Bercuti di Tambun Hot Spring & Spa

Sebut sahaja Lost World Tambun pasti ramai yang suka kerana terdapat pelbagai permainan yang disediakan dan sesuai untuk semua lapisan umur. Terdapat satu tarikan tempat menarik do Lost World tambun yang semakin mendapat perhatian pengunjung. Bagi pengemar Hot Spring pasti, anda tidak akan kecewa dengan Tambun Hot Spring. Mengunakan 100% air mineral semulajadi akan membuatkan anda lebih selesa dan santai. Terdapat bebarapa kolam yang disediakan mengikut kepanasan air dan ada disediakan kolam khas untuk kanak-kanak.

Lost World Of Tambun di Perak

Alamat Lost World Tambun

Alamat:

No.1, Persiaran Lagun Sunway 1,
Sunway City Ipoh,
31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan,
Malaysia.

Hubungi:

lostworldoftambun@sunway.com.my
Tel : +6 05- 540 8888
Theme park tel: +605 542 8888
Fax : +6 05- 542 8899

Open daily: 6:00pm till 11:00pm
Crystal Spa Treatment: 12.00 noon till 11:00pm
Closed on Tuesday, except on Malaysian school & public holidays.

Waktu operasi dan harga tiket

Tambun Hot Spring & Spa dibuka setiap hari untuk para pengunjung yang datang kesini. Manakala untuk Crystal Spa akan dibuka dari 12 tengahari sehingga 11 malam. Operasi Hot Spring bermula dari jam 6 petang sehingga 11 malam. Ditutup pada setiap hari selasa kecuali pada cuti sekolah dan cuti umum.Berikut adalah harga tiket masuk ke Lost World Of Tambun. Harga tiket akan berubah mengikut hari dan tarikh percutian anda.Harga tiket termasuk dengan Tambun Hot Spring & Spa.

  1. Dewasa– RM56 untuk.
  2. Kanak-kanak bawah 90cm –Tidak dikenakan bayaran.
  3. Kanak bawah 12 tahun kebawah tapi melebihi ketinggian 90cm – RM49.
  4. Warga emas – RM49.

Jenis kategori kolam di Tambun Hot Spring & Spa

Terdapat beberapa kategori kolam yang disediakan oleh pihak Tambun Hot Spring & Spa. Setiap kolam mempunyai kepanasan air yang tersendiri. Antaranya ialah:

  1. Saphira’s Lair – Kolam ini direka khusus untuk kanak-kanak. Terdapat mata air didalam kolam yang baik untuk kesihatan kulit kanak-kanak. Dilengkapi dengan lampu berwarna warni, akan lebih menarik minat kanak-kanak untuk mandi disini. IbuBapa dinasihati supaya sentiasa mengawal pergerakan anak-anak anda ketika mandi didalam kolam.
  2. Infinty Pool – Jika anda suka suasana yang meriah, anda boleh mandi didalam Infinty Pool. Kolam ini dapat memuatkan 300 orang pada satu-satu masa. Selain dari itu, kolam ini dibina bersebelahan air terjun. Anda dapat menghirup udara yang segar sambil menikmati keindahan malam di Tambun.
  3. Crystal Pool – Berlantaikan tiles yang diperbuat daripada Kristal dapat memantulkan cahaya di siang hari. Pada malam nya pula, terdapat lampu-lampu hiasan digunakan untuk menjadikan suasana lebih menarik dan berwarna warni.
  4. Crystal Spa – Pengunjung boleh menikmati urutan bahu dan kepala di Crystal Spa dengan dikenakan bayaran yang berpatutan. Setelah penat seharian, anda boleh berehat sebentar sambil menikmati urutan dari pakar yang berpengalaman. Spa ini dibuka dari jam 3 petang sehingga 11 malam.
  5. The Geyser of Tambun – Ingin merasa pengalaman yang lain dari lain dengan haba air yang panas dan akan dipancut setiap satu jam didalam kolam. Lebih menarik jika anda pergi pada waktu malam.
  6. Lost World Steam Cave – Terdapat Steam Cave iaitu sebuah gua sauna yang boleh melancarkan peredaran darah serta mengeluarkan toksin dari badan. Ini akan membuatkan kulit anda bersih dan segar. Anda juga akan merasa kembali bermaya. Walau bagaimanapun, anda disarankan agar tidak berada terlalu lama didalam steam cave ini seeloknya tidak melebihi 5 minit kerana suhu kepanasan yang tinggi .
  7. Top of the world pool – Terletak di bahagian atas Tambun Hot Spring & Spa, kola mini disediakan ruang jakuzi dan jet air berfungsi sebagai urutan badan anda dan dapat mengurangkan tekanan dan merenggangkan otot-otot anda.
  8. Foot spa – Untuk mendapatkan kesihatan badan yang baik, pengunjung boleh merasai urutan di Foot Spa. Terdapat batu-batu kecil yang diletak didalam kolam ini dan bertindak sebagai refleksologi. Ia bagus untuk sistem imunisasi badan anda menjadi lebih baik.

Tambun Hot Spring & Spa

Tarikan lain berhampiran Tambun Hot Spring

Jika anda berada di Tambun Hot Spring, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk bermain permainan lain yang disediakan di Lost World Of Tambun. Antaranya ialah:

  1. Amusement park.
  2. Petting Zoo.
  3. Tiger valley.
  4. Tin valley.
  5. Adventure Park.

Crystal Spa di Lost World Of Tambun

Penginapan di Lost World Of Tambun

Standard Room di Hotel Lost Wolrd Tambun Ipoh, Perak

Lost World Of Tambun sangat sesuai dijadikan lokasi percutian menarik untuk keluarga. Terdapat pelbagai mainan yang menarik dan sesuai untuk semua lapisan umur. Jika anda berminat untuk membawa keluarga dan bercuti bersama rakan-rakan kesini boleh hubungi atau email ke pihak Lost World Of Tambun untuk mendapatkan harga pakej yang menarik.

Add new comment