan cendawan segar yang digoreng panas-panas.

Pasar malam Brinchang

Pasar malam Brinchang adalah salah satu tempat yang mesti dilawati bila anda ke Cameron Highland. Pelbagai jenis makanan, pakaian, cenderahati dan lain-lain boleh didapati di sini. Dibuka setiap hari di musim percutian dari petang sehingga ke tengah malam. Ia menjadi tarikan utama pelancong untuk membeli berbagai barangan terutama makanan. Orang ramai akan mula datang seawal jam 3 petang untuk mengelakkan kesesakan jalanraya. Cuaca yang sangat sejuk di Cameron Highland menjadikan suasana di dalam pasar malam Brinchang tidak seperti pasar malam yang ada di tempat lain. Keadaan dan suasana disini sangat selesa.

Pasar Malam Brinchang, Cameron Highland
Kredit gambar kepada www.tourarmy.com

Ladang Lebah Ee Feng Gu

Masuk adalah percuma. Dibuka setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 7 malam. Kepada mereka yang ingin mengetahui cara hidup serangga yang bernama “lebah” bolehlah singgah ke Ladang Lebah Ee Feng Gu. Disini ditunjukkan cara lebah hidup dan bagaimana cara untuk mendapatkan madu dari lebah. Pelbagai informasi berguna boleh didapati disini. Selain itu, di Ladang Lebah Ee Feng Gu juga ada menjual kopi, teh dan pelbagai bahan yang berasaskan madu asli sebagai buah tangan sebelum anda pulang.

Taman Madu Lebah Cameron Highland
Kredit gambar kepada farihinzul1974.blogspot.com

Taman AgroTek Mardi

Taman AgroTek Mardi dikelolai sepenuhnya oleh agensi Kerajaan. Terdapat berbagai kemudahan asas yang disediakan didalam Taman AgroTek Mardi antaranya ialah kafe, surau dan tempat permainan untuk kanak-kanak. Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin melainkan semasa musim cuti umum dan cuti persekolahan. Dikenakan cas bayaran sebanyak RM3 untuk dewasa dan RM1.50 bagi kanak-kanak. Kepada yang suka makan buah strawberry dan anggur, di sini anda boleh mendapatkan buah yang segar.

Rose Centre

Pelbagai jenis bunga dan sayur-sayuran terdapat disini. Anda dapat melihat sendiri bunga yang mekar dan sayur-sayuran yang ditanam. Tapi awas jika anda terpetik bunga di kawasan ini anda akan dikenakan denda sebanyak RM50. Waktu operasi setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 6 petang dan dikenakan cas bayaran masuk sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.

Rose Centre Cameron Highland.

Muzium Time Tunnel

Di Muzium Time Tunnel anda dapat mempelajari sejarah dan cara hidup orang pada zaman dahulu-kala. Pelbagai koleksi barangan antik yang tedapat di sini. Muzium Time Tunnel terletak dikawasan Brinchang. Dibuka setiap hari dari 9 pagi sehingga 6 petang dan kadar bayaran sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.

Time Tunnel Cameron Highland

Penginapan di Cameron Highland

Terdapat berbagai jenis penginapan yang sesuai untuk percutian di Cameron Highland. Ada hotel menarik, hotel bajet, asrama dan apartment yang boleh dipilih mengikut kesesuaian anda. Kebanyakannya terletak di Tanah Rata, Brinchang dan juga Kea Farm. Dibawah ialah senarai penginapan di Cameron Highland untuk rujukan pengunjung:

Hotel, resort dan chalet

Senarai hotel menarik, resort dan chalet di Cameron Highland:

  1. Casa dela Rose Hotel Cameron Highlands - Lot 48, Jalan Circular, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia. Tel: +605-491 1333. Harga bilik dari RM192.
  2. Star Regency Cameron Highlands - MDCH 39,Jalan Besar, 39100 Brinchang, Cameron Higlands, Pahang Darul Makmur. Tel: +605-491 5133.
  3. Heritage Hotel Cameron Highlands - Jalan Gereja, 39000 Tanah Rata. Tel: 05-4913 888.
  4. Lake House Cameron Highlands - 30th Mile Ringlet, 39200 Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur, Malaysia. Tel: +605-495 6152. RM200.
  5. Century Pines Resort - Lot 42, Jalan Masjid, Tanah Rata, Cameron Highlands 39000 Pahang Darulmakmur Malaysia. Harga bilik dari RM275.
  6. Equatorial Resort Cameron Highlands - Kea Farm, Brinchang, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia. Tel: +605-496 1777.
  7. Cameron Highlands Resort - By the Golf Course, 39000, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia. Tel: +605-491 1100.
  8. Country Lodge Cameron Highlands - Lot 47, Section 3, 39100 Brinchang, Cameron Highlands, Pahang. Tel: +605-491 1811 / +605-491 3071 / +605-491 3037 / +6012-451 0613.
  9. Bala's Chalet, Hotel & Restaurant - Lot 55, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia. Tel: +605-491 1660. Harga bermula dari RM280.
  10. SPM Resort Home, Modern Tudorian Bungalow - 3 Banglo Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang. Tel: +6016-202 5800 / +6012-201 6121.
  11. Arundina Cameron Highlands - Guesthouse yang terletak di Tanah Rata, Cameron Highland. Harga bilik bermula dari RM169.
  12. Cool Point Hotel - 891, Persiaran Dayang Endah,39000 Tanah Rata. Tel: 05-4914 914.
  13. Hill Garden Lodge - No.15-16, Main Road, 39100 Brinchang. Tel: 05-4912 988 / 05-4912 808.
  14. Hillview Inn - 17 Jalan Mentigi, 39000 Tanah Rata. Tel:05-4912 915.
  15. Hotel Titiwangsa - Brinchang. Hotel bertaraf 3 bintang. Harga bilik dari RM138.
  16. Hotel De' La Ferns - Terletak diantara Tanah Rata dan Brinchang. Hotel bertaraf 4 bintang. Harga bilik dari RM249.
  17. Parkland Hotel - Lot 45, 39100 Brinchang. Tel: 05-4911 299.
  18. Planters Hotel - Hotel bertaraf 3 bintang. Harga bilik dari RM180.
  19. Rosa Passadena - No. 1, Bandar Baru Brinchang, 39100 Brinchang. Tel: 05 - 4912288.
  20. Strawberry Park Resort - Resort bertaraf 4 bintang. Harga bilik dari RM470.
  21. The SmokeHouse Hotel & Restaurant - Hotel bertaraf 4 bintang. Harga bilik dari RM420.

Hotel bajet

Senarai hotel bajet di Cameron Highland:

  1. BB Inn - 79A Persiaran Camelia 3, 39100 Brinchang. Tel: 05-4914 551 / 05-4914 553.
  2. Brinchang Hotel - 36, Main Road, 39100 Brinchang. Tel: 05-4911 755.
  3. Camelia Budget Hotel - 57C, Persiaran Camelia, Jalan Besar, 39000 Tanah Rata, Cameron Highland. Harga bilik dari RM70 - RM140.
  4. Camellia Budget Inn - Terletak di Tanah Rata, Cameron Highland. Tel: +6011-1191 9220. Harga bilik dari RM70.
  5. Downtown Hotel - 41 Main Road, 39000 Tanah Rata. Phone : 05-4912 868.
  6. Fathers Guest House - Harga bilik dari RM70.
  7. Gerard’s Place - Terletak di Tanah Rata. Harga bilik dari RM80.
  8. Hotel Green Garden - Lot 13, Main Road, 39100 Brinchang. Tel: 05-4915 824 / 05-4961 824.
  9. Hotel Remix - Lot 12, Jalan Besar, 39100 Brinchang. Tel: 05-4914729.
  10. Iris House Hotel - No.56, Jalan Kuari, Brinchang. Tel:05-4911 818.
  11. Jasmine Hotel - No.29-32, Main Road, 39100 Brinchang. Tel: 05-4911 588.
  12. Kowloon Hotel - No.34-35, 39100 Brinchang. Tel: 05-4911 366.
  13. Rainbow Hotel - Lot 25, 39100 Brinchang. Tel: 05 - 4914628 / 4914648.
  14. Sunbirds Hotel - 10, Marigold Square, Tanah Rata, Cameron Highlands. Tel: 05-05-491 1111.
  15. The Highlanders - 80b, Persiaran Camelia 4, 39000 Tanah Rata. Tel: 017-4137204 | 019-5546210.

Apartment dan homestay

Senarai apartment, asrama dan homestay di Cameron Highland untuk penginapan berkumpulan:

  1. Prima Villa Apartment Cameron Highlands - 3D8 Block B Prima Villa Apartment, Tanah Rata, Cameron Highlands. Tel: +6016-202 5800 / +6012-201 6121.
  2. Arabella Apartment Cameron Highlands - Tanah Rata, Cameron Highland. Tel: +6019-219 6813 / +6012-219 9761.
  3. Chua Gin Apartment Cameron Highlands - 11, Main Road, Brinchang, 39100 Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur, Malaysia. Tel: +605-491 1801.
  4. Homestay Kampung Taman Sedia, Tanah Rata.

Untuk melihat senarai dan potongan harga hotel di Cameron Highland, anda boleh menyemak dan menempah bilik penginapan melalui BOOKING.COM.

Kebanyakan hotel terletak berhampiran tempat-tempat menarik di Cameron Highland. Namun jika anda memilih untuk menginap di hotel bajet, pastikan lokasi hotel pilihan anda berhampiran dengan pekan Brinchang atau Tanah Rata. Di musim cuti sekolah atau cuti umum, jalan raya akan sesak dan anda tidak perlu terperangkap dalam kesesakan setiap kali ingin keluar makan.

Percutian bajet ke Cameron Highland

Bagi membantu anda merancang percutian bajet ke Cameron Highland, berikut ialah beberapa tips dan panduan untuk anda.

  1. Cameron Highland sangat sejuk terutama di waktu malam. Malah bilik hotel tidak memerlukan penghawa dingin. Kebanyakan hotel tidak menyediakan heater, jadi anda perlu membawa pakaian tebal bagi mengelakkan anda berbelanja lebih untuk membeli jaket dan sebagainya.
  2. Jika anda memandu kereta sendiri, pastikan minyak (petrol) sentiasa ada sekurang-kurangnya setengah tangki. Kesesakan teruk sentiasa berlaku di musim cuti sekolah dan cuti umum.
  3. Bawa payung atau baju hujan kerana hujan kerap terjadi di Cameron Highland. Anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk membelinya nanti.
  4. Jangan pilih waktu cuti sekolah atau cuti umum untuk bercuti ke Cameron Highland. Harga hotel dan makanan lebih tinggi pada waktu ini.
  5. Senaraikan tempat-tempat menarik di Cameron Highland yang anda ingin pergi dan dapatkan harga tiket masuk terlebuh dahulu. Rancang bajet anda dari situ.

Setakat ini dahulu senarai tempat menarik di Cameron Highland yang dapat kami kongsikan untuk anda. Terdapat banyak lagi aktiviti pelancongan yang boleh dilakukan untuk memenuhi ruang percutian anda disana. Kami akan cuba untuk mengemaskini dan menambahbaik halaman ini agar dapat dijadikan panduan pengunjung bagi merancang percutian ke Cameron Highland. Jika anda ingin menambah atau berkongsi pengalaman bercuti di Cameron Highland, sila komen dibawah artikel ini.

Comments

41

As salam.
Destinasi bercuti pilihan NO 1 suami..dr zmn bercinta..baru2 kawin sampai la ni dh ank 3...dia xpnh bosan dgn cameron highland..nyaman dan mendamaikan katanyer..hehe..saya pulak ikutkan aje..asal dia hepy saya dan ank2 pasti hepy sama...n mmg kitorg sentiasa hepy bila ke cameron nih..blom lgla rasa frust bercuti kat sini wlwpon pnh trapped dlm jammed sampai 3jam hnya dr kg raja nak ke brinchang..fuhhh...seksa rasanya..

Tapi awal 2000 dulu sejuknye boleh tahan...kalo bercakap tuh msih bleh lah nmpak asap kepul2 tuh kuar mulut..hehe..sejuk dingin katakan..tp skrg xde sgt..kecuali awal2 pg n tgh2 mlm..tp jgn dibuat bg yg xbiasa sejuk..menggeletar juge...so baik beringat trutama kalo musim ujn..huhu..

Yg jd routine kami sekuarga kalo ke sini ofkos la ke butterfly garden..bg hepy ank2..strawberry farm
..kea farm tuk bli madu..sayur2..buah2an..goreng2an..bla..bla..psr mlm bli ole2..agro park jalan2..sg palas tea plantation..perghh syok layan angin kat tmpt tggi smbil hirup teh panasss..teh pon lain rasanya dr di kedai mamak n yg kita beli kat supermarket..may b sbb fresh n environment tuh yg buat kita hanyutt jer menikmatinyer...hehe..

Bg saya..kalo yg dh berkuarga besar n pegi ramai2 baik pilih homestay..skrg byk pilihan xmcm dulu..n byk yg provide dapur masak..peti sejuk..bla..bla..so bleh jimat kos mkn..msk sndri lbey baik..duit bleh ke lain..byar tuk msuk taman2 n kebun2 yg kenakan charge masuk..

Cumanye..berhati2lah pilih gerai jual mknan..pastikan dulu halal ke tidak baru beli..tgok sama ye yg menjualnyer..kalo was2 tinggalkan aje..inshaa Allah bleh aje cari yg halal cume ade segelintir yg mengelirukan..rasanya anda yg dh slalu pergi pasti fhm maksud saye..

kepada yg ingin bercuti di cameron buatlah psiapan dulu..kalo ade ank kecik bwk baju tebal..kalo bleh sarung tgn stokin tuh pastikan ade..sbb bila mlm sejukkk...hehe..beli kat ats nih mahal..beli kat kdai biasa mcm mydin..my one shop..DIY ke..baru rm2 je sarung tgn..stokin..jgn lupa selimut n travel mattress kalo dtg beramai2..apepun...mmg best layan angin cameron nih bg org yg nk percutian bajet n sempoiii....

slamat bercuti uols..

Terbaik dari Mama Nurinz. Hihi...Perkongsian pengalaman di Cameron Highland yang memang tak dapat dinafikan lagi kebenarannya. Teori tak semestinya betul tapi pengalaman tak pernah menipu, sis ye. :-)

Aisya juga penah kena jammed berjam2 dari Kea Farm nak ke Brinchang. Beringat le ye, pada sesiapa yang nak ke Cameron Highland tu,elakkan masa cuti umum atau cuti persekolahan. Kalau takut tak meriah, boleh pergi masa hujung minggu.

Pesanan Mama Nurinz tentang makanan tu, ingat ye. Terutama di Pasar Malam Brinchang. Kalau nak beli tu, tengok2 dulu. Kalau nak senang boleh bawa keluarga makan di medan selera atau kawasan kedai makan banyak2 dijalan belakang hotel area Brinchang. Banyak kedai muslim kat situ.

Terima kasih Mama Nurinz atas peringatan dan tips yang sangat membantu.

Saya juga setuju ngan mama Nurinz...sy setiap tahun mesti pergi ke sini..x tau apa yg menarik..bg setengah orang...tpi bg family sy...sinilah tempat yg sesuai utk kluarga....sebut nak bercuti..mesti ank2 akan bg cdangan cameron....hihihi..dri ank seorang smpai skarang dah 3 orng pun..x cemuih kesini....jngan x tau..ank sulong sy dah 19 thun..jdi bayangkan..dah brapa belas kali kmi smpai sana....tentang mknan tu mmg kena hati2...

Ye la mommy Zarina Abadi. Cameron Highland ni tempat sejuk. Nak jalan-jalan pun selesa, tak berpeluh. Udara segar, tempat pun cantik. Tapi orang kata sekarang dah tak sejuk macam dulu-dulu. Betul ke?

Ya betul cakap mommy mommy sekalian . Sangatlah seronok kalau datang Cameron. Lagipun sya belajar kat Ipoh. Memang kalau parents datang mesti akan ajak gi Cameron.

tempat pilih yg tepat utk bawa family bercuti bersama anak-anak. Blh lepaskan penat berkerja.
Agro Park Mardi tempat yg wajib dilawati setiapa kali ke CH ... begitu juga dgn Laverder Garden dan Starwbeerry Big Farm ...

Assalamualaikum

recommended hotel pls..lokasi di tgh2 antara brinchang dan tanah rata :-) tq

Assalamualaikum....

First time pegi cameron tahun 2000...last pegi tahun lepas (2014)..sedih tengok muka bumi cameron...dah tak cantik macam dulu...
Kalau dulu..pasar malam tak banyak macam sekarang....
Bagi sesiapa yang first time nak gi cameron...saya cadangkan guna laluan exit simpang pulai utk ke cameron...dan exit Tapah untuk balik ....perjalanan lebih selesa...

SELAMAT BERCUTI...

Sis Yati... Kenapa Cameron dah tak secantik dulu? Apa yang merubah segalanya? (cewahh..)
Boleh huraikan sikit untuk pengetahuan pembaca lain.

Kalau dari Ipoh memang akan ikut exit Simpang Pulai tapi kalau dari KL agak jauh sikit. Memang betul le, jalan tu lebih cantik dan selesa dari jalan kat Tapah.

Sis aisya..kalau ikut exit simpang pulai mmg jauh sikit...tapi jimat masa...sy dari Johor...sblum ni ..kalau g cameron..ikut exit Tapah..tp last year sy ikut exit simpang pulai....memang selesa..dan jalan pun luas...
Kalau dulu...taman ros memang cantiiik sangat... sekarang macam agak x terurus...lepas tu...bnyak kawasan dh kena tarah...sedih sangat..dan x sejuk sangat...

Oh okie. Terima kasih Sis atas penjelasan. Saya pun dah lama tak pergi Cameron Highland. Kes tanah runtuh tu agaknya sebab banyak kawasan bukit yang dah kena tarah kot. Diharapkan pihak berkuasa lebih prihatin dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengawal penerokaan tanah dan lereng bukit sewenang-wenang.

Salam sis yati..
Saye pun dari johor..tahun depan saye nak ke cameron..saye akan menginap di tanah rata...kalau saye ikot tapah da tentu terus sampai ke tanah rata tapi perjalanan yg berliku tapi dekat..

Kalau saye dari simpang pulai pulak agak jauh nak ke tanah rata sebab akan jumpe brinchang dahulu tapi perjalanan selesa...

Pendapat sis mne ye yg sesuai saye lalu? Buntu fikir hihi...tq

Cik lynasyaziera,
Last sekali saya ke Cameron Highland dua tahun lepas ikut jalan Tapah. Jalannya bukan saja berliku tapi sempit dan tampal sana sini. Menyesal ikut jalan tu.

Saya rasa jalan Simpang Pulai jauh lebih selesa. Brinchang dengan Tanah Rata tu dekat je. Bagi pendapat saya, definitely ikut Simpang Pulai. :-)

boleh x bg map @ mcm ne nk search pergi ikut simpang pulai..sy dr KL..sbb sy cuba search kat waze x jd pun..

Taip je "Cameron Highland". Pastikan ejaan betul. Kalau tak boleh jugak, try guna Google Map.

Salam all...minggu ni sy nak ke sana...sy duk melaka...klu nak ke tanah rata selesa jln dr sempang pulai ker...tapi dlm waze die bwk kita lalu jln tapah mcm mana erk...sy tngk peta pun dah pening tngk jalan nya...tolong bg pendapat...tq all

Ye betul. Kalau nak selesa ikut jalan Simpang Pulai ke Cameron Highland. Pasal Waze tu, nanti dah keluar tol Simpang Pulai, baru on balik. Semoga membantu. Selamat bercuti ye. :-)

salam..sy dari kl rancang nak ke cameron 14/11 ni..kat mana yg best utk bmalam? tanah rata @brinchang? sesuai ikut tapah@simpang pulai?

Saya cadangkan bermalam di Brinchang jika cikgu ingin lebih meriah. Kalau di Tanah Rata agak sunyi. Sesuai jika inginkan kedamaian (cewahh).

Jalan Simpang Pulai Ke Cameron Highland lebih baik dan selesa. Ramai yang setuju. Apapun, cepat2 booking bilik takut penuh nanti.

Selamat bercuti.

salam...saya nak tnya, ada sesiapa yang pernah bermalam di Heritage Hotel Cameron tak? Area jalan Gereja tu.. saya sudah booking di situ, tapi kebanyakan orang yang dah stay disitu kata hotel ini tak berapa ok. Betul ke?

Terima kasih

Heritage Hotel Cameron? Ok apa hotel tu cuma jauh sikit dari pekan. Pemandangan dan persekitaran pun cantik. Makanan pun ok. Jangan risau. :-)

Saya akan stay di Hotel Century Pines Resort. Dah booking skali tgk review mcm kurang ok. Ada sape2 boleh bg feedback sket ttg hotel ni?

Lg 1, kami akan stay selama 5 hari. Ada cadangan tpt2 yg menarik selain dari di atas? Tq semua :)

saya ingin bercuti di cameron ni..dah lama sangat nak ke sana..last pegi pun tahun 2000..anak pun dah 15 tahun sekarang..saya dah book hotel baget kat tanah rata..TJ lodge.okey x tempat tu..nk save baget book yg dorm sbb ramai..6-7 sekeluarga..hrp sesapa bleh respon.tqvm

Ramai yang cakap TJ Lodge ok. Hotel yang bagus, lokasi menarik dan layanan yang baik. Pengunjung yang pernah tinggal kat hotel tu ramai yang review bagi 4 bintang dan 5 bintang. Jadi cikgu jangan risau ye.

Minggu depan saya dan kawan2 akan menginap die TJ Lodge.. Macm mane ye pengalaman cikgu stay di sana ? Okay x tempat tu ?

Assalamualaikum, brapa lama tempoh yg dicadangkan kalau cuti2 di cameron?

tq

Wa'alaikumussalam. Kalau nak cuti2 di Cameron, 2h1m pun dah cukup sebenarnya dengan syarat boleh sampai awal pagi ke sana. Sebelum check in hotel, sis boleh melawat beberapa tempat menarik seperti Kea Farm yang sudahpun beroperasi pada waktu tersebut. Tempat2 lain yang dibuka awal pagi ialah Cactus Valley (8 pagi), Rose Center (8 pagi), Taman Agroteknologi Mardi (8.30 pagi), The Big Red Strawberry Farm di Brinchang (8.30 pagi), Lavender Cameron (9 pagi), Ladang Teh Boh (9 pagi) dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, kalau tempoh bercuti, ia bergantung pada banyak perkara seperti minat, tujuan bercuti dan lain-lain. Bercuti di Cameron Highland ni lebih kepada melawat tempat-tempat menarik seperti dalam senarai artikel ini. Pada yang minat pada taman-taman, kebun sayur, kehijauan dan keindahan alam, percutian di Cameron pasti menyeronokkan. Aktiviti riang-ria, lasak dan permainan tak ada. Ia mungkin membosankan pada sesetengah orang.

Begitu juga dengan tujuan bercuti. Sekiranya sis ingin berehat, Cameron Highland memang sesuai untuk menenangkan fikiran. Jadi cadangan saya, untuk percutian yang paling ideal di Cameron Highland, 3h2m paling sesuai kerana sis tak perlu rushing melawat tempat menarik yang ada serta boleh menikmati sepuasnya keindahan yang ada di sana. Lebih dari 3 hari, ia akan membosankan.

Ada member rekomen hotel remix...ok x hotel tu, agak2 ada heater x

Hotel Remix adalah salah sebuah hotel bajet di Cameron Highland. Ia agak popular dan sesuai untuk percutian bajet. Penginapan agak selesa. Untuk maklumat lanjut berkenaan fasiliti seperti heater dan lain-lain, sis boleh terus hubungi hotel:

Hotel Remix - Lot 12, Jalan Besar, 39100 Brinchang. Tel: 05-4914729.

copthorne hotel di brinchang ok tak? worth it kalau amik breakfast buffet kat situ? sapa2 ada pengalaman?

Kalau g sana jgn la stay kavy hotel.. Mcm tpt pelacur ja.. Kotor.. Tv xda siaran.. Harga mahal.. Indah khabar dr rupa.

Salam..sy akan ke cameron 10 org..ade x tempat tinggal mcm rumah or apartment yg harge bajet?please share..

Salam semua.. sy n lil family nk bercuti hujung minggu ni..cameron mcm besh.. hotel kat brinchang mn yg besh? Tmpt mkn mn yg nyum3.. 1st time nk g ni..

Bila sampai di Cameron Highlands jangan lupa singgah di Kampung Taman Sedia. Ada banyak kebun strawberi di sana. Nak cari homestay pun banyak. Diiktiraf kementerian pelancongan.

Jemput lawat blog homestay saya

http://fauzizhomestay.blogspot.my/

Perkongsian yang menarik...bermanfaat utk mereka yang sedang mencari destinasi pelancongan yang menarik...

salam..saya dr kuching sarawak,tahun depan bulan 2 merancang nak honeymoon ke cameron highlands.sebab saya suka tmpt yg sejuk dan sangat suka dgn lavender n strawberry.boleh tak kawan2 bg cadangan utk saya utk dpt pakej honeymoon bajet? terima kasih..

Assalamualaikum, info dlm blog ni betul2 lengkap dan membantu pd sesiapa yg pertama kali ingin ke cameron highlands. Insha Allah, 3/9/16 ni sy, suami dan anak ingin ke sana. Bismillahirrahmanirrahim...

Terima kasih puan. Pengunjung juga ramai yang bagi feedback dan pengalaman masing-masing yang mana saya rasa ia cukup berguna dan membantu pembaca lain. Selamat bercuti dan semoga semuanya selamat ye puan.

Assalammulaikum.

Saya dari Sarawak. Saya teringin nak bercuti di cameron highland ni. kalau dari KL Sentral guna bas ke Cameron akan hantar ke Tanah Rata. Adakah saya perlu sewa kereta untuk bersiar-siar ke tempat2 menarik di sana (tanah ratan / brinchang ataupun boleh berjalan kaki sahaja dari satu tempat ke satu tempat. mohon huraian

Wa'alaikumussalam,
Banyak tempat menarik untuk di lawati di Cameron Highland sebenarnya. Untuk lebih memudahkan, saya cadangkan sis Rumaiza sewa kereta. Senang nak ke mana-mana. Selain melawat tempat menarik, mungkin nanti nak keluar makan, ronda-ronda dan sebagainya.

Destinasi pelancongan memang berjauhan. Ada juga yang dekat dan boleh berjalan kaki. Tapi kalau nak puas hati, macam saya cakap le, sewa kereta. Boleh melawat semua tempat. Oh, pengangkutan teksi juga ada. Saya tak pasti harga untuk ke setiap lokasi.

Minta maaf le saya tak tahu nak hurai macam mana. Semoga membantu.

SAYA NK TANYA SIKIT KLAU AKTIVITI MALAM DI CAMERON AP YG BOLEH BUAT?? ADA CADANGAN? PLEASE?

Add new comment