Asas pelancongan

Halaman ini mengandungi maklumat asas pelancongan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang menyokong pertumbuhan industri pelancongan. Ia sekadar maklumat tambahan bagi pengunjung yang berminat menambah pengetahuan tentang pelancongan.

Asas pelancongan

Asas pelancongan ialah perkhidmatan kepada pelancong untuk keselesaan dan keberkesanan industri pelancongan. Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut ialah:

Pengangkutan

  1. Jalanraya.
  2. Udara.
  3. Air.
  4. Landasan.

Tarikan iaitu faktor-faktor yang menarik pelancong mengunjungi sesuatu tempat.

  1. Alam semulajadi.
  2. Kebudayaan
    • Sejarah.
    • Budaya.
    • Senibina.

Tarikan pelancongan di Malaysia ialah:

  1. Kebudayaan.
  2. Sejarah dan warisan.
  3. Pantai dan pulau.
  4. Tanah tinggi.
  5. Taman negara.
  6. Pelancongan membeli-belah.
  7. Sukan dan rekreasi.
  8. MICE - Meetings, Incentives, Conventions dan Exhibitions yang bermaksud Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran.
  9. Taman tema.
  10. Festival - Sambutan hari kebesaran negara dan perayaan-perayaan..

Perkhidmatan

  1. Penginapan.
  2. Makanan.

Maklumat/promosi

  1. Aktiviti menarik.
  2. Kos pengangkutan.
  3. Bahasa dan budaya setempat.

Konsep pelancongan

Ada dua konsep pelancongan iaitu:

  1. Pelancongan konvensional/massa.
  2. Pelancongan alternatif.

Eko-pelancongan

Eko-pelancongan ialah lawatan terhadap alam sekitar untuk menikmati dan mempelajari sifat-sifat semulajadi. Ini termasuk hutan yang masih belum tercemar serta kaya dengan flora dan fauna, tasik semulajadi, bukit dan gunung serta lain-lain.

Salah satu kebaikan eko-pelancongan ialah ia dapat menggalakkan pemuliharaan alam sekitar.

Kesan positif lain ialah membolehkan penglibatan masyarakat tempatan dalam aktiviti sosio-ekonomi. Ia dapat meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan masyarakat setempat melalui:

  1. Pemandu pelancong.
  2. Menjual kraftangan.
  3. Menjual pakaian.
  4. Penginapan.
  5. Makanan.

Meningkatkan kemudahan infrastruktur dan komunikasi setempat.

  1. Jalanraya.
  2. Elektrik dan air.
  3. Telekomunikasi.
  4. Pengangkutan awam.

Pelancongan luar bandar

Pelancongan luar bandar melibatkan berbagai aktiviti pelancongan seperti:

  1. Merentas, mendaki, menunggang.
  2. Pengembaraan.
  3. Sukan dan kesihatan.
  4. Seni dan budaya.
  5. Aktiviti darat dan air.

Homestay - Pelancong tinggal bersama penduduk dan mengalami aktiviti harian penduduk seperti perkahwinan, perubatan tradisional dan adat-resam serta budaya masyarakat.

Setakat ini dahulu maklumat ringkas asas pelancongan yang dapat kami sediakan untuk pengunjung. Kami akan sentiasa mengemaskini dan menambahbaik maklumat asas pelancongan di halaman ini agar berguna dan membantu dalam apa jua yang ingin anda lakukan.

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA