Pantai di Kedah

Senarai pantai menarik yang ada di Kedah. Pantai Merdeka, Pantai Murni, Pantai Tanjung Dawai terletak di tanah besar. Pantai menarik lain terdapat di Pulau Langkawi seperti Pantai Chenang, Pantai Tengah, Pantai Tanjung Rhu, Pantai Teluk Burau dan lain-lain.

Bercuti di Pantai Merdeka - Tips lengkap 2020

Bercuti di Pantai Merdeka Kedah

Pantai Merdeka adalah salah satu tempat pelancongan popular yang ada di Kedah. Ia terletak di daerah Kuala Muda. Pantai ini merupakan lokasi percutian pelancong dan tempat menarik yang menjadi tumpuan penduduk disekitar daerah Kuala Muda. Ramai yang datang bersama keluarga untuk mandi laut atau bersantai melihat pemandangan disini. Pengunjung pasti terpesona melihat Gunung Jerai yang tersergam indah dan juga pekan Tanjung Dawai yang terletak bertentangan dengan Pantai Merdeka.

Tanjung Dawai Kedah

Arked Tanjung Dawai

Tanjung Dawai ialah salah satu tempat menarik di Kedah yang mesti dilawati jika bercuti di negeri ini. Ia terkenal sebagai destinasi membeli-belah barangan hasil laut. Bukan itu sahaja, pantai Tanjung Dawai juga merupakan lokasi popular untuk bersantai diwaktu petang. Ramai pengunjung membawa keluarga bersiar-siar mengambil angin laut sambil melihat pemandangan matahari terbenam.

Selain itu, banyak restoran disepanjang pantai yang menyediakan masakan panas yang sedap.  Pengunjung boleh menikmati makanan hasil laut yang segar dimasak mengikut selera masing-masing.

Bercuti di Pantai Cenang Langkawi

Pantai Cenang Langkawi

Pantai Cenang ialah salah satu lokasi pelancongan paling popular di Langkawi. Ia menjadi tumpuan kerana beberapa tarikan yang ada di sini. Pantai yang cantik dan landai serta resort yang banyak menjadikannya lokasi pilihan pelancong yang ingin bercuti di Langkawi. Selain itu, beberapa tempat menarik terletak berhampiran kawasan ini boleh dilawati semasa bercuti. Bagi pengunjung yang inginkan percutian yang menyeronokkan dan suasana meriah diwaktu malam, ini adalah pilihan nombor satu anda.

Pantai Murni - Tempat bersantai di Yan

Pantai Murni Yan Kedah

Pantai Murni merupakan salah satu lokasi menarik di daerah Yan, Kedah. Ia sering menjadi tumpuan orang-ramai dihujung minggu dan musim cuti sekolah. Pantai popular ini terletak berhampiran pekan Yan. Bagi yang belum pernah ke Pantai Murni dan merancang untuk ke sini, Percutian Bajet telah menyediakan maklumat lengkap sebagai panduan anda.