Tower Regency Hotel Ipoh

Tower Regency Hotel Ipoh telah dianugerahkan hotel yang bertaraf empat bintang. Jika anda ingin melancong atau urusan kerja ke Ipoh, Perak boleh cuba untuk bermalam disini. Tower Regency Hotel menyediakan pelbagai kemudahan asas yang lengkap untuk anda. Disihi, kami menyediakan beberapa maklumat secara ringkas mengenai Tower Regency Hotel Ipoh.

Tower Regency Hotel di Ipoh, Perak

Lokasi

Lokasi Tower Regency Hotel Ipoh yang terletak di tengah-tengah bandaraya Ipoh, perak akan memudahkan segala urusan pengunjung ketika menginap disini. Terdapat kedai-kedai yang berhampiran dengan hotel dan pusat membeli- belah.

Alamat:

Tower Regency Hotel
6-8 Jalan Dato Seri Ahmad Said,
Greentown, 30450 Ipoh Perak Malaysia.

Hubungi:

inquiry@towerregency.com.my /klso@towerregency.com.my
Tel : +6 05-208 6888
Fax : +6 05-255 8399

Penginapan

Tower Regency Hotel di Ipoh terdapat tujuh jenis kategori bilik yang disediakan. Berikut ialah beberapa kategori bilik dan kemudahan asas yang lengkap. Antaranya ialah:

Deluxe Room

Deluxe Room adalah bilik yang sesuai untuk dua orang dan harga untuk satu malam RM188.00.

  • Bilik berhawa dingin.
  • Bathtub and Shower.
  • TV 32” flat screen with astro channel.
  • Terdapat dua Single Bed.
  • Disediakan kerusi sudut di tepi tingkap bilik.
  • Disediakan peti ais mini.
  • Disediakan kemudahan untuk membancuh air didalam bilik.

Deluxe Room yang terdapat di Tower Regency Hotel Ipoh

Studio Apartment

Studio Apartment adalah bilik penginapan yang sesuai untuk dua orang dan bilik ini agak luas berbanding dengan Deluxe Room. Harga yang ditawarkan untuk satu malam ialah RM188.00 sahaja.

  • Bilik berhawa dingin.
  • Standing shower.
  • TV 32” flat screen with selected Astro channel.
  • Terdapat dua Single Bed.
  • Coffee table.
  • Single- door fridge.
  • Disediakan kemudahan untuk membancuh air didalam bilik.
  • Disediakan sarapan untuk seorang atau dua orang pada satu masa. Tertakluk kepada perubahan masa dan hari.

Regency Studio Apartment

Regency Studio Apartment adalah bilik penginapan yang sesuai untuk tiga orang dan harga yang ditawarkan untuk satu malam ialah RM268.00.

  • Bilik berhawa dingin.
  • Standing shower.
  • TV 32” flat screen with selected Astro channel.
  • Terdapat dua Single Bed yang dikabungkan dan satu Single Bed.
  • Coffee table.
  • Single- door fridge.
  • Terdapat dua bilik mandi.
  • Terdapat ruang tamu dan sofa.
  • Pantry area.
  • Disediakan kemudahan untuk membancuh air didalam bilik.
  • Disediakan sarapan untuk seorang atau tiga orang pada satu masa. Tertakluk kepada perubahan masa dan hari.

Executive Room

Executive Room adalah bilik peginapan yang sesuai untuk mereka yang merancang berbulan madu. Harga untuk satu malam bermula dari RM308.00. Antara kemudahan yang disediakan ialah:

  • Bilik berhawa dingin.
  • Disediakan bathtub and shower.
  • TV 32” flat screen with selected Astro channel.
  • Internet access.
  • King Bed atau Twin sharing Bed.
  • Coffee table with large sofa.
  • Mini fridge.
  • Shower screen.
  • Disediakan kemudahan untuk membancuh air didalam bilik.
  • Disediakan sarapan untuk seorang atau dua orang pada satu masa. Tertakluk kepada perubahan masa dan hari.

Executive Room yang ada di Tower Regency Hotel

Regency Apartment

Regency Apartment adalah bilik yang lebih sesuai untuk empat orang. Harga untuk satu malam ialah RM348.00. Pelbagai kemudahan asas yang lengkap disediakan. Antaranya ialah:

  • Bilik berhawa dingin.
  • Disediakan bathtub and shower.
  • TV 32” flat screen with selected Astro channel.
  • Pantry area.
  • Terdapat dua bilik tidur dan dua bilik mandi.
  • Terdapat ruang tamu dilengkapi dengan sofa lembut.
  • Disediakan satu King Bed dan dua Single Bed.
  • Coffee table with large sofa.
  • Single-door fridge.
  • Standing shower
  • Disediakan kemudahan untuk membancuh air didalam bilik.
  • Disediakan sarapan untuk seorang atau empat orang pada satu masa. Tertakluk kepada perubahan masa dan hari.

Ambassador Suite.

Ambassador Suite adalah bilik penginapan yang mewah dan disediakan kemudahan lengkap. Harga untuk satu malam bermula dari RM428.00.

  • Bilik berhawa dingin.
  • Disediakan bathtub and shower.
  • TV 32” flat screen with selected Astro channel.
  • Internet Excess.
  • Disediakan satu King Bed.
  • Coffee table with large sofa.
  • Mini fridge.
  • Standing shower dan Jacuzzi.
  • Disediakan kemudahan untuk membancuh air didalam bilik.
  • Disediakan sarapan untuk seorang atau dua orang pada satu masa. Tertakluk kepada perubahan masa dan hari.

Penthouse.

Penthouse adalah bilik penginapan yang paling mewah dan mahal yang terdapat di Tower Regency Hotel. Penthouse ini lebih sesuai untuk mereka yang datang secara berkeluarga. Harga bermula dari RM1500.00 satu malam. Penthouse ini dilengkapi dengan kemudahan lengkap. Antaranya ialah:

  • Bilik berhawa dingin.
  • Disediakan bathtub and standing shower.
  • TV 42” flat screen with selected Astro channel.
  • 32’’ flat screen TV dan mini bar didalam setiap bilik .
  • Disediakan meja makan untuk enam orang.
  • Internet Excess.
  • Terdapat tiga buah bilik tidur.
  • Terdapat dua King Beds dan satu Twin Bed.
  • Carpeted floor.
  • Terdapat balkoni yang luas.
  • Disediakan kemudahan untuk membancuh air didalam bilik.
  • Disediakan sarapan untuk seorang atau enam orang pada satu masa. Tertakluk kepada perubahan masa dan hari.

Kemudahan

Tower Regency Hotel dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan kelengkapan untuk para tetamu. Antaranya ialah:

  • Swimming pool – Terletak di tingkat enam bersebelahan dengan cafe @6.
  • KTV – Terletak di aras tingkat enam dan mempunyai empat bilik karaoke yang luas. Waktu operasi dari jam 5 petang sehingga 1 pagi.
  • Gymnasium – Terletak di tingkat enam hotel. Dilengkapi dengan peralatan moden dan terkini. Dibuka dari jam 7 pagi sehingga 9 malam.
  • Health-centre – Terletak bersebelahan dengan kolam renang dan berada di aras enam hotel. Pengunjung boleh merehatkan diri sambil menghirup udara segar. Dibuka dari jam 9 pagi sehingga 10 malam.
  • T –Mart – Dibuka dari jam 10 pagi sehingga 8.00 malam. Kedai ini terletak di aras bawah kawasan lobby Arcade.
  • Disediakan dewan seminar dan untuk sewaan perkhawinan.

Swimming pool di Tower Regency hotel

Makanan

Tower Regency Hotel Ipoh menyediakan 2 buah restauran untuk para pengunjung menjamu selera dengan pelbagai menu makanan yang disediakan:

  1. Cafe@6 – Terletak di tingkat enam hotel dan dibuka setiap hari serta menyediakan pelbagai menu makanan. Dibuka dari jam 6.30 pagi sehingga 11 malam.
  2. T-Lounge – Terletak di tingkat bawah hotel. Pengujung boleh menjamu selera sambil beristirehat di ruangan yang disediakan. Dibuka dari jam 4 petang sehingga 1 pagi dan ditutup pada hari ahad sahaja.

Bilik KTV

Kesimpulannya, Tower Regency Hotel yang terletak di Ipoh sesuai dijadikan tempat penginapan. Suasana hotel yang tenang dan cantik boleh merehatkan fikiran anda. Harga hotel yang mahal dan jika anda ingin juga bermalam disini, pastikan anda membuat tempahan terlebih dahulu. Untuk mengetahui promosi atau pakej yang disediakan boleh terus ke laman sesawang Tower Regency Hotel Ipoh.

Add new comment