Pantai menarik

Bercuti di Pantai Merdeka - Tips lengkap 2020

Bercuti di Pantai Merdeka Kedah

Pantai Merdeka adalah salah satu tempat pelancongan popular yang ada di Kedah. Ia terletak di daerah Kuala Muda. Pantai ini merupakan lokasi percutian pelancong dan tempat menarik yang menjadi tumpuan penduduk disekitar daerah Kuala Muda. Ramai yang datang bersama keluarga untuk mandi laut atau bersantai melihat pemandangan disini. Pengunjung pasti terpesona melihat Gunung Jerai yang tersergam indah dan juga pekan Tanjung Dawai yang terletak bertentangan dengan Pantai Merdeka.

Teluk Nipah Pulau Pangkor

Teluk Nipah Pulau Pangkor

Teluk Nipah ialah destinasi percutian popular di Pulau Pangkor, Perak. Ia terkenal dengan pantai yang cantik. Kawasan ini telah dimajukan dengan berbagai kemudahan seperti tempat penginapan, kedai dan operator pelancongan.

Pantai Teluk Nipah terletak agak jauh dari pekan. Kawasan ini juga tiada perkampungan penduduk. Anda mungkin membayangkan ia adalah pantai yang sunyi. Sebenarnya tidak.

Kawasan pantai Teluk Nipah mempunyai banyak resort, deretan kedai dan berbagai aktiviti watersport. Ia cukup meriah dari pagi hingga ke malam terutama pada musim cuti sekolah.

Pantai Bisikan Bayu

Pantai Bisikan Bayu, Kelantan

Pantai Bisikan Bayu adalah salah satu tempat menarik di Kelantan yang cukup popular satu masa dahulu. Ia terkenal dengan pantai yang cantik, berpasir halus dan bersih. Pantai ini menjadi tumpuan orang-ramai pada musim cuti sekolah yang datang berkelah bersama keluarga. Struktur pantai yang landai juga sesuai untuk mandi laut jika ombak perlahan.

Nota: Untuk melihat lokasi menarik untuk bercuti, sila lawati halaman Senarai tempat menarik untuk percutian di Kelantan.

Bercuti di Teluk Batik Lumut

Pantai Teluk Batik, Perak

Teluk Batik ialah salah satu destinasi percutian popular di negeri Perak. Ia telah lama terkenal kerana pantainya yang cantik dan landai cukup sesuai untuk mandi laut. Selain itu, suasana yang tenang serta kemudahan tempat penginapan yang banyak menjadikan ia pilihan ramai setiap kali tiba musim cuti sekolah. Kawasan pantai yang luas menjadi pilihan bagi yang ingin mengadakan hari keluarga dan aktiviti perkhemahan.

Bercuti di Pantai Klebang Melaka

Pantai Klebang Melaka

Pantai Klebang ialah salah satu lokasi menarik untuk bercuti di Melaka. Berbagai kemudahan dan tarikan pelancongan telah dibangunkan disini bagi menarik lebih ramai pelancong. Kali ini Percutian Bajet akan berkongsi keunikan dan keistimewaan yang ada di pantai ini sebagai panduan anda. Jadi semua, jom bercuti di pantai Klebang Melaka.

Nota: Untuk melihat destinasi pelancongan lain, sila lawati halaman Senarai tempat menarik di Melaka.

Bercuti di Pantai Remis Kuala Selangor

Pantai Remis Kuala Selangor adalah salah satu pantai cantik yang sesuai untuk bawa keluarga berjalan-jalan. Bagi penduduk Kuala Selangor, ia adalah tempat pelancongan menarik yang tidak asing lagi. Pantai ini sentiasa dipenuhi orang-ramai yang datang berkelah pada hujung minggu dan cuti umum. Kali ini Percutian Bajet akan menyingkap apa yang ada disini. Jadi, buat anda yang ingin ke Kuala Selangor, lihat samada Pantai Remis sesuai untuk dikunjungi atau tidak.

Senarai pantai di Malaysia yang menarik dan popular

Pantai-menarik-di-malaysia

Pantai di Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menjadi pilihan ramai setiap kali tiba musim cuti. Suasana yang damai dan pemandangan yang menarik ditepi pantai serta berbagai kemudahan pelancongan yang disediakan menjadikan pantai lokasi strategik untuk percutian keluarga. Percutian Bajet telah menyusun pantai menarik yang ada di Malaysia mengikut setiap negeri sebagai rujukan pengunjung yang ingin bercuti. Walau bagaimanapun, senarai pantai ini tidak termasuk pantai yang ada di pulau-pulau pelancongan.

Bercuti di Pantai Morib Banting

Pantai Morib adalah lokasi pelancongan menarik di daerah Kuala Langat, Selangor. Ia sangat popular dan menjadi destinasi percutian warga kota lantaran jarak yang tidak jauh dari Kuala Lumpur. Berbagai kemudahan pelancongan juga disediakan termasuk hotel dan resort menarik. Kali ini Percutian Bajet telah mengumpulkan maklumat yang perlu anda tahu jika ingin bercuti di Pantai Morib.

Pantai Teluk Cempedak, Kuantan

Pantai Teluk Cempedak Kuantan

Teluk Cempedak Kuantan terkenal dengan pantainya yang cantik. Ramai pelancong yang mengunjungi pantai ini untuk melihat keindahan pemandangan ditepi laut, bersiar-siar di tepi pantai yang berpasir putih bersih dan mandi laut. Lebih dikenali dengan panggilan TC, kawasan pantai ini sentiasa menjadi tumpuan orang-ramai siang dan juga malam. Kali ini Percutian Bajet akan menyingkap keistimewaan pantai Teluk Cempedak sebagai panduan kepada pengunjung yang merancang untuk bercuti ke sini.

Percutian menarik ke Cherating Pahang

Cherating ialah salah satu lokasi pelancongan menarik di Pahang. Ia merupakan tempat peranginan yang sangat popular kerana mempunyai pantai yang cantik dan kemudahan penginapan menarik yang disediakan. Disini juga terdapat sebuah resort antarabangsa terkenal iaitu Club Med, yang merupakan cawangan pertama di Asia. Bagi pengunjung yang mencari lokasi menarik di tepi pantai, Percutian Bajet ingin berkongsi maklumat mengenai percutian menarik ke Cherating Pahang.