Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands

Bagi pelancong yang bercuti di Cameron Highlands, Taman Agroteknologi MARDI adalah destinasi menarik yang mesti dikunjungi. Lokasinya ialah di Tanah Rata. Selain berfungsi sebagai pusat penyelidikan, ia turut menyediakan berbagai tarikan seperti taman bunga beraneka jenis, ladang teh, strawberi dan lain-lain bagi menggamit pengunjung. Ia turut menawarkan aktiviti pelancongan seperti jungle trekking, lawatan kilang pemprosesan dan penyelidikan. Kawasannya sangat luas iaitu sekitar 42 hektar yang merangkumi bangunan pusat penyelidikan, pusat informasi, taman herba, taman orkid, taman ros dan English Garden.

Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands

Lokasi

Taman Agroteknologi MARDI terletak di pinggir pekan Tanah Rata. Lokasinya agak ke dalam sedikit dikelilingi kawasan berbukit. Pengunjung boleh rujuk GPS, Waze atau Google Maps app untuk terus ke sana.

Alamat:
Agro Technology Park MARDI Cameron Highlands
39007 Tanah Rata
Pahang

Hubungi:
Tel. : 605 - 491 1255, 605 - 491 5945
Fax : 605 - 491 2170

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk.
Dewasa : RM5
Kumpulan Dewasa : RM120/bas
Pelajar : RM2
Kumpulan Pelajar : RM60/bas
Warga Emas (Atas 60 tahun) : RM2
Bawah 6 Tahun / Kurang Upaya (OKU) : Percuma

Waktu melawat:
Rabu hingga Isnin : 8.00 am - 5.00 pm
Selasa : Tutup
Cuti Sekolah dan Cuti Umum (Tutup pada cuti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha) : 8.00 am - 5.00 pm

Apa yang menarik?

Taman Agroteknologi MARDI cukup istimewa kerana disini terdapat segala tarikan yang ada di Cameron Highlands. Bagi yang ingin membawa keluarga, pelajar sekolah atau ejen pelancongan, destinasi ini cukup sesuai dijadikan pilihan lokasi lawatan. Berikut adalah antara tarikan pelancongan yang ada.

English Garden

Tempat pertama yang akan anda jumpa apabila masuk ke Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands ialah English Garden. Kawasan ini mempunyai landscape yang sangat menarik. Terdapat pelbagai jenis pokok-pokok bunga ditanam diatas tanah. Selain itu, sebuah kolam ikan dengan dengan water fountain dibina ditengah taman serta sebuah Windmill yang diperbuat dari kayu menambah keunikan taman ini.

English Garden

Taman Bunga

Disini terdapat taman bunga beraneka jenis yang cukup menarik. Ia direka dengan cantik, dihiasi bunga berbagai warna yang ditanam diatas tanah, digantung didalam pasu dan menjalar dibumbung. Kerusi rehat disediakan dikawasan taman untuk pengunjung berehat sambil menikmati pemandangan landscape yang indah sambil menghirup udara segar. Ianya pasti menenangkan fikiran sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini.

Taman Bunga

Taman bunga ini terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

  • Taman Bunga Berpasu - Berbagai jenis pokok-pokok bunga ditanam didalam pasu. Pengunjung boleh membeli pokok bunga dan baja disini.
  • Taman Ros - Mempunyai lebih 40 jenis ros.
  • Taman Anggur - Taman ini biasanya berkunci. Pengunjung cuma boleh memerhati dari luar.
  • Taman Dapur
  • Taman Tomato
  • Ladang Chrysanthemum

Ladang Contoh Tanaman Strawberi

Di Ladang Contoh Tanaman Strawberi pengunjung dapat melawat ladang yang agak luas di mana strawberi ditanam didalam beg besar yang disusun diatas rak 3 tingkat. Disini juga terdapat cafe dimana pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis makanan berasaskan strawberi seperti aiskrim, dadih, jem dan lain-lain.

Ladang strawberi

Ladang Teh dan Kilang Teh

Pengunjung yang pertama kali datang ke sini pasti terpesona melihat ladang teh yang terletak diatas bukit yang menjadi backdrop Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands. Selain melihat sendiri bagaimana rupa pokok teh, pengunjung juga boleh melawat kilang teh yang terletak di kaki bukit dan mempelajari bagaimana teh di proses.

Ladang Teh

Taman Orkid

Taman Orkid mempunyai pelbagai jenis orkid yang ditanam didalam pasu ditanah dan digantung. Selain orkid, terdapat juga pokok periuk kera dan berbagai jenis paku-pakis.

Taman Orkid

Taman Arnab

Taman Arnab ini sederhana luasnya. Terdapat agak banyak arnab pelbagai jenis. Bagi anda yang membawa keluarga, mungkin ia idea yang baik untuk memberi anak anda peluang bermain dengan arnab. Cuma sebagai peringatan, anak kecil mungkin takut dikerumuni arnab yang agak jinak. Bayaran masuk dikenakan dan makanan arnab diberikan.

Taman Arnab

Taman Rama-Rama

Taman Rama-rama terletak bersebelahan Taman Arnab. Tidak banyak rama-rama berkeliaran tetapi landscape di taman ini cukup menakjubkan. Masuk percuma.

Taman Rama-Rama

Aktiviti menarik

Beberapa aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung Taman Agroteknologi MARDI di Cameron Highlands ini. Walau bagaimanapun, sesetengah aktiviti seperti pakej lawatan perlu membuat permohonan rasmi kepada pihak pengurusan terlebih dahulu.

Jungle Trekking

Pakej Jungle Trekking ini akan membawa pengunjung menyusuri kawasan denai dan bukit disekitar kawasan Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands. Bagi pengunjung yang berminat, anda juga boleh merasai pengalaman mendaki Gunung Berembun yang terkenal disini.

Demonstrasi amalan dan aktiviti Hortikultur

Demonstrasi penyelidikan pengeluaran baja organik yang diproses dari chrysanthemum atau bunga kekwa. Pengunjung akan dibawa melawat sebuah kilang kecil untuk teknologi pengujian produk strawberi. Pelawat dibenarkan mencuba sendiri untuk belajar dan merasai pengalaman pemprosesan makanan berasaskan strawberi.

Pakej lawatan Plant Diagnosis

Di makmal Plant Diagnostic, pelanggan disediakan perkhidmatan teknikal mengenai masalah ladang yang berkaitan dengan perosak, penyakit, gangguan tanah dan fisiologi.

Tempat penginapan

Taman Agroteknologi MARDI boleh dijadikan pilihan lokasi percutian di Cameron Highlands. Ia adalah satu tempat yang luas, cantik, berbagai kemudahan disediakan dan menawarkan penginapan yang selesa. Anda boleh memilih dua jenis penginapan iaitu English Cottage yang exclusive atau Apartment yang lebih murah.

English Cottage

English Cottage terletak bersebelahan dengan English Garden. Tetamu yang menginap disini dapat menikmati pemandangan panorama indah bagaikan di England. Terdapat dua unit Cottage iaitu Cottage A yang mempunyai 3 bilik tidur dan Cottage B yang mempunyai 2 bilik tidur. Kedua-dua Cottage ini mempunyai ruang tamu dan ruang makan yang cantik lagi selesa.

Harga:
Cottage A = RM300 Ahad - Khamis, RM350 Jumaat - Sabtu, RM400 cuti umum.
Cottage B = RM250 Ahad - Khamis, RM300 Jumaat - Sabtu, RM350 cuti umum.

English Cottage

Apartments

Terdapat 6 unit Apartments yang terletak diatas bukit yang dikelilingi kehijauan ladang teh. Setiap unit apartment mempunyai 3 bilik tidur.

Harga:
Apartment 3 bilik = RM200 Ahad - Khamis, RM250 Jumaat - Sabtu, RM250 cuti umum.

Untuk tempahan, anda boleh hubungi nombor telefon Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands seperti yang tertera diatas.

Disclaimer: Sebarang perubahan harga adalah dibawah kuasa pihak Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands. Percutianbajet tidak bertanggungjawab atas apa jua kerugian anda.

Kemudahan dan fasiliti

Bagi pengunjung harian, beberapa kemudahan disediakan selain kemudahan asas seperti tandas dan surau.

Pusat Informasi

Pengunjung boleh mendapatkan maklumat mengenai Taman Agroteknologi MARDI disini. Terdapat juga pameran mengenai teknologi terkini dan penerbitan MARDI yang tersedia untuk dijual. Disini juga terletak kaunter tiket untuk pelawat.

Kafe

Jika letih berjalan di sekitar taman, kafe tersedia untuk pengunjung berehat sambil menikmati snek dan menghilangkan dahaga dengan Teh Cameron Highlands, jus strawberi atau teh berperisa.

Kafe

Pusat Jualan

Pusat jualan menyediakan produk keluaran MARDI dan juga produk dari agensi pertanian yang berkaitan, ladang setempat dan produk olahan dari usahawan tempatan. Pokok-pokok bunga pasu, buah-buahan dan sayuran juga dijual.

Baja untuk dijual

Kesimpulan

Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands adalah lokasi paling sesuai dikunjungi bagi yang merancang percutian singkat atau percutian bajet. Ia mempunyai semua tarikan yang ada di Cameron Highlands. Kawasannya luas dan selesa dimana anda tidak perlu bersesak dengan ramai orang seperti di sesetengah lokasi pelancongan. Kos yang diperlukan juga tidak banyak. Pengunjung cuma perlu membayar harga tiket masuk yang murah. Kesimpulannya, ia adalah lokasi percutian bajet 5 bintang.

Artikel berkaitan

Anda mungkin berminat untuk melawat Pasar pagi Kea Farm Cameron Highlands.

Pertama kali ke Cameron? Lihat panduan bercuti di Cameron Highlands.

Lihat semua tempat menarik di Cameron Highland yang mesti dilawati.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.