Melawat Zon Bebas Cukai, Betong Thailand

Betong Thailand adalah sebuah bandar yang agak popular dikalangan masyarakat Malaysia terutama bagi penduduk di negeri Perak, Kedah dan Kelantan. Ia adalah ibu kota daerah Betong, yang merupakan kawasan paling selatan Wilayah Yala. Rakyat negara ini yang ingin ke Betong boleh melalui Pengkalan Hulu, Perak. Ini kerana ia adalah salah satu pintu masuk ke negara jiran ini selain dari Padang Besar di Perlis, Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Rantau Panjang di Kelantan.

Betong, Thailand.

Saya sempat melawat zon bebas cukai ini untuk melihat apa yang menarik untuk dikongsikan kepada pengunjung Percutian Bajet. Seperti dikebanyakan pintu masuk sempadan, disini terdapat kompleks perniagaan zon bebas cukai dan juga kawasan gerai perniagaan awam. Mari ikuti apa yang menarik di kawasan bebas cukai Betong ini.

Lokasi

Zon Bebas Cukai ini terletak di sempadan negeri Perak dan Thailand. Ia terletak dalam daerah Hulu Perak. Pengunjung boleh mengunjungi Zon Bebas Cukai Betong melalui Pengkalan Hulu. Jarak dari pusat bandar ke destinasi ialah kira-kira 6 KM sahaja.

Alamat:
Zon Bebas Cukai
Bukit Berapit,
33100 Pengkalan Hulu,
Perak

Peta Zon Bebas Cukai Betong, Thailand.

Tarikan pelancongan

Tarikan pelancongan Zon Bebas Cukai Betong ini semestinya ialah membeli-belah. Pelbagai barangan dari negara jiran boleh didapati dikawasan perniagaan yang disediakan. Selain itu, kompleks bebas cukai juga boleh dikunjungi untuk mendapatkan barangan dari luar negara seperti cokelat, perfume dan lain-lain.

Membeli-belah dikawasan perniagaan

Terdapat satu kawasan perniagaan yang boleh dikunjungi. Selepas melalui Kompleks Zon Bebas Cukai, anda akan tiba ke kawasan perniagaan yang terletak betul-betul sebelum pintu gerbang. Berbagai jenis barangan dijual di gerai perniagaan kiri dan kanan jalan. Antaranya ialah:

  • Pakaian - Kebanyakan pakaian yang dijual adalah dari Thailand. Harganya tidaklah murah dan pilihan juga tidak banyak.
  • Makanan - Ada berbagai jenis makanan dijual disini. Namun yang agak menarik hanya buah-buahan dan makanan kering.
  • Peralatan dapur - Barangan dapur seperti periuk, belanga dan lain-lain turut dijual.
  • Barangan bilik tidur - Selimut, Toto, Narita dan lain-lain.

Pemborong buah durian dari Thailand.
Pemborong buah durian dari Thailand. Harga jauh lebih murah disini.

Kawasan gerai perniagaan.
Deretan gerai perniagaan.

Gerai buah-buahan.
Gerai buah-buahan.

Gerai yang menjual pelbagai barangan.
Terdapat juga gerai yang menjual belbagai barangan.

Gerai Somtam.
Gerai Somtam, iaitu sejenis makanan dari Thailand.

Kedai pakaian.
Kedai yang menjual pakaian.

Kedai t-shirt Thailand.
Kedai t-shirt cenderahati Thailand.

Kedai pakaian kanak-kanak.
Kedai menjual pakaian kanak-kanak.

Kedai pakaian wanita.
Kedai pakaian wanita.

Membeli-belah di Zon Bebas Cukai

Seperti kompleks bebas cukai lain, Zon Bebas Cukai Betong ini mempunyai berbagai barangan ternama dari luar negara cuma harganya tidaklah murah. Kelebihannya mungkin kerana barangan tertentu yang sukar didapati seperti cokelat dan perfume. Sebagai peringatan, anda perlu membawa passport untuk membeli-belah disini.

Zon Bebas Cukai.

Zon Bebas Cukai Betong, Thailand tidaklah menarik seperti Padang Besar, Perlis. Kawasan perniagaannya lebih kecil dan barangan yang dijual juga tidak banyak pilihan. Harga barangan tidaklah murah lantaran kejatuhan nilai ringgit berbanding bath. Cuma satu, jika anda melalui Pengkalan Hulu dan ingin membeli buah-buahan dengan harga yang lebih murah atau cokelat ternama di Kompleks Zon Bebas Cukai, berkunjunglah ke sini. Bagi yang belum pernah menjejakkan kaki, datang pada musim durian iaitu sekitar bulan April-Julai. Harganya jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Lebih menarik jika ada passport kerana anda boleh terus ke pekan Betong dimana berbagai tarikan menanti pengunjung.

Add new comment