Panduan melancong alam semulajadi

Malaysia ialah sebuah negara yang kaya dengan tempat-tempat menarik alam semulajadi. Keindahan air terjun, pantai dan pulau sentiasa menggamit kehadiran pelancong. Hutan yang kaya dengan flora dan fauna menjadi tarikan penyelidik dari dalam dan luar negara.

Destinasi pelancongan alam semulajadi

Destinasi pelancongan alam semulajadi yang popular di Malaysia ialah:

  • Taman rekreasi air terjun.
  • Taman Negara dan Taman Negeri.
  • Eco Park.
  • Pantai pelancongan awam.
  • Pulau peranginan.
  • Kolam air panas semulajadi.

Aktiviti pelancongan

Beberapa aktiviti yang biasa dilakukan dikawasan pelancongan semulajadi ialah:

  • Berkelah.
  • Mandi sungai dan air terjun.
  • Merentas hutan.
  • Mendaki bukit dan gunung.
  • Berkhemah.
  • Melihat burung dan binatang liar.

Panduan dan peraturan

Sikap dan tanggung-jawab yang perlu ada pada setiap pengunjung atau pelancong alam semulajadi ialah:

Membuat persediaan

Jika ingin ke Taman Negeri atau Taman Negara, pengunjung perlu menyediakan beberapa kelengkapan selain barangan peribadi seperti:

  • Membawa air minuman.
  • Kasut mendaki, kasut sukan atau kasut yang sesuai.
  • Seluar panjang dan baju berlengan panjang yang sesuai untuk masuk hutan.
  • Alatan perkhemahan termasuk bekas makanan, lampu suluh dan lain-lain.
  • Tuala dan pakaian mandi.
  • Ubat nyamuk, ubat gatal, penghalau serangga dan first aid kit.
  • Plastik sampah.

Sikap dan tanggung-jawab

Sikap dan tanggung-jawab yang perlu ada ialah:

  • Jangan membuang sampah merata-rata.
  • Jangan menebang pokok, membakar sampah didalam hutan.
  • Jangan melibatkan terlalu ramai peserta. Seeloknya kurang dari sepuluh orang.
  • Jangan terpisah dari kumpulan.
  • Sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan keadaan sekeliling.
  • Ikut laluan yang dikhaskan dan jangan mengusik habitat semulajadi haiwan atau tumbuhan.
  • Memastikan jarak yang selamat dengan semua jenis binatang liar.
  • Jangan membuat bising, mengusik binatang liar dengan batu, kayu atau lampu suluh.
  • Tidak boleh mengambil sebarang jenis flora dan fauna.

Menjaga kemudahan awam

Menjaga kemudahan dan prasarana yang disediakan.

  • Kemaskan tempat perkelahan - Kumpulkan sisa makanan dan sampah serta masukkan kedalam plastik sampah. Buang ditempat yang dikhaskan.
  • Menggunakan kemudahan dengan berhemah.
  • Mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Peraturan memasuki Taman Negara

Selain peraturan diatas, pengunjung perlu mematuhi beberapa peraturan lain jika ingin memasuki Taman Negara dan Taman Negeri.

  • Harus mendapatkan pemandu pelancong alam semulajadi yang diiktiraf.
  • Tidak dibenarkan berjalan seorang diri.
  • Berhati-hati ketika menaiki bot dan ketika merentas hutan.
  • Elakkan memakai pakaian berwarna-warni dan juga minyak wangi.
  • Jangan tinggalkan lebihan makanan seperti gula dan garam dikawasan perkhemahan.
  • Tidak meninggalkan bekas makanan atau sampah ditempat perkhemahan.

Jangan mengharap untuk melihat binatang liar dengan mudah. Anda perlu banyak bersabar. Setiap peserta memerlukan disiplin yang tinggi dan tidak membuat bising jika ingin melihat binatang liar.