Iklan penaja

Iklan penaja adalah iklan istimewa seperti artikel ulasan dan juga banner diruang tertentu dilaman web percutianbajet.com. Terdapat berbagai pakej disediakan. Jika anda ingin mempromosikan pakej percutian atau perkhidmatan pelancongan anda dihalaman tertentu yang bersesuaian dengan anda, kami turut menyediakan perkhidmatan tersebut.

Perhatian: Iklan PERCUMA pakej percutian dan perkhidmatan pelancongan (dipaparkan di halaman Percutian) disediakan tanpa apa-apa syarat dan tiada sebarang komisyen dikenakan. Malah anda tidak perlu mendaftar untuk menghantar iklan. Untuk maklumat lanjut sila lawati halaman Panduan.

Kenapa perlu beriklan di Percutian Bajet

Laman web Percutian Bajet adalah antara laman web percutian berbahasa melayu yang paling popular di Malaysia. Kunjungan pelawat setiap hari adalah diantara 6.5K sehingga 9.5K dan semakin meningkat naik. Sila rujuk graf yang dipaparkan dibawah sebagai bukti.

Statistik pelawat seminggu

Berikut merupakan graf statistik pelawat untuk 7 hari.

Statistik pelawat untuk 7 hari terkini.

Keterangan gambar: Graf harian statistik pelawat untuk 7 hari.

Statistik pelawat sebulan

Berikut merupakan graf statistik pelawat untuk 30 hari.

Statistik pelawat untuk sebulan.

Keterangan gambar: Graf harian statistik pelawat untuk sebulan.

Statistik pelawat 30 hari

Berikut merupakan statistik pelawat harian untuk 30 hari. Klik gambar untuk melihat saiz yang lebih besar.

Statistik pelawat harian untuk 30 hari.

Keterangan gambar: Statistik pelawat harian untuk 30 hari.

Total page views pada 30 hari terkini setakat bulan November ialah 227,630 dan 147,517 unique visits. Laman web Percutian Bajet juga adalah "mobile friendly" dimana lebih 47 peratus pelawat datang dari mobile phone. Pengiklanan di Percutian Bajet sudah pasti memberi impak yang besar pada perniagaan anda.

Selain itu, Percutian Bajet turut memiliki laman media sosial yang digunakan untuk tujuan promosi.

  1. Facebook page.
  2. Instagram.
  3. Twitter.

Iklan Slideshow di halaman utama

Laman web percutianbajet.com menawarkan ruang iklan penaja di halaman utama untuk mana-mana syarikat yang menjalankan perkhidmatan pelancongan bagi mempromosikan perkhidmatan dan perniagaan mereka. Iklan berupa gambar berserta teks akan diletakkan dibahagian 'slideshow' dihalaman utama dan pautan (link) ke laman web penaja.

Iklan penaja adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan. Slideshow adalah tidak menurut turutan (random). Tempoh masa slideshow sebelum bertukar ialah 10 saat. Pakej iklan penaja untuk slideshow hanya RM30 sebulan.

Nota: Pakej ini sudah ditutup.

Iklan banner

Selain itu, pakej iklan dihalaman lain juga disediakan mengikut permintaan. Sebagai contoh, kami menyediakan artikel tempat menarik untuk percutian diseluruh negeri di Malaysia. Kami boleh menyediakan ruang iklan banner untuk anda dihalaman pilihan anda. Banner akan diletakkan ditempat yang paling sesuai untuk mendapat perhatian pengunjung. Harga ruang iklan ini untuk sebulan adalah bergantung pada hits page yang diminta pada bulan sebelumnya. Pengiraan berdasarkan CPM (Cost per thousand impressions) iaitu RM4.20 untuk 1,000 impressions. Harga banner ialah RM4.20 x jumlah Page Views dalam sebulan. Lihat contoh dibawah agar lebih jelas:

Contoh pengiraan:
Total page views = 10,000
Harga banner = RM4.20 x 10 = RM42 sebulan.

Penaja perlu membayar terlebih dahulu sebelum banner iklan dipasang.

Iklan pautan dalam artikel

Kami juga menyediakan iklan pautan (link) didalam artikel. Jika anda ingin mengiklan perkhidmatan homestay, kereta sewa, restoran dan lain-lain didalam artikel popular pilihan anda di laman web percutianbajet.com, anda boleh hubungi kami. Harga ruang iklan ini untuk sebulan adalah bergantung pada hits page yang diminta pada bulan sebelumnya. Pengiraan berdasarkan CPM (Cost per thousand impressions) iaitu RM4.20 untuk 1,000 impressions. Harga banner ialah RM4.20 x jumlah Page Views dalam sebulan. Lihat contoh dibawah agar lebih jelas:

Contoh pengiraan:
Total page views = 10,000
Harga banner = RM4.20 x 10 = RM42 sebulan.

Penaja perlu membayar terlebih dahulu sebelum banner iklan dipasang.

Iklan artikel ulasan

Kami juga menawarkan iklan berbentuk artikel ulasan atau review. Anda boleh menjemput kami melawat tempat anda atau menghantar maklumat dan gambar untuk kami siarkan. Iklan review akan disiarkan selama-lamanya.

  1. Ulasan untuk penginapan - Hotel, resort, chalet, homestay dan lain-lain. Harga review adalah RM200.
  2. Ulasan pakej percutian - Apa saja pakej percutian yang anda tawarkan. Harga review adalah RM200.
  3. Ulasan makanan - Restoran, gerai atau katering. Harga review adalah RM200.
  4. Ulasan aktiviti percutian - Snorkeling, white water rafting dan lain-lain. Harga review adalah RM200.

Ulasan yang baik akan membantu sesuatu perniagaan atau produk untuk lebih dikenali. Ia juga mampu menaikkan reputasi perniagaan tersebut. Malah artikel ulasan juga akan sentiasa menjadi rujukan orang-ramai. Walau bagaimanapun, untuk menghasilkan satu ulasan yang baik memerlukan banyak maklumat dan masa. Oleh yang demikian, tidak semua permohonan dapat dilakukan. Faktor seperti kurangnya maklumat, tiada kelapangan masa dan lain-lain mungkin menyebabkan permohonan anda ditolak.

Iklan banner di Sidebar

Jika anda ingin mengiklan perkhidmatan homestay, kereta sewa, restoran dan lain-lain dibahagian sidebar laman web percutianbajet.com, anda boleh hubungi kami. Harga ruang iklan ini untuk sebulan adalah bergantung pada jumlah hits pada bulan sebelumnya. Pengiraan berdasarkan CPM (Cost per thousand impressions) iaitu RM4.20 untuk 1,000 impressions. Harga banner ialah RM4.20 x jumlah Page Views dalam sebulan. Lihat contoh dibawah agar lebih jelas:

Contoh pengiraan berdasarkan graf diatas:
Total page views = 227,630
Harga banner = RM4.20 x 227.630 = RM956 sebulan

Penaja perlu membayar terlebih dahulu sebelum banner iklan dipasang. Syarat-syarat:

  1. Saiz banner tidak melebihi 300x250.
  2. Iklan bergambar atau tulisan sahaja. Flash dan animasi tidak dibenarkan.
  3. Iklan akan dipaparkan di semua halaman yang mempunyai sidebar.

Harga CPM yang ditawarkan oleh Percutian Bajet ialah USD1 bersamaan dengan tukaran ke RM terkini. Ia adalah rendah berbanding harga average untuk travel site iaitu USD2.62. Rujuk monetizepros.com. Percutian Bajet akan menggunakan data dari Google Analytic sebagai rujukan. Maklumat berkaitan akan diberi kepada pihak penaja dalam tempoh seminggu setelah tamat tempoh iklan.

Nota: Terima kasih kerana menyokong kami. Percutian Bajet tidak membuat pakej percutian atau menjual pakej percutian. Laman web ini hanya membantu pengusaha produk pelancongan dan agensi pelancongan mempromosikan produk mereka. Iklan penaja adalah bagi tujuan membantu menampung kos selenggara laman web yang semakin tinggi. Apapun, kami sedia berbincang tentang harga iklan atau lain-lain perkara yang ingin dibangkitkan. Sekiranya anda ada pertanyaan mengenai iklan penaja ini, anda boleh menghubungi kami untuk bantuan di Hubungi kami.