Ritz Garden Hotel Ipoh

Ritz Garden Hotel Ipoh adalah sebuah hotel yang menarik untuk anda menginap ketika anda datang ke Negeri Perak. Kelebihan hotel ini yang terletak ditengah-tengah Bandar Ipoh akan memudahkan segala urusan pengunjung ketika anda disini. Terdapat pelbagai kemudahan asas yang disediakan dengan kemas dan teratur. Kami menyediakan beberapa maklumat secara ringkas jika anda berminat untuk bermalam di Ritz Garden Hotel Ipoh.

Ritz Garden Hotel Ipoh yang terletak di negeri Perak

Lokasi

Lokasi Hotel yang terletak di tengah-tengah Bandar .

Alamat:
Ritz Garden Hotel
No.86 & 88, Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Malaysia.

Hubungi:
sales@ritzgardenhotel.com/lily@ritzgardenhotel.com
Tel : +6 05-2427777
Fax : +6 05-2425845

Penginapan

Ritz Garden Hotel Ipoh telah menyediakan beberapa jenis kategori bilik yang bersesuaian dengan bajet anda. Berikut ialah beberapa kategori bilik dan dilampirkan sekali dengan harga untuk semalam.

Deluxe Room

Deluxe Room adalah bilik yang sesuai untuk dua orang dan dilengkapi dengan kemudahan asas. Antaranya ialah

  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, hot shower.
  • Disediakan TV.
  • Disediakan satu Queen Bed atau dua Single Bed

Harga.

  • RM300++ for normal day
  • RM145 Nett promotion price

Deluxe Room yang terdapat di Ritz Garden Hotel, Ipoh

Super Deluxe Room

Super Deluxe Room bilik yang sesuai untuk mereka yang berkeluarga. Bilik yang luas dan lebih selesa sedikit. Antara kemudahan yang disediakan ialah:

  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, hot shower.
  • Disediakan TV.
  • Kemudahan untuk membancuh minuman.
  • Disediakan satu King Bed dan dua Single Bed.

Harga.

  • RM350++ for normal day
  • RM168 Nett promotion price

Family Deluxe Room

Family Deluxe Room lebih sesuai dijadikan pilhan buat keluarga yang besar. Dilengkapi dengan kemudahan asas lengkap. Antaranya ialah:

  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, hot shower.
  • Disediakan TV.
  • Kemudahan untuk membancuh minuman.
  • Terdapat sofa yang diletakkan untuk tetamu berehat sambil menonton TV.
  • Disediakan satu King Bed.

Harga.

  • RM400++ for normal day
  • RM200 Nett promotion price

Premier Room

Premier Room adalah bilik yang sederhana mewah dan sesuai untuk mereka yang inginkan privasi. Antara kemudahan yang disediakan ialah:

  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, hot shower.
  • Disediakan bath tub didalam bilik mandi.
  • Kemudahan untuk membancuh minuman.
  • Disediakan satu King Bed.
  • Disediakan kerusi sudut untuk anda melihat panaroma malam Bandar Ipoh dari dalam bilik.

Harga.

  • RM480++ for normal day
  • RM240 Nett promotion price

Family Premier Room

Jika anda keluarga yang mempunyai anak kecil, kami cadangkan anda memilih Family Premier Room untuk bermalam. Antara kemudahan yang disediakan ialah:

  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, hot shower.
  • Disediakan bath tub didalam bilik mandi.
  • Kemudahan untuk membancuh minuman.
  • Disediakan satu Super King bed dan satu Single Bed.
  • Disediakan kerusi sudut untuk anda melihat panaroma malam Bandar Ipoh dari dalam bilik.

Harga.

  • RM560++ for normal day
  • RM270 Nett promotion price

Family Premier Room

Family Premier Room adalah bilik penginapan yang sesuai untuk empat orang. Antara kemudahan yang disediakan ialah:

  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, hot shower.
  • Disediakan bath tub didalam bilik mandi.
  • Kemudahan untuk membancuh minuman.
  • Disediakan dua Super King bed.
  • Disediakan kerusi sudut untuk anda melihat panaroma malam Bandar Ipoh dari dalam bilik.

Harga.

  • RM600++ for normal day
  • RM300 Nett promotion price

Executive Suite

Executive Suiet bilik penginapan yang lebih sesuai untuk mereka yang merancang berbulan madu. Antara kemudahan asas yang disediakan ialah:

  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, hot shower.
  • Disediakan bath tub didalam bilik mandi.
  • Kemudahan untuk membancuh minuman.
  • Disediakan satu King bed.
  • Terdapat ruang kerja dan disediakan dengan meja kerja.
  • Disediakan ruang dapur yang kecil.
  • Disediakan kerusi sudut untuk anda melihat panaroma malam Bandar Ipoh dari dalam bilik.

Harga.

  • RM550++ for normal day
  • RM260 Nett promotion price

Family Suite

Family Suite adalah bilik penginapan yang sesuai untuk berkeluarga dan mempunyai anak-anak kerana terdapat kemudahan yang lengkap disediakan untuk mereka yang berkeluarga.

  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, hot shower.
  • Disediakan bath tub didalam bilik mandi.
  • Kemudahan untuk membancuh minuman.
  • Disediakan dua Super King bed.
  • Disediakan sofa dihadapan TV.
  • Disediakan ruang dapur dan ruang makan yang kecil.
  • Disediakan kerusi sudut untuk anda melihat panaroma malam Bandar Ipoh dari dalam bilik.

Harga.

  • RM700++ for normal day
  • RM402 Nett promotion price

Garden Suite

Garden Suite yang terletak di tingkat yang tertinggi dan dilengkapi dengan kemudahan lengkap dan mewah.

  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, hot shower.
  • Disediakan bath tub didalam bilik mandi.
  • Terdapat Jakuzi Pool.
  • Disediakan empat Poster Bed dan one Sofa Bed (Queen size).
  • Disediakan sofa dihadapan TV.
  • Disediakan ruang dapur dan ruang makan yang kecil.
  • Disediakan peti ais dan pemanas makanan.
  • Disediakan set meja makan.
  • Terdapat ruang kerja dan meja kerja yang disediakan.
  • Disediakan kerusi sudut untuk melihat pemandangan yang indah.

Harga.

  • RM800++ for normal day
  • RM460 Nett promotion price

Ritz Suite

Ritz suite adalah bilik yang mewah dan terletak di tingkat yang paling tinggi. Pelbagai kemudahan yang disediakan secara privasi. Berikut ialah kemudahan yang disediakan didalam bilik yang serba mewah ini.

  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, hot shower.
  • Featuring three bed rooms.
  • Disediakan living hall yang luas.
  • Private swimming pool.
  • Ruang dapur yang selesa.
  • Disediakan meja makan.
  • Disediakan kerusi di tepi kolam renang.
  • Open air jacuzzi.
  • Steam and sauna room.
  • Disediakan kerusi sudut untuk anda melihat panaroma malam Bandar Ipoh dari dalam bilik.
  • Disediakan peti ais dan pemanas makanan.
  • Satu set BBQ.

Harga.

  • RM2300++ for normal day
  • RM1500 Nett promotion price

Standard Room di Ritz Garden Hotel Ipoh

Kemudahan

Ritz Garden Hotel meyediakan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung antaranya ialah:

  • Swimming pool and kid’s pool – Dibuka dari jam 7.30 pagi sehingga 10.00 malam.
  • Gym – Dibuka dari jam 7.30 pagi sehingga 10.00 malam.
  • Steam dan Sauna (asing bagi lelaki dan wanita) – Dibuka dari jam 7.30 pagi sehingga 10.00 malam.
  • Perpustakaan – Dibuka dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.
  • Meja snooker – Dibuka dari jam 2.00 petang sehingga 10.00 malam.
  • Cinema – Dibuka dari jam 5.00 petang sehingga 11 malam.
  • Health reflexology centre – Dibuka dari jam 12 tengahari sehingga 11.00 malam.
  • RR mart (Convenience Shop) – Dibuka 24 jam.
  • Terdapat surau untuk lelaki dan wanita.
  • Disediakan dewan seminar dan untuk sewaan perkhawinan.

Perpustakaan di Ritz Garden Hotel Ipoh

Makanan

Ritz Garden Hotel Ipoh menyediakan 9 buah restauran untuk pengunjung menjamu selera dengan pelbagai jenis menu makanan:

  1. Ritz resep i– Terletak di lobby hotel dan dibuka setiap hari dan menyediakan menu makanan dari Asia dan Barat.
  2. Goldtown Kopitiam– Bagi penggemar kopi, anda dapat menikmatinya disini sambil menjamah roti bakar yang disediakan dengan pelbagai cara. Disamping itu terdapat juga menu dari Asia dan Eropah. Dibuka dari jam 10 pagi sehingga 12 tengah malam.
  3. Poolside Cafe – Dibuka dari jam 2 petang sehingga 10 malam. Anda dapat menikmati juadah makanan dan minuman yang segar sambil menghirup udara dari luar.
  4. Cigar bar – Dibuka dari jam 5 petang sehingga 1 pagi.
  5. KTV – Bagi pengemar karaoke, disini disediakan bilik khas untuk anda dan dilengkapi dengan sistem terkini. Dibuka dari jam 5 petang sehingga 1 pagi.
  6. East Come Restaurant (Chinese Restaurant) – Dibuka untuk makan tengahari dan makan malam sahaja. Menyediakan menu masakan cina sahaja .
  7. Euro Houese (Restaurant anda Bar) – Dibuka dari jam 3 petang sehingga 1 pagi. Restaurant ini lebih kepada konsep santai sambil menjamu selera bersama rakan-rakan.
  8. Cool Lounge –Dibuka dari jam 3 petang sehingga 2 pagi.
  9. Business Lounge – Ia terletak di tingkat tujuh hotel dan menghadap ke bandaraya Ipoh. Untuk melihat keindahan panorama Ipoh bolehlah memilih Business Lounge sambil menikmati juadah yang disediakan.

Swimming Pool

Terdapat pelbagai tempat menarik yang anda boleh kunjungi jika anda datang ke Ipoh, Perak. Ritz Garden Hotel antara hotel yang bertaraf empat bintang yang cukup selesa untuk menginap. Harga yang ditawarkan mungkin agak mahal. Pilihlah tarikh yang sesuai dan kami mencadangkan anda melawat laman web hotel untuk melihat promosi yang ditawarkan.

Add new comment