Muzium Perak di Taiping

Muzium Perak di Taiping merupakan salah satu tempat menarik yang mesti dilawati jika anda berkunjung ke bandar ini. Ramai yang merasakan bahawa melawat muzium adalah aktiviti yang membosankan tetapi kami pasti anda tidak akan beranggapan sedemikan selepas melawat muzium ini.

Jika anda datang melawat pada musim cuti sekolah, muzium ini akan dipenuhi dengan rombongan sekolah dan ibubapa yang membawa anak-anak bercuti. Ini menunjukkan bahawa muzium yang dibina pada zaman penjajahan British dahulu memang popular. Jadi pilih waktu yang sesuai untuk keselesaan anda.

Gerabak keretapi penumpang lama

Anda boleh melihat halaman Tempat menarik di Taiping Perak. Halaman ini memaparkan tempat menarik dan lokasi wajib singgah jika bercuti di Taiping.

Lokasi Muzium Perak

Muzium Perak terletak di pinggir bandar Taiping. Jika anda dari lebuhraya dan ingin menuju ke pusat bandar, anda akan melalui muzum ini. Anda tidak akan terlepas pandang lantaran keunikan bangunan era British ini.

Salah satu penanda lokasi Muzium Perak ialah Penjara Taiping. Kedua-duanya terletak bertentangan antara satu sama lain.

Alamat:
Muzium Perak
Jalan Taming Sari,
34000 Taiping,
Perak Darul Ridzuan

Hubungi:
Tel: 05-807 2057
E-mail : pr.mp@jmm.gov.my
Fax : 05-806 3643

Harga tiket:
Dewasa RM2.
Kanak-kanak bawah 12 tahun PERCUMA.
Kanak-kanak berpakaian sekolah PERCUMA.

Waktu melawat:
Setiap hari : 9.00 am - 6.00 pm
Tutup pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Patung Robert SandilandsFrowd Walker
Siapakah ini?

Apa yang menarik?

Apa yang menarik tentang Muzium Perak di Taiping ialah harga tiketnya yang sangat murah. Berbanding dengan pameran artifek dan berbagai tarikan yang ada disini, ia terlalu murah.

Jujurnya, apa yang menarik di muzium ini adalah koleksi artifek yang dipamerkan termasuk koleksi yang jarang dilihat seperti spesis haiwan dan barangan tembikar yang beusia lebih seratus tahun.

Bagi anda yang merancang untuk ke sini, kami ceritakan secara ringkas apa yang menariknya.

Koleksi burung yang di awet

Muzium tertua di Semenanjung Malaysia

Muzium Perak ditubuhkan pada tahun 1883. Bangunan colonial ini dibina berkonsepkan arkitektur British kuno jenis Art Dico. Ia memang unik dan kelihatan cukup megah bila diperhatikan dari luar.

Muzium Perak di Taiping

Disebelah dalamnya, rekaan dalaman ruang muzium luas dan selesa. Ruang pameran berada di aras bawah dan aras satu. Anda akan menaiki tangga yang cantik untuk ke tingkat atas.

Koleksi artifek lebih 100 tahun

Melangkah masuk ke ruang pameran haiwan liar, pengunjung akan melihat tulang rangka gajah, kuda, tapir dan lain-lain. Ia seolah-olah Jurassic Park.

Tulang rangka gajah

Disekeliling ruang pameran ini terdapat pelbagai jenis binatang yang diawet dan ia begitu menakjubkan. Ini juga adalah masa yang sesuai untuk anda ibubapa menunjukkan bakat sebagai pemandu pelancong kepada anak-anak.

Antara binatang dan tulang rangka yang dipamerkan ialah:

  • Gajah
  • Kuda
  • Seladang
  • Ular
  • Berbagai jenis burung
  • Berbagai jenis tupai

Galeri hidupan laut

Ruang pameran seterusnya ialah galeri hidupan laut. Saya sendiri terlupa nama sebenar galeri ini. Ia agak menarik cuma tidak banyak koleksi yang dipamerkan.

Galeri hidupan laut

Galeri Kebudayaan Perak

Anda mungkin terasa agak janggal bila memasuki ruang pameran ini. Mana tidaknya, sebelum ini Jurassic Park dan kemudiannya Underwater World, tiba-tiba muncul butik tradisional.

Walau bagaimanapun, ia agak menarik bila melihat pakaian tradisional yang cantik ini dipamerkan.

Pameran Kebudayaan
Gambar ini seperti tiada kaitan. Sebenarnya ada dihujung sana.

Galeri Orang Asli dan Tembikar

Galeri Orang Asli dan Tembikar terletak di aras satu. Anda perlu menanggalkan kasut untuk menaiki tangga menuju ke atas. Jadi, pastikan stokin anda tidak berbau kerana ia akan mengganggu pengujung lain.

Galeri pameran mengambil keseluruhan ruang tingkat atas. Anda boleh melihat berbagai koleksi barangan dan peralatan orang asli, barangan kraftangan serta berbagai jenis tembikar yang berusia beratus tahun. Memang unik dan menakjubkan.

Lantaran itu, saya cuma berkongsi gambar dibawah sahaja supaya anda simpan perasaan teruja anda.

Galeri Orang Asli dan Tembikar

Kenderaan lama

Selesai melawat anda perlu berpatah balik untuk ke ruang legar dan seterusnya keluar bangunan melalui jalan belakang. Jangan salah jalan. Pastikan anda melalui kedai cenderahati sebelum keluar.

Kenderaan lama terletak diluar bangunan muzium. Beberapa jenis kereta antik keluaran England dipamerkan. Tidak pasti samada kereta ini masih ada enjin atau hanya kulit badan semata-mata.

Kereta antik buatan England

Dibahagian tepi pagar pula terdapat koleksi kenderaan berbagai jenis. Mungkin kereta jenazah ini sedikit menggerunkan. Saya harap tidak terserempak di jalanraya pada waktu malam.

Van jenazah antik

Kemudahan dan fasiliti

Kemudahan awam yang disediakan tidak banyak. Yang pasti, tempat letak kenderaan adalah percuma. Tiada cafe dan surau yang saya nampak.

Tandas awam

Tandas awam disediakan tetapi pengunjung perlu berjalan keluar muzium. Kalau dah rasa sikit-sikit, eloklah terus ke tandas dahulu sebab ia memang agak jauh dibelakang.

Tempat menarik berhampiran

Zoo Taiping

Tarikan utama semestinya Zoo Taiping. Ramai yang datang bercuti ke sini semata-mata ingin membawa keluarga melawat zoo.

Bukit Larut

Satu lagi tarikan sejarah dan warisan di Taiping. Bukit Larut menjadi lokasi istirehat pegawai tentera British pada zaman dahulu. Mereka membina rumah rehat dipuncak bukit yang dikenali sebagai Maxwell Hill pada masa itu. Ia masih dapat dilihat hingga hari ini.

Anda boleh melihat halaman Bercuti di Bukit Larut. Halaman ini memaparkan cerita dan gambar menarik.

Hotel berhampiran

Banyak hotel berhampiran yang boleh dijadikan tempat penginapan. Antara yang menarik ialah Hotel Seri Malaysia, Novotel Taiping dan hotel Grand Baron.

Untuk melihat hotel yang lebih murah atau potongan harga bilik, anda boleh menyemak serta menempah penginapan terus melalui atas talian di BOOKING.COM.

Kesimpulan

Muzium Perak di Taiping adalah lokasi paling sesuai dikunjungi bagi yang merancang percutian keluarga, rombongan atau percutian bajet ke bandar ini. Ia mempunyai berbagai tarikan yang mengujakan bukan sahaja kanak-kanak tetapi orang dewasa juga. Bangunannya luas, kawasan pameran selesa dimana anda tidak perlu bersesak dengan ramai orang seperti di sesetengah lokasi pelancongan. Kesimpulannya, ia adalah lokasi lawatan percutian bajet 5 bintang.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.