Iklan percuma atau berbayar?

Memang tidak ada bayaran atau kos tersembunyi. Kami bukan seperti syarikat telekomunikasi. Anda boleh menghantar seberapa banyak iklan yang anda mahu tanpa risau. Kami juga tidak mengambil sebarang komisyen dari iklan percutian anda.

Laman web percutianbajet.com adalah inisiatif kami untuk mengumpulkan maklumat perkhidmatan pelancongan yang ada di seluruh Malaysia sebagai rujukan orang-ramai yang ingin merancang percutian mereka. Matlamat kami ialah membantu menyokong industri pelancongan di Malaysia dengan menyediakan maklumat tempat-tempat menarik, iklan berbagai kategori pakej percutian dan juga iklan percutian bajet dimana berbagai kategori perkhidmatan pelancongan boleh ditemui dengan satu harapan, agar semua orang boleh pergi bercuti dan melancong. Kesan positif yang diharapkan ialah dengan membangunnya sektor pelancongan, ianya dapat membangunkan ekonomi penduduk setempat dan memberi kesedaran kepada masyarakat akan pentingnya menjaga alam semulajadi serta memulihara adat resam dan budaya yang kita ada.

Jadi kesimpulannya, iklan adalah percuma. Walaubagaimanapun, kami menyediakan ruang iklan penaja bagi tujuan menampung kos laman web percutianbajet.com. Jika anda ingin membantu, sila baca artikel sepenuhnya di Iklan penaja untuk maklumat lanjut.

Terima kasih kerana menggunakan percutianbajet.com.