Pangkor Bay View Beach Resort, Pulau Pangkor

Pangkor Bay View Beach Resort yang terletak di Pulau Pangkor adalah sebuah penginapan yang sederhana dengan harga yang berpatutan. Pelbagai kemudahan yang disediakan disini untuk memudahkan urusan pengunjung yang pertama kali datang kesini. Selain dari itu, Pangkor Bay Viev Beach Resort juga turut menyediakan pelbagai jenis aktiviti untuk pengunjung.

Lokasi

Lokasi resort yang terletak tidak jauh dari Lapangan terbang Teluk Dalam dan 10 minit dari Jeti Pangkor.

Alamat:

Pangkor Bay View Beach Resort
Lot 4449, Teluk Nipah,
32300 Pangkor, Perak Darul Ridzuan.

Hubungi:

pangkor_bayview@yahoo.com.my & pangkorbayview1234@gmail.com
Tel : +6 05-685 3540, +6 05-685 4540
Fax : +6 05-685 4710

Penginapan

Pangkor Bay View Beach Resort menawarkan 3 jenis kategori penginapan. Antaranya ialah

Standard Chalet

Standard Chalet yang disediakan disini agak luas dan harga untuk satu malam RM160. Antara kemudahan yang ada didalam bilik ialah

  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, shower.
  • TV dilengkapi Astro.
  • 1 double bed.

Deluxe Room

Jika anda bertiga dalam satu kumpulan, Deluxe Room adalah bilik yang sesuai untuk anda. Harga untuk Deluxe Room ialah RM220 satu malam.

  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, shower.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Disediakan 1 double bed dan 1 single bed.

Deluxe Room yang ada di Pangkor Bay View Resort

Family Room

Jika anda datang berkeluarga, Family Room adalah bilik yang selesa, selain ruang bilik agak luas bebanding dengan bilik lain dan dapat memuatkan 4 orang pada satu-satu masa. Harga untuk satu malam ialah RM240.

  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, shower.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Maksima untuk empat orang.
  • Disediakan 2 double bed.

Family Room di Pangkor Bay View Resort Pangkor

Harga yang ditawarkan tertakluk kepas GST. Harga akan berbeza pada cuti minggu, cuti umum dan cuti sekolah. Anda dinasihatkan telefon dahulu sebelum membuat tempahan.

Kemudahan

Antara kemudahan yang disediakan disini ialah:

  • Kemudahan Internet
  • Surau
  • Restoran
  • Dewan Mesyuarat
  • Kolam Renang

Kolam renang

Aktiviti

Pangkor Bay View Menyediakan beberapa pakej bajet untuk anda semua. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh menghubungi sendiri untuk pertanyaan. Ini adalah senarai aktiviti yang ada disini.

  1. Merasai pengalaman berjalan didalam hutan Pangkor.
  2. Rappelling dan Flying Fox disedikan untuk yang berkumpulan
  3. Aktiviti berbasikal sambil menghirup udara yang segar.
  4. Banana boat.
  5. Snorkeling.
  6. Round Island
  7. Kayak
  8. Karaoke

Jika anda ingin lari dari kesibukan kerja dan ingin melepaskan tekanan, Pilih lokasi yang sesuai dengan jiwa anda. Pulau Pangkor adalah salah satu lokasi percutian yang boleh dilakukan bersama keluarga, rakan-rakan dan dijadikan loaski berbulan madu.

Lokasi