Panduan hantar iklan percutian bajet

Iklan percutian bajet adalah ruang iklan untuk perkhidmatan pelancongan yang disediakan oleh syarikat perniagaan di Malaysia. Terdapat 4 kategori utama yang disediakan iaitu pengangkutan, penginapan, makanan dan juga aktiviti pelancongan. Kategori penuh perkhidmatan pelancongan untuk percutian bajet boleh dilihat di Kategori percutian bajet.

Laman web Percutian Bajet menawarkan iklan percuma tanpa daftar kepada pengunjung. Untuk menghantar iklan, isi borang online di Hantar iklan di menu utama laman web ini. Sila ikuti langkah dibawah untuk panduan menghantar iklan perkhidmatan pelancongan anda.

Hantar iklan Percutian Bajet

  1. Klik Hantar iklan di menu utama.
  2. Di ruangan Tajuk, sila isikan tajuk iklan anda. Masukkan nama perkhidmatan pelancongan yang anda tawarkan. Jangan gunakan tajuk yang terlalu panjang.
  3. Masukkan gambar perkhidmatan pelancongan untuk percutian bajet yang ingin anda iklankan. Klik pada 'Browse' untuk memilih gambar dari komputer anda dan seterusnya klik 'Open'. Untuk memasukkan gambar, klik Upload. Ulangi langkah ini untuk memasukkan gambar seterusnya. Anda boleh memasukkan sehingga 10 gambar. Gambar yang mengandungi 'Watermark' adalah tidak dibenarkan.
  4. Seterusnya, dibahagian Lokasi, pilih lokasi negeri percutian dimana perkhidmatan pelancongan anda dijalankan.
  5. Kemudian, pada Daerah, pilih daerah percutian dimana perkhidmatan pelancongan tersebut berada.
  6. Untuk langkah seterusnya iaitu Jenis, pilih 'Percutian Bajet'.
  7. Pada bahagian Kategori, sila pilih kategori perkhidmatan pelancongan yang anda tawarkan.
  8. Diruangan Keterangan, huraikan perkhidmatan pelancongan atau percutian bajet anda. Masukkan maklumat lengkap. Nyatakan syarat dan peraturan jika berkenaan.
  9. Bagi kategori "Homestay" sahaja, sila pilih kemudahan yang disediakan di homestay anda dibahagian Kemudahan.
  10. Untuk semua jenis iklan dibawah "Aktiviti pelancongan",
    • Sila pilih hari aktiviti dijalankan dibahagian Hari.
    • Dibahagian Jam, masukkan pukul berapa aktiviti bermula.
    • Pada bahagian Jangka masa, pilih berapa lama aktiviti tersebut mengambil masa.
    • Jika aktiviti ini perlu ada minima peserta, sila pilih berapa orang di Min peserta.
    • Pilih barang keperluan yang perlu dibawa sendiri oleh peserta dibahagian Barang keperluan.
  11. Masukkan nama syarikat perniagaan anda di bahagian Nama syarikat.
  12. Isikan nombor pendaftaran syarikat perniagaan anda di No. SSM.
  13. Pada ruangan Alamat, masukkan alamat syarikat perniagaan anda.
  14. Isikan waktu perniagaan anda beroperasi di bahagian Waktu pejabat.
  15. Masukkan alamat laman web anda diruangan Laman web untuk rujukan pelancong.
  16. Masukkan nombor telefon pejabat dan telefon bimbit anda diruangan Telefon untuk dihubungi.
  17. Letakkan harga perkhidmatan pelancongan yang anda tawarkan untuk percutian bajet.
  18. Masukkan alamat emel anda untuk tujuan pengesahan. Tanpa pengesahan emel, iklan anda tidak akan disiarkan.
  19. Akhir sekali, klik butang 'Save' untuk menghantar iklan anda.

Sekiranya anda mengisi borang iklan dengan betul, anda akan dibawa ke halaman 'preview' iklan percutian bajet tersebut. Anda boleh kemaskini (edit) iklan tersebut jika anda mahu. Kemudian, 'save' semula apabila selesai kemaskini. Sekarang iklan anda sudah siap dihantar ke laman web percutianbajet.com. Cuma tinggal satu langkah penting iaitu anda perlu mengesahkan iklan anda. Caranya ialah dengan membuka emel anda dan cari emel yang dihantar oleh percutianbajet.com. Klik pada pautan yang diberi untuk mengesahkan iklan anda.

Iklan anda akan melalui proses penapisan untuk memastikan setiap iklan mematuhi peraturan dan iklan yang dihantar adalah sesuai dan bermutu untuk disiarkan di laman web Percutian Bajet. Sekiranya tiada masalah, iklan anda akan disiarkan selama setahun. Iklan akan dipadamkan setelah tamat tempoh.

Itu sahaja langkah yang perlu dilakukan untuk menghantar iklan. Sekiranya anda menghadapi masalah mengenai panduan hantar iklan percutian bajet ini, anda boleh berhubung dengan kami untuk bantuan di Hubungi kami.