Panduan hantar iklan pakej percutian

Laman web percutianbajet.com menawarkan dua jenis iklan percutian kepada pengunjung iaitu Percutian bajet dan Pakej percutian. Ini ialah panduan untuk menghantar iklan pakej percutian secara langkah demi langkah untuk rujukan pengunjung yang ingin menghantar iklan promosi perkhidmatan pelancongan mereka. Setiap iklan yang ingin dihantar haruslah menggunakan borang iklan online yang disediakan. Borang Hantar iklan boleh didapati di menu utama. Ikuti langkah dibawah untuk panduan menghantar iklan anda.

Hantar iklan Pakej Percutian

  1. Klik Hantar iklan di menu utama.
  2. Pada ruangan Tajuk, sila isikan tajuk iklan anda. Jangan gunakan tajuk yang terlalu panjang.
  3. Masukkan gambar pakej percutian yang ingin anda iklankan. Klik pada 'Browse' untuk memilih gambar dari komputer anda dan seterusnya klik 'Open'. Untuk memasukkan gambar, klik Upload. Ulangi langkah ini untuk memasukkan gambar seterusnya. Anda boleh memasukkan sehingga 10 gambar. Gambar yang mengandungi 'Watermark' adalah tidak dibenarkan.
  4. Dibahagian Lokasi, pilih lokasi negeri percutian anda.
  5. Seterusnya, pada Daerah, pilih daerah yang berkenaan dengan pakej percutian.
  6. Untuk Jenis, pilih 'Pakej percutian'.
  7. Pada bahagian Pakej, sila pilih pakej percutian yang anda tawarkan. Jika tiada yang bersesuaian, pilih 'Pakej percutian lain'.
  8. Diruangan Keterangan, huraikan pakej percutian anda. Masukkan maklumat lengkap. Nyatakan syarat dan peraturan jika berkenaan. Sila terangkan semuanya dengan jelas.
  9. Dibahagian Pakej termasuk, sila pilih apa yang termasuk dalam pakej anda dengan harga yang ditawarkan. Maklumat terperinci berkenaan pakej boleh dimasukkan di ruangan "Keterangan" diatas.
  10. Seterusnya di bahagian Aktiviti, masukkan senarai aktiviti yang anda tawarkan didalam pakej percutian. Sila nyatakan jika ada aktiviti yang tidak termasuk dalam harga pakej dan perlu dibayar berasingan.
  11. Pada ruangan Senarai keperluan, tandakan senarai keperluan yang perlu dibawa sendiri oleh pelancong untuk mengikuti pakej ini.
  12. Masukkan itinerary di Jadual aktiviti. Jika itinerary pakej terlalu panjang, masukkan pautan di bahagian laman web dibawah.
  13. Langkah seterusnya ialah memasukkan nama syarikat perniagaan anda di bahagian Nama syarikat.
  14. Isikan nombor pendaftaran syarikat di No. SSM.
  15. Pada ruangan Alamat, masukkan alamat syarikat perniagaan anda.
  16. Isikan waktu perniagaan anda beroperasi di bahagian Waktu pejabat.
  17. Masukkan alamat laman web anda diruangan Laman web untuk rujukan pelancong. Anda boleh juga masukkan URL ke itinerary pakej percutian anda disini.
  18. Masukkan nombor telefon pejabat dan telefon bimbit anda diruangan Telefon untuk dihubungi.
  19. Letakkan harga pakej percutian anda.
  20. Masukkan alamat emel anda untuk tujuan pengesahan. Tanpa pengesahan emel, iklan anda tidak akan disiarkan.
  21. Akhir sekali, klik butang 'Save' untuk menghantar iklan.

Anda akan dibawa ke laman 'preview' iklan yang baru dihantar jika anda melakukan semua langkah-langkah diatas dengan betul. Jika anda berpuas-hati, anda perlu melakukan langkah terakhir iaitu mengesahkan iklan anda. Buka emel anda dan cari emel yang dihantar oleh percutianbajet.com. Klik pautan yang diberi untuk mengesahkan iklan anda.

Sekarang anda hanya perlu menunggu kami memeriksa iklan anda dan kami akan siarkan secepat mungkin sekiranya iklan anda mematuhi peraturan yang ditetapkan. Biasanya ia akan mengambil masa kurang dari 3 jam pada hari bekerja dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang. Selepas jam 5 petang, iklan anda akan disiarkan pada pagi keesokan harinya.

Itu sahaja langkah yang perlu untuk menghantar iklan di laman web Percutian Bajet. Sekiranya anda menghadapi masalah mengenai panduan hantar iklan pakej percutian ini, anda boleh hubungi kami untuk bantuan di Hubungi kami.