Tempat menarik di Kuantan untuk dilawati

Kuantan adalah destinasi pelancongan yang semakin popular. Kedudukannya ditepi laut dan adanya beberapa kawasan pantai yang cantik mencadi faktor utama yang menarik pelancong ke mari. Kuantan sesuai untuk dijadikan destinasi percutian bagi keluarga. Terdapat beberapa lokasi yang sangat menarik untuk dikunjungi. Kali ini Percutian Bajet menyediakan senarai tempat menarik di Kuantan untuk anda lawati sempena cuti sekolah yang baru bermula.

Nota: Untuk melihat tempat menarik lain yang ada di negeri Pahang, sila lawati halaman Senarai tempat menarik di Pahang untuk dilawati.

Pantai Cherating

Pantai Cherating adalah salah satu tempat menarik di Kuantan yang sangat terkenal. Pantainya yang cantik dan bersih dan kemudahan penginapan sesuai dijadikan lokasi percutian bersama keluarga. Pelbagai kemudahan asas juga ada disini. Selain dari mandi pantai, anda juga boleh mengunjungi Pusat Penerangan Dan Santuari Penyu dimana anda boleh melihat penyu secara lebih dekat. Anda boleh melihat tempat khas penyu menetas dan anak penyu yang baru menetas. Jika berpeluang anda juga boleh merasai pengalaman melepas penyu ke laut dengan bayaran RM5 bagi seekor anak penyu.

Pantai Cherating Kuantan.

Melihat kelip-kelip di Sungai Cherating

Antara tarikan lain yang ada di Kuantan ialah melihat kelip-kelip di Sungai Cherating. Aktiviti menarik ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari pelancong dalam dan luar negara. Anda boleh pergi bersama keluarga atau rakan-rakan secara berkumpulan. Harga yang dikenakan ialah RM53 untuk sebuah bot. Satu bot hanya khas untuk 4 orang sahaja. Waktu aktiviti bermula dari jam 7.45 petang sehingga 10.30 malam. Kepada pengunjung semua, anda dilarang untuk menangkap kelik-kelip. Untuk memudahkan urusan pembelian tiket, pengunjung dinasihatkan supaya datang lebih awal.

Melihat kelip-kelip di Kuantan.

Pantai Balok

Jika anda bercuti ke Kuantan jangan lupa singgah di Pantai Balok. Ia terletak di sebelah utara Kuantan. Pantai ini sering dijadikan lokasi untuk perkhemahan, kem motivasi dan sesuai untuk keluarga datang berkelah. Terdapat pelbagai kemudahan lengkap disediakan disini. Antaranya ialah gerai makanan, tandas, surau, bilik persalinan, bilik mandi dan tapak perkhemahan. Bagi mereka yang tidak mahu bermalam dalam khemah, anda boleh sewa hotel dan chalet yang berdekatan dengan Pantai Balok. Antara hotel yang terkenal ialah De Rhu Beach Resort.

Selain dari aktiviti mandi pantai dan BBQ, disini disediakan taman permainan untuk kanak-kanak. Anda boleh berehat sambil melihat reaksi anak-anak bermain. Turut disediakan pondok-pondok kecil untuk berehat sambil menikmati udara segar.

Alamat:
Pantai Balok
26080 Kuantan,
Pahang.

Pantai Balok Kuantan.

Pantai Batu Hitam

Pantai Batu Hitam adalah satu lagi tempat menarik di Kuantan yang boleh dikunjungi jika anda ingin bercuti ditepi laut. Nama Pantai Batu Hitam berasal dari batu-batu yang ada disekitar kawasan pantai ini yang berwarna hitam. Kepada pengujung yang mahu menikmati panorama indah, anda boleh melihat dari atas menara yang disediakan. Aktiviti petang yang sering dilakukan disini ialah bermain layang-layang ditepi pantai. Pasti menghiburkan terutamanya kanak-kanak. Disini juga terdapat gerai-gerai kecil yang menjual makanan. Anda boleh bersantai dan menjamu selera sambil dihembus angin pantai.

Alamat:
Jalan Beserah
Kg Bukit Gelugor
Kuantan, Pahang.

Pantai Batu Hitam Kuantan.

Petrosains PlaySmart Kuantan

Petrosains PlaySmart Kuantan ditubuhkan untuk memberi pendedahan berkaitan ilmu sains kepada orang-ramai. Terdapat pelbagai aktiviti dan permainan menarik yang sesuai dengan dunia sains ada disini. Masuk adalah percuma. Petrosains Kuantan adalah lokasi menarik untuk membawa anak-anak melawat semasa cuti persekolahan. Ia adalah pendedahan yang baik bagi menarik minat mereka pada sains.

Petrosains PlaySmart Kuantan dibuka pada hujung minggu dari jam 9 pagi sehingga 5 petang. Ia akan ditutup sebentar pada waktu tengahari untuk rehat. Kepada anda yang merancang untuk membawa anak-anak bercuti ke Pahang, Petrosains ini adalah tempat menarik di Kuantan yang boleh anda singgah.

Alamat:
Petrosains Playsmart Kuantan
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan, Pahang.

Taman Tasik Bandar Kuantan

Jika anda berada di sekitar Kuantan jangan lupa melawat Taman Tasik Bandar Kuantan. Ia adalah tempat riadah yang sangat cantik. Kawasan yang dikelilingi dengan pohon-pohon hijau pasti dapat memberikan ketenangan kepada anda. Disini juga terdapat aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama keluarga antaranya aktiviti kayak. Dikenakan bayaran RM12 bagi dua orang dan RM8 untuk seorang. Selain itu, di Taman Tasik Bandar Kuantan juga ada track untuk jogging.

Taman Tasik Bandar Kuantan sesuai dikunjungi kerana lokasinya yang strategik. Kepada mereka yang suka bergambar, disini adalah tempat yang sesuai. Banyak lokasi menarik untuk anda bergaya. Selain itu, terdapat taman permainan khas untuk kanak-kanak dan juga gerai makanan. Setelah penat beriadah, anda boleh menikmati makanan dan minuman yang dijual disini. Antara kemudahan yang disediakan disini ialah tandas awam, tempat letak kereta dan surau.

Taman Tasik Bandar Kuantan.

Kuantan adalah destinasi percutian yang menarik. Terdapat berbagai jenis pelancongan dan aktiviti yang boleh dilakukan. Semoga dengan senarai tempat menarik di Kuantan yang dikongsikan diatas, anda boleh merancang lokasi sesuai untuk dilawati semasa bercuti nanti. Dan jangan lupa kongsikan pengalaman anda melawat destinasi menarik dibahagian komen dibawah. Selamat bercuti!

Add new comment