Bercuti di Nipah Bay Villa Pulau Pangkor

Anda ingin bercuti di Pulau Pangkor? Anda boleh berjimat dengan mengambil pakej penginapan di Nipah Bay Villa yang menawarkan harga berpatutan. Resort ini menyediakan berbagai jenis penginapan yang boleh anda pilih bergantung pada jumlah pengunjung. Kedudukannya juga sangat strategik iaitu berhampiran dengan pantai yang cantik di Pulau Pangkor.

Chalet menarik di Nipah Bay Villa.

Lokasi Nipah Bay Villa

Nipah Bay Villa terletak di lokasi pelancongan menarik di Pulau Pangkor iaitu di Pantai Teluk Nipah. Dari chalet penginapan ke pantai hanya mengambil masa lebih kurang 2 minit berjalan kaki.

Alamat:

Nipah Bay Villa
Lot 4442 & 4434,
Teluk Nipah,
32300 Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan.

Hubungi:

Facebook: Nipah Bay Villa.
Tel : +605 6852198
Fax : +605 6852386

Chalet di Nipah Bay Villa.

Penginapan

Nipah Bay Villa mempunyai berbagai jenis bilik dan chalet yang boleh dipilih mengikut kesesuaian pengunjung. Berikut ialah senarai jenis bilik dan juga keterangan:

Economy Room

Economy Room adalah bilik penginapan yang sesuai untuk dua orang. Harga "Low Season" untuk hari Isnin hingga Khamis bermula dari RM80. Antara kemudahan yang ada ialah:

  • Bilik berhawa dingin.
  • Television dilengkapi Astro.
  • Bilik mandi dengan hot shower.

Standard Room

Standard Room adalah bilik penginapan yang sesuai untuk dua orang. Harga "Low Season" untuk hari Isnin hingga Khamis bermula dari RM90. Antara kemudahan yang ada ialah:

  • Bilik berhawa dingin.
  • Television dilengkapi Astro.
  • Bilik mandi dengan hot shower.

Bilik Single Bed.

Family Room

Family Room adalah bilik penginapan yang sesuai untuk tiga hingga enam orang. Harga "Low Season" untuk hari Isnin hingga Khamis bermula dari RM100 dan bertambah mengikut bilangan penghuni. Antara kemudahan yang ada ialah:

  • Katil double bed, single bed dan double-decker.
  • Bilik berhawa dingin.
  • Television dilengkapi Astro.
  • Bilik mandi dengan hot shower.

Bilik untuk keluarga atau kumpulan.

Bilik untuk enam orang.

Standard chalet

Standard chalet adalah chalet penginapan yang sesuai untuk dua orang. Chalet ini dilengkapi dengan satu king sized bed atau dua single bed. Harga "Low Season" untuk hari Isnin hingga Khamis bermula dari RM130. Fasiliti lain yang disediakan ialah:

  • Bilik berhawa dingin.
  • Television dilengkapi Astro.
  • Bilik mandi dengan hot shower.
  • Balkoni.

Standard Chalet di Nipah Bay Villa.

Deluxe Terrace

Deluxe Terrace adalah chalet penginapan untuk keluarga atau kumpulan. Harga "Low Season" untuk hari Isnin hingga Khamis bermula dari RM130. Ia sesuai untuk tiga orang. Bilik ini dilengkapi:

  • Bilik berhawa dingin.
  • Television dilengkapi Astro.
  • Bilik mandi dengan hot shower.
  • Balkoni.

Bilik untuk tiga orang.

Deluxe Chalet

Terrace Deluxe Chalet adalah chalet penginapan untuk keluarga atau kumpulan. Harga "Low Season" untuk hari Isnin hingga Khamis bermula dari RM150. Ia sesuai untuk tiga orang. Bilik ini dilengkapi:

  • Bilik berhawa dingin.
  • Television dilengkapi Astro.
  • Bilik mandi dengan hot shower.
  • Balkoni.

Waktu check-out ialah 12.00pm dan check-in 3.00pm. Harga bilik dan chalet yang dinyatakan diatas adalah tertakluk kepada perubahan. Harga akan bertambah pada hari minggu, musim cuti persekolahan dan juga cuti umum.

Family Room di Nipah Bay Villa.

Kemudahan

Antara kemudahan yang disediakan di Nipah Bay Villa adalah termasuk:

  • Cafe.
  • Perpustakaan - Pengunjung boleh membeli atau menukar buku, novel dan sebagainya.
  • Surau.
  • Rooftop - Tempat menarik untuk menikmati pemandangan, minum dan bersantai.
  • Kemudahan Wifi percuma.

Perkhidmatan dan Aktiviti

Nipah Bay Villa juga menyediakan perkhidmatan dan aktiviti pelancongan seperti:

  1. Tempahan tiket bas.
  2. Banana boat.
  3. Kayak.
  4. Jet ski.
  5. Pusing pulau dengan bot.
  6. Trip snorkeling.
  7. Trip memancing.
  8. Urut tradisional.
  9. Sewa kereta dan motor.
  10. Laundry.
  11. Perkhidmatan teksi.

Nipah Bay Villa menawarkan penginapan selesa dengan harga yang sangat berpatutan. Perkhidmatan dan layanan yang diberi juga cukup memuaskan hati. Untuk percutian bajet ke Pulau Pangkor, resort ini seharusnya ada dalam senarai pilihan anda.

Comments

2

Boleh saya tau harga untuk rate snorkeling and kadar sewa motor

Saudari boleh terus hubungi pihak resort melalui nombor telefon yang dikongsikan dalam artikel.

Add new comment