Kategori pakej percutian

Kami ingin menjadikan percutian anda bermakna dan indah. Kami mahu anda pergi melancong dengan mudah. Di percutianbajet.com, kami menawarkan iklan Pakej Percutian dari berbagai agensi pelancongan yang pertama di Malaysia untuk anda. Dengan pakej percutian, anda tidak perlu bersusah payah merancang aktiviti percutian. Pilih sahaja anda hendak bercuti dimana dan dapatkan pakej yang menarik hati anda.

Kategori pakej percutian yang terdapat di percutianbajet.com ialah:

  • Pakej honeymoon - Pakej honeymoon atau pakej bulan madu pengantin baru atau suami isteri kemana sahaja.
  • Pakej keluarga - Pakej untuk percutian bersama keluarga.
  • Pakej Langkawi - Berbagai jenis pakej ke Pulau Langkawi.
  • Pakej murah - Pakej percutian murah kemana saja destinasi pelancongan menarik.
  • Pakej pendidikan - Pakej untuk universiti, kolej atau sekolah samada pakej percutian, pakej lawatan sambil belajar, kem motivasi, kem bina semangat, kem jati diri atau pakej pelancongan lain berkaitan pendidikan.
  • Pakej Pulau Pangkor - Semua jenis pakej percutian ke Pulau Pangkor.
  • Pakej Pulau Perhentian - Pakej percutian ke Pulau Perhentian.
  • Pakej Pulau Redang - Pakej percutian ke Pulau Redang.
  • Pakej Pulau Tioman - Spesifik pakej percutian ke Pulau Tioman sahaja.
  • Percutian pulau - Pakej percutian ke pulau-pulau lain di Malaysia.
  • Pakej umrah - Pakej untuk mengerjakan umrah.
  • Pakej percutian lain - Untuk kategori pakej percutian lain yang tidak tersenarai diatas.

Iklan pakej percutian

Bagi agensi pelancongan yang menyediakan pakej percutian, percutianbajet.com menawarkan perkhidmatan iklan dan promosi pakej anda secara percuma. Kami sedar bukan mudah untuk membina laman web pelancongan yang baik dan melonjakkan pakej percutian anda ke ranking teratas. Anda terpaksa mengeluarkan bajet yang tinggi untuk tujuan iklan dan promosi. Kos yang tinggi juga diperlukan untuk membina, menyelenggara dan mengurus laman web pelancongan. Itu belum termasuk kos SEO (search engine optimization) untuk menaikkan laman web anda dalam enjin carian. Tanpa SEO yang baik, laman web akan mengambil masa yang lama untuk berada diatas (atau tidak akan berada diatas selamanya). Malah anda perlu bersaing dengan laman web pelancongan sedia ada yang telah kukuh dan mempunyai bajet untuk segalanya. Setelah segala yang anda lakukan, ia belum tentu menjamin ranking yang baik dan mampu menarik kehadiran pelawat yang ramai ke laman web tersebut.

Biar percutianbajet.com membantu anda. Apa yang kami tawarkan ialah:

  1. Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang kos melakukan segala yang diterangkan diatas untuk menaikkan laman web anda bagi mendapatkan pelawat. Pelawat telah sedia ada disini.
  2. Kami menyediakan pautan (link) ke laman web anda didalam iklan pakej percutian. Ini membantu aliran pelawat ke laman web anda.
  3. Laman web percutianbajet.com ialah laman khusus untuk percutian dan pelancongan. Pengunjung yang datang adalah mereka yang mencari pakej percutian dan tempat menarik untuk melancong. Mereka ialah pelanggan anda.

Anda cuma menghantar iklan, biar kami yang menguruskan promosi dan mencari pelanggan untuk anda. Malah, anda tidak perlu mendaftar untuk menghantar iklan pakej percutian. Segalanya mudah dan dipermudah. Mengapa bayar lebih sedangkan anda tidak perlu membayar langsung?

Agensi pelancongan, pemandu pelancong atau sesiapa sahaja yang ingin mempromosikan pakej percutian, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang cara-cara untuk menghantar iklan di halaman Panduan hantar iklan pakej percutian.