Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai Penang adalah salah satu destinasi pelancongan popular di Malaysia. Sejak dahulu ia telah menjadi lokasi pilihan untuk percutian keluarga dan juga rombongan sekolah. Tempat menarik seperti Bukit Bendera, Fort Cornwallis dan Batu Ferringhi menjadi lokasi tarikan utama pelancong ke pulau mutiara ini.
Hari ini Penang bukan sahaja terkenal dikalangan pelancong tempatan, malah kehadiran pelancong luar negara turut membanjiri negeri ini saban tahun. Bandaraya Georgetown diikhtiraf sebagai World Heritage Site UNESCO pada tahun 2008. Disamping itu, berbagai tarikan pelancongan baru dibangunkan dan jangan terkejut kerana bilangan muzium sahaja setakat ini berjumlah lebih 20 buah.
Pertama kali ke Penang?
Jangan risau, lihat top 10 tempat menarik, aktiviti dan tempat membeli-belah yang kami sediakan. Ia adalah yang terbaik dan terkini. Jika masih belum mencukupi, anda boleh terokai semua yang ada di Penang melalui pautan paling bawah halaman ini.
- 608 views