Senarai tempat menarik di Pahang untuk dilawati

Negeri Pahang Darul Makmur ialah negeri yang kaya dengan tempat menarik untuk dilawati. Pahang mempunyai alam semulajadi yang cantik merangkumi tanah tinggi, hutan lipur, gunung, gua, tasik semulajadi, pantai dan juga pulau. Selain itu, Pahang juga mempunyai tarikan lain seperti kebudayaan dan makanan masyarakat tempatan. Jika anda ingin menghabiskan percutian dengan melancong ke tempat menarik di Pahang, rancanglah dengan teliti. Disini kami senaraikan tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi dan juga aktiviti pelancongan menarik yang boleh anda lakukan sebagai panduan.

Daerah di Pahang

Sebelum kami senaraikan tempat-tempat menarik di Pahang, ini ialah sedikit pengenalan tentang daerah yang terdapat di negeri ini sebagai rujukan. Ia akan membantu anda merancang perjalanan dan tempat percutian dengan lebih lancar dan berkesan.

  • Kuantan - Daerah yang paling membangun di Pahang. Daerah ini juga terletaknya ibu negeri Pahang. Bahagian timur daerah Kuantan menghadap ke laut China Selatan. Banyak tempat menarik di Kuantan seperti pantai, gunung, gua dan air terjun. Lihat artikel Tempat menarik di Kuantan untuk dilawati.
  • Pekan - Daerah ini bersempadan dengan daerah Kuantan. Manakala Pekan pula adalah Bandar Diraja. Daerah ini juga menghadap Laut China Selatan.
  • Bentong - Daerah yang bersempadan dengan Kuala Lumpur.
  • Bera - Daerah ini bersempadan dengan Negeri Sembilan. Terdapat tasik semulajadi yang terbesar di Malaysia.
  • Cameron Highlands - Daerah yang merangkumi tanah tinggi di Pahang.
  • Jerantut - Daerah yang terletak di utara negeri Pahang ini terletaknya Taman Negara. Ia bersempadan dengan negeri Terengganu dan Kelantan.
  • Lipis - Daerah ini mempunyai sebahagian dari tanah tinggi yang terdapat di negeri Pahang.
  • Maran - Daerah ini terletak ditengah-tengah negeri Pahang. Terdapat banyak tempat pelancongan alam semulajadi menarik di daerah ini.
  • Raub - Daerah ini juga mempunyai sebahagian dari tanah tinggi di Pahang.
  • Rompin - Daerah ini juga menyimpan sebahagian dari Taman Negara yang bersempadan dengan negeri Johor.
  • Temerloh - Daerah yang terletak di tengah-tengah negeri Pahang ini mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Lihat artikel Senarai tempat menarik di Temerloh Pahang.

Peta tempat menarik untuk percutian di Pahang.

Hutan dan taman negara

Pahang adalah destinasi terbaik eko-pelancongan di Semenanjung Malaysia. Jika anda peminat pengembaraan dan suka menikmati keindahan alam semulajadi, Taman Negara adalah tempat percutian di Pahang yang harus anda kunjungi. Ada banyak tempat menarik tetapi senarai dibawah adalah kemestian:

  • Taman Negara - Mengembara melihat binatang, unggas, herba, pokok dan juga mendaki Gunung Tahan, gunung tertinggi di semenanjung Malaysia.
  • Taman Rimba Kenong - Melihat berbagai keindahan semula jadi seperti gua batu kapur, burung dan unggas serta tumbuh-tumbuhan menarik seperti orkid liar.
  • Taman Negara Endau-Rompin - Terdapat berbagai spesis tumbuhan dan herba yang unik. Juga terdapat banyak binatang liar seperti badak sumbu Sumatera, Binturung dan Ungka Tangan Putih.
Taman Negara, Pahang.

Keterangan gambar: Taman Negara adalah salah satu tempat menarik di Pahang yang sering menjadi tumpuan pelancong dari luar negara.

Bukit dan Gunung

Jika anda gemar mendaki gunung, atau meredah hutan menikmati keindahan alam semulajadi, Pahang mempunyai banyak gunung dan bukit yang menanti. Malah, gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Tahan terletak di Taman Negara, Pahang. Berikut adalah senarai bukit dan gunung yang ada di Pahang untuk rujukan anda:

  • Gunung Rajah - Terletak di daerah Bentong. Banyak flora yang bernilai untuk perubatan boleh ditemui disini.
  • Gunung Beremban - Terletak di Cameron Highlands.
  • Gunung Jasar - Terletak di Tanah Rata, Cameron Highlands. Pendakian mengambil masa 3 jam untuk sampai ke puncak.
  • Gunung Tapis - Terletak di hulu Sungai Lembing, Kuantan. Mempunyai banyak flora yang ada nilai perubatan.
  • Gunung Benom - Terletak di sempadan daerah Jerantut dan daerah Raub. Merupakan gunung kedua tertinggi di negeri Pahang.
  • Gunung Gagau - Terletak bersebelahan Taman Negara. Anda perlu mendapat kebenaran dari pihak berkuasa Taman Negara untuk kesini.
  • Gunung Perdah - Terletak di sebelah Barat Laut bandar Tanah Rata. Pendakian selama dua jam untuk sampai ke puncak.
  • Gunung Senyum - Terletak di daerah Temerloh iaitu di Felda Jengka 25, Jengka, Pahang. Selain dari keindahan pokok-pokok yang menghijau dan berbagai jenis flora dan fauna, disini juga terdapat banyak gua-gua yang menarik.
  • Gunung Lerek - Gunung setinggi 817 meter ini terletak didaerah Maran, Pahang. Bandar yang paling hampir ialah Bandar Maran dan Bandar Pusat Jengka.
  • Gunung Serudom - Juga dipanggil Gunung Serudum terletak dalam Hutan Simpan Berkelah, berhampiran Bandar Gambang, di daerah Kuantan, Pahang.
  • Gunung Palas - Terletak di daerah Raub, Pahang. Gunung ini memiliki ketinggian 1,527 meter.
  • Gunung Pulang - Gunung ini memiliki ketinggian 1,063 meter.
  • Gunung Ulu Bakar - Gunung ini memiliki ketinggian 1,391 meter.
  • Gunung Irong - Gunung ini memiliki ketinggian 1,190 meter.
  • Gunung Ulu Kemapan - Terletak di kawasan Taman Negara Endau-Rompin. Gunung ini memiliki ketinggian 854 meter.
  • Gunung Bujang - Gunung ini memiliki ketinggian 1,771 meter.
  • Bukit Angus - Terletak di Kampong Bantal, Ulu Tembeling. Bukit ini memiliki ketinggian 784 meter.
  • Bukit Tujuh - Bukit Tujuh terletak didaerah Kuala Lipis, Pahang. Bukit ini memiliki ketinggian 867 meter.
  • Bukit Tapah - Terletak di Mentakab, Pahang. Bukit ini memiliki ketinggian 657 meter.
  • Bukit Chini - Bukit ini memiliki ketinggian 641 meter. Tarikan bukit ini ialah hutan simpannya dan perkuburan tersembunyi Orang Jakun.
Pemandangan Gunung Tahan, Taman Negara Pahang.

Keterangan gambar: Pemandangan Gunung Tahan yang terletak dalam Taman Negara Pahang.

Tempat peranginan tanah tinggi yang terkenal di Malaysia hampir semuanya berada di negeri Pahang. Bagi percutian bajet ke tempat sejuk seperti di luar negara, ini ialah senarai tempat percutian di Pahang yang sangat menarik untuk dikunjungi:

  • Tanah Tinggi Cameron - Lebih dikenali dengan panggilan Cameron Highland, ia adalah destinasi percutian tanah tinggi yang paling popular di Malaysia. Terdapat ladang sayur-sayuran, buah-buahan, ladang teh, bunga, herba dan bermacam-macam lagi. Banyak tempat penginapan seperti hotel, motel, asrama, apartmen dan homestay disediakan. Lihat artikel: Senarai tempat menarik di Cameron Highland untuk dilawati.
  • Genting Highland - Taman tema terkenal di Malaysia. Mempunyai berbagai permainan riang-ria yang boleh anda rasai disini. Genting Highland adalah lokasi sesuai untuk percutian keluarga, honeymoon, atau bersuka-ria bersama rakan-rakan. Maklumat lengkap boleh dibaca di artikel Genting Highland Theme Park.
  • Bukit Tinggi - Salah satu tempat menarik di Pahang yang harus dikunjungi. Bangunan-bangunan cantik bertemakan Perancis dan cuaca sejuk di sini membuat anda merasa seolah-olah berada di luar negara. Terdapat taman arnab, botanical garden dan lain-lain tempat menarik menjadikan Bukit Tinggi destinasi sesuai untuk percutian keluarga. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati Percutian menarik di Bukit Tinggi Bentong Pahang.
  • Bukit Fraser - Sebuah lagi tempat peranginan tanah tinggi yang membuatkan anda merasa seperti melancong ke luar negara. Bangunan cantik ala England, memerhati lebih 260 spesis burung, berkayuh di tasik, merentas hutan, taman flora, ladang strawberi dan macam-macam lagi aktiviti menarik untuk memenuhi percutian anda di peranginan tanah tinggi ini. Lihat artikel: Bercuti di Bukit Fraser.

Pusat peranginan popular di Pahang ini dimajukan khas untuk pelancongan. Ia sesuai untuk anda yang inginkan percutian bersama keluarga. Bagi pasangan yang baru berkahwin, anda boleh mendapatkan pakej honeymoon. Tempat peranginan tanah tinggi yang sejuk dan nyaman ini sangat sesuai untuk anda.

Bangunan menarik di Bukit Tinggi, Pahang.

Keterangan gambar: Bangunan dengan rekabentuk menarik di Pusat Peranginan Bukit Tinggi, Pahang.

Pulau percutian di Pahang

Pahang mempunyai pulau percutian cantik yang terkenal bukan saja di Malaysia tapi di dunia. Pulau Tioman adalah destinasi percutian menarik dimana pantainya berpasir halus, putih dan bersih. Air lautnya jernih menjadikan ia lokasi snorkeling yang sangat popular. Jika anda inginkan percutian yang damai mempersonakan, rancanglah percutian ke Pulau Tioman.

Lihat artikel: Bercuti di Pulau Tioman, Pahang.

Pulau Tioman, Pahang.

Keterangan gambar: Pulau Tioman adalah destinasi percutian yang tidak asing lagi bagi pelancong dalam dan luar negara.

Pantai menarik di Pahang

Pahang mempunyai banyak pantai-pantai cantik yang boleh dijadikan destinasi percutian bajet di Malaysia. Pantainya yang menghadap Laut China Selatan sentiasa menjadi tumpuan pelancong dan penduduk setempat untuk bercuti dan bersantai sambil menikmati pemandangan indah. Resort dan chalet juga banyak terdapat di kawasan berhampiran pantai khususnya pantai menarik yang menjadi tumpuan pelancong. Jika anda merancang untuk bercuti ke Pahang, berikut ialah senarai pantai menarik untuk dikunjungi mengikut daerah:

Senarai pantai menarik di Kuantan:

  • Pantai Cherating - Salah satu tempat menarik di Pahang yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Pantai yang cantik dengan pasir memutih, laut yang membiru dan pohon nyior melambai ini sentiasa menjadi tumpuan pelancong yang berkunjung ke Kuantan. Lihat artikel Percutian menarik di Cherating Pahang.
  • Pantai Teluk Cempedak - Satu lagi pantai yang cantik di Kuantan dan sangat terkenal. Ada kawasan berpasir dan ada kawasan berbatu besar. Sesuai untuk mandi dan berkelah. Sila ke halaman Pantai Teluk Cempedak, Kuantan.
  • Pantai Batu Hitam - Terletak tidak jauh dari Pantai Teluk Chempedak, terdapat batu-batu hitam dipersisiran pantai ini.
  • Pantai Sungai Ular - Pantainya landai berpasir bersih, laut membiru memberikan ketenangan dan sesuai untuk mandi dan berkelah bersama keluarga.
  • Pantai Balok - Pantai berhampiran bandar Kuantan ini menjadi lokasi popular pelancong yang bercuti di bandar ini. Berbagai aktiviti menarik ada disini. Pengunjung boleh berkhemah, mandi-manda, bermain jet ski, berkelah dan lain-lain lagi.
  • Pantai Gebeng - Pantai menarik ini terletak di Kampung Sungai Ular, Gebeng, tidak jauh dari Cherating.
  • Pantai Tanjung Gelang, Pelabuhan Kuantan.
  • Pantai Kampung Sungai Karang Pantai - Terdapat beberapa pantai menarik di Mukim Sungai Karang yang terletak di daerah Kuantan ini termasuk pantai Batu Hitam.
  • Pantai Beserah - Pantai yang terletak di kampung nelayan didalam daerah Kuantan ini memiliki pantai yang menarik dan sesuai untuk mandi.
  • Pantai Taman Gelora - Taman rekreasi di tepi pantai. Menjadi tumpuan masyarakat tempatan untuk beriadah, mandi laut dan berkelah bersama keluarga.
  • Pantai Sepat Juga dikenali dengan Tanjung Sepat adalah tempat menarik perkampungan Melayu di Kuantan, Pahang. Ia terletak lebih kurang 10 KM dari Bandar Kuantan.
Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang.

Keterangan gambar: Pantai Teluk Cempedak merupakan salah satu tempat menarik di Kuantan yang sangat terkenal.

Daerah Pekan yang bersempadan dengan Laut China Selatan juga mempunyai beberapa pantai yang cantik dan mempunyai tarikan tersendiri. Senarai pantai menarik di daerah Pekan:

  • Pantai Cheruk Paloh.
  • Pantai Kuala Pahang.
  • Pantai Batu 16.
  • Pantai Nenasi - Pantai di perkampungan nelayan di Nenasi ini istimewa dengan pemandangan perahu-perahu menarik ditambatan dan juga pasar basah yang menjual ikan segar. Ia juga destinasi popular bagi kaki pancing disekitar daerah ini. Selain itu, terdapat berbagai tarikan pelancongan lain disini seperti makanan, kebudayaan dan kemudahan penginapan.

Senarai pantai menarik di daerah Rompin:

  • Pantai Rantau Panjang.
  • Pantai Pulau Lang.
  • Pantai Kuala Pontian.
  • Pantai Janglau Pantai.
  • Pantai Kuala Tanjung Gemuk.
  • Pantai Kuala Rompin.

Air terjun menarik di Pahang

Bagi peminat taman rekreasi dan hutan lipur, Pahang juga mempunyai banyak air terjun menarik untuk dikunjungi. Anda boleh berkhemah atau menginap di chalet dan menikmati keindahan hutan lipur yang kaya dengan flora dan fauna. Berikut ialah senarai air terjun menarik di Pahang yang menjadi tumpuan pelancong dan penduduk setempat untuk berkelah dan mandi-manda:

  • Air Terjun Sungai Pandan, Kuantan - Kawasan air terjun tinggi dan menarik ini sentiasa menjadi tumpuan pengunjung yang bercuti di Pahang. Ia menjadi lokasi popular penduduk sekitar dan pelancong untuk berkelah, mandi-manda, berkhemah atau sekadar bersantai merehatkan minda.
  • Air Terjun Teladas, Maran - Suasana nyaman dan udara yang segar serta deruan air yang mengalir laju merupakan tarikan semulajadi yang mendorong pelancong kesini.
  • Air Terjun Berkelah, Maran.
  • Air Terjun Pelangi, Sg. Lembing.
  • Air Terjun Chamang, Bentong - Terletak didalam Kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Tinggi dalam daerah Bentong.
  • Air Terjun Lata Jarum, Raub.
  • Air Terjun Pulau Chekas, Raub.
  • Air Terjun Lata Meraung, Jerantut.
  • Air Terjun Bukit Bertangga, Felda Kumai, Bera.
Air terjun Chamang di daerah Bentong, Pahang.

Keterangan gambar: Air terjun Chamang yang terletak di daerah Bentong ini sentiasa menjadi tumpuan pengunjung setiap kali tiba musim cuti sekolah.

Gua menarik di Pahang

Jika anda sukakan aktiviti percutian yang agak lasak, merentas hutan dan meneroka keunikan gua, di Pahang juga terdapat gua-gua menarik yang menjadi tumpuan pelancong. Berikut adalah gua-gua menarik dengan lokasi masing-masing:

  • Gua Kota Gelanggi, Jerantut.
  • Gua Gunung Senyum, Temerloh
  • Gua Charah, Kuantan - Salah satu tempat menarik di Kuantan untuk dilawati oleh pelancong alam semulajadi yang gemar meneroka keunikan gua.
  • Gua Bama, Kuala Lipis.
  • Gua Kechil, Raub.

Tasik menarik di Pahang

Terdapat dua buah tasik yang menarik di Pahang. Tasik-tasik ini merupakan tasik air tawar semulajadi yang terbesar di Malaysia. Jangan lupa untuk singgah menikmati keindahannya jika bercuti ke Pahang.

  • Tasik Bera - Tasik air tawar semulajadi terbesar di Malaysia. Ia dikelilingi hutan paya gambut, hutan paya air tawar dan hutan tanah pamah. Terdapat pelbagai jenis hidupan seperti berbagai spesis ikan air tawar, kura-kura, katak, berbagai spesis burung dan mamalia boleh ditemui disini.
  • Tasik Chini - Tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia. Salah satu dari tempat menarik di Pahang yang tidak boleh dilepaskan. Terdapat kemudahan chalet untuk penginapan disediakan. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini ialah memancing, berkayak, menaiki bot meneroka kawasan tasik, jungle tracking, berkhemah dan lain-lain lagi.

Tempat menarik lain di Pahang

Masih belum puas melawat tempat menarik di Pahang? Terdapat beberapa tempat menarik lain yang boleh dijadikan pilihan lokasi percutian anda ke Pahang seperti:

  • Pusat Perlindungan Hidupan Liar Krau - Terletak di Kuala Gandah, Taman Negara. Terdapat Pusat Pemuliharaan Gajah Negara yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.
  • Bangunan lama Ibu Pejabat Polis Daerah Raub - Balai polis lama yang dijadikan pusat pelancongan.
  • Istana Leban Tunggal - Istana yang dibina pada tahun 1935 ini diperbuat daripada separuh batu dan separuh kayu. Struktur senibina yang unik menjadi tarikan pelancong yang berkunjung ke Pekan. Istana ini kini dijadikan sebagai Perpustakaan Daerah Pekan.
  • Masjid Sultan Abdullah - Masjid yang dibina pada tahun 1929 ini mempunyai seni rekabentuk yang unik dan menarik. Ia terletak di Pekan dan kini dijadikan Pusat Dakwah dan Perpustakaan Islam Negeri Pahang.
  • Taman Tasik Sultan Abu Bakar - Terletak di pinggir bandar Pekan, taman tasik ini mempunyai resort dan chalet menarik untuk pengunjung yang ingin bercuti di Pekan.
  • Jeram Busu.
  • Empang Jaleh, Kuala Lipis.
  • Lombong emas Penjom.

Makanan tradisi di Pahang

Salah satu aktiviti menarik semasa percutian ialah merasai makanan tradisi ditempat tersebut. Antara makanan tradisi yang terdapat di negeri Pahang ialah:

  • Gulai ikan Patin - Sangat terkenal dan boleh didapati di daerah Temerloh, Jerantut dan Kuala Lipis. Ikan Patin biasanya dimasak asam tempoyak atau gulai lemak asam tempoyak.
  • Opor daging - Masakan tradisional ini biasa dihidangkan sewaktu majlis keraian atau kenduri.
  • Lemang, ketupat dan rendang.
  • Kuih Apam Baghdad.
  • Keropok lekor, keropok kering dan keropok tradisional lain.
  • Laksa Pahang.

Kebudayaan di Pahang

Antara kebudayaan yang terdapat di negeri Pahang ialah:

  • Tarian Gamelan - Tarian istana yang dipersembahkan ketika majlis pertabalan, majlis ulangtahun, majlis perkahwinan dan lain-lain dengan diiringi muzik tradisional.
  • Tarian Zapin - Tarian ini dipercayai berasal dari Tanah Arab. Rentaknya cepat dan biasa dipersembahkan ketika majlis keramaian dan majlis perkahwinan.

Homestay di Pahang

Anda boleh mengikuti program homestay yang disediakan jika ingin menyaksikan kebudayaan dan adat-resam masyarakat Pahang secara langsung. Ia pasti memberikan pengalaman baru dan keseronokan percutian yang berbeza. Antara program homestay yang terdapat di negeri Pahang ialah:

  • Homestay Desa Murni, Temerloh - Hubungi En. Khairul Hakimin Bin Dato’ Haji Sahariman, 019-2243805.
  • Homestay Kampung Baru Salong, Pekan - Hubungi Jamli bin Embong, 019-9161402.
  • Homestay Rumpun Makmur, Kuala Krau - Hubungi En. Mohd Nizam bin Haji Mat Tapar, 017-9622944.
  • Homestay Jengka 25 - Hubungi En. Mohd Saiful bin Salwey, 019-7567653.
  • Homestay Kampung Leban Chondong - Hubungi En. Mohd Nor bin Awang Sulong, 019-9772869.
  • Homestay Kampung Taman Sedia, Cameron Highland - Hubungi En. Mohd Shamzan bin Mohd Idris, 016-9720699.
  • Homestay Pantai Sepat 2, Kuantan - Hubungi Puan Fatimah binti Tahir, 013-9327930.
  • Homestay Kg. Janda Baik, Bentong - Hubungi En.Mohd Arris bin Abdul Manaf, 019-9889830.
  • Homestay Sri Makmur, Kuantan - Hubungi Puan Siti Rahmah binti Ali, 019-9255947.
  • Homestay Kuala Medang, Kuala Lipis - Hubungi Tn Hj Mohd Razaki bin Abd Razak, 013-9610800.
  • Homestay Sungai Pasu, Raub - Hubungi Puan Sumi Binti Ngah Dimi, 019 314 2558.
  • Homestay Sungai Lembing, Kuantan - Hubungi Pn. Rahayati binti Ismail, 013-9443975.
  • Homestay Gali Hilir, Raub - Hubungi Puan Hajah Fatimah Binti Awang Ngah, 019-9624262.
  • Homestay Felda Mempaga Satu, Bentong - Hubungi Puan Zainon Binti Hashim, 013-968 7566.
  • Homestay Kg. Peruas, Raub - Hubungi En.Amran Bin Hussin, 019-944 2660.
  • Homestay Kampung Labu, Jerantut - Hubungi En. Abd Zakhir Bin Abdullah Sani, 013-9316363.

Untuk melihat potongan harga hotel dan resort di Pahang, anda boleh menyemak serta menempah bilik penginapan terus melalui atas talian di BOOKING.COM.

Setakat ini dahulu yang dapat kami senaraikan tempat menarik di Pahang yang boleh dikunjungi dan aktiviti pelancongan yang boleh dilakukan semasa percutian di Pahang. Kami akan sentiasa mengemaskini dan menambahbaik halaman ini dari semasa ke semasa. Jika anda ingin berkongsi pengalaman bercuti di Pahang atau menambah tempat menarik lain yang terdapat di Pahang, sila komen dibawah.

Lihat semua tempat menarik disetiap negeri: Tempat Menarik.

Lokasi