Iklan anda belum disiarkan?

Iklan yang dihantar ke percutianbajet.com hanya akan ditapis dan disiarkan pada waktu bekerja iaitu pukul 9 pagi hingga 5 petang, hari isnin hingga jumaat. Jika iklan dihantar selepas waktu bekerja, iklan anda akan disiarkan keesokkan harinya. Jika pada hari dan waktu bekerja, selalunya iklan akan disiarkan kurang dari 3 jam selepas anda menghantar iklan. Jika iklan anda tidak disiarkan dan mengambil masa lebih dari 3 jam, ianya samada kami mengambil sedikit masa untuk memeriksa iklan anda ataupun iklan anda tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Jika iklan anda tidak disiarkan melebihi 24 jam, sila semak emel akaun yang digunakan semasa mendaftar dengan percutianbajet.com. Jika terdapat kes iklan yang melanggar peraturan Percutian Bajet, kami akan memaklumkan sebab serta alasan kenapa dan bagaimana untuk membetulkannya.

Kadangkala jika pengguna baru terlupa untuk membuat 'pengesahan iklan' melalui emel yang dihantar, iklan tersebut akan dipadamkan. Dalam kes sebegini, anda perlu menghantar semula iklan baru dan jangan lupa untuk membuat pengesahan. Jika masih menghadapi masalah, sila hubungi kami dengan menggunakan perkhidmatan Hubungi kami di menu utama dan nyatakan masalah anda untuk kami bantu.