Percutian ke Lost World of Tambun

Lost world of Tambun adalah taman tema terbesar di utara semenanjung Malaysia yang terletak di daerah Tambun, berhampiran Bandaraya Ipoh, Perak. Ia mempunyai banyak aktiviti dan permainan menarik yang menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Bagi pengunjung yang belum pernah kesana dan berminat untuk bercuti bersama keluarga, disini kami sediakan sedikit maklumat untuk anda.

Lost World of Tambun logo.

Lokasi

Terletak di Tambun, Ipoh, Perak.

Alamat:

SUNWAY LOST WORLD WATER PARK SDN BHD (Co. No. 240342-P)
No. 1 , Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh,
31150 Ipoh, Perak, Malaysia

Hubungi:

Theme Park Tel: 605- 542 8888 | Hotel Tel: 605- 540 8888
Fax: 605- 542 8899 | Email: lostworldoftambun@sunway.com.my

Lost world of Tambun.

Harga tiket dan waktu operasi

Harga tiket masuk bagi dewasa, kanak-kanak dan warga emas. Harga berbeza mengikut waktu-waktu tertentu seperti musim percutian dan promosi.

  • Harga tiket dewasa - RM56.
  • Kanak-kanak umur 12 tahun ke bawah dan lebih 90cm tinggi - RM49.
  • Harga tiket Warga Emas - RM49.
  • Kanak-kanak bawah 90cm tinggi - percuma.

Tiket adalah termasuk tempat dan aktiviti berikut:

  • Lost World Amusement Park.
  • Lost World Water Park.
  • Lost World Tiger Valley.
  • Lost World Petting Zoo.
  • Lost World Tin Valley.
  • Lost World Hot Springs & Spa.
  • Lost World Lupe’s Adventure.

Jungle Wave Pool di Lost world of Tambun.

Keterangan gambar: Kolam ombak yang terdapat di Lost World of Tambun.

Waktu operasi

  • Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat - 11 am hingga 6 pm.
  • Sabtu, Ahad, cuti sekolah, cuti umum - 10 am hingga 6 pm.
  • Ditutup setiap hari Selasa kecuali cuti sekolah dan cuti umum.

Swan Lake di Lost World of Tambun.

Keterangan gambar: Swan Lake di Lost World of Tambun di mana anda boleh memberi makan ikan-ikan yang banyak didalam tasik.

Aktiviti menarik di Lost World of Tambun

Terdapat tiga jenis aktiviti yang disediakan untuk pengunjung di taman tema ini. Berikut ialah senarai aktiviti yang ada di Lost World of Tambun:

Water park

Water Park menawarkan berbagai aktiviti menarik buat pengunjung Lost World of Tambun. Baik dewasa mahupun kanak-kanak, anda pasti seronok mencuba permainan taman tema air yang disediakan.

  • Sandy bay- Pantai berpasir membuatkan anda seolah-olah berada ditepi laut.
  • Jungle wave pool - Kolam yang sangat besar dengan ombak tinggi membuatkan anda merasa seperti mandi laut.
  • Adventure river - Sungai yang mengelilingi water park. Anda boleh menaiki pelampung mengairi sungai ini.
  • Tube riders - Meluncur didalam tiub yang berbengkang-bengkok dari aras tinggi ke kolam.
  • Cliff racer - Meluncur diatas papan gelongsor kedalam kolam.
  • Kids exploraby - Zon untuk kanak-kanak. Berbagai aktiviti air menarik yang sesuai dengan kanak-kanak.

Tube riders di Lost World of Tambun.

Keterangan gambar: Permainan air Tube riders yang terdapat di Water Park ini sentiasa menjadi tumpuan pengunjung.

Amusement park

Setelah habis mencuba permainan air di Water Park, anda boleh ke Amusement Park pula. Ia berada didalam kawasan Lost World of Tambun juga. Anda pasti tertarik dengan permainan yang disediakan.

  • Lupe's adventure - Ia adalah roller coaster yang meluncuri landasan berliku, membelok dan menjunam laju membuatkan pengunjung menjerit teruja.
  • Storm rider - Rasai perasaan teruja menaiki sebuah kapal besar yang berayun tinggi hingga 180 darjah. Anda boleh duduk di bahagian hujung kapal untuk merasa ayunan yang lebih tinggi.
  • Dragon flight - Naiki buaian yang berpusing 360 darjah. Ia mula berpusing perlahan dan semakin laju membuatkan anda terbuai tinggi di udara.
  • Adventure express - Keretapi yang membawa pengunjung melalui tempat-tempat menarik mengelilingi taman tema Lost World of Tambun.
  • Giddy Galleon - Permainan berupa bot terapung yang bergerak keliling sesuai untuk kanak-kanak.
  • Perak Parade - Keretapi permainan yang bergerak keliling untuk kanak-kanak.

Storm rider adalah sebuah kapal yang berayun di Lost World of Tambun.

Keterangan gambar: Storm rider turut menjadi tumpuan di Amusement Park. Ia adalah sebuah kapal yang berayun tinggi ibarat kapal ditengah lautan.

Lost World Petting Zoo

Taman binatang yang mempunyai lebih kurang 55 spesis binatang. Tidak seperti zoo biasa, di Lost World Petting Zoo, pengunjung boleh memberi makan dan bermain dengan binatang yang ada seperti arnab dan burung. Antara lain yang terdapat disini ialah:

  • Marmoset Tree House - Mempunyai marmoset iaitu monyet kecil seperti tupai yang berasal dari Amerika.
  • Tortoise Kingdom - Taman kura-kura yang cantik dengan sungai semulajadi yang mengalir ke kolam kura-kura.
  • Serpentarium - Taman ular.
  • Ruby and Friends - Menempatkan raccoon (binatang seperti musang berasal dari Amerika) yang sangat lembut dan comel.
  • Bird Paradise - Taman burung yang mempunyai 500 ekor burung dari 18 spesis.
  • Rabbit Wonderland - Tempat arnab disekitar sungai buatan.
  • Rain Forest Trail - Berjalan di dalam hutan.
  • Rock Canopy.

Lost World petting zoo.

Keterangan gambar: Lost World Petting Zoo ini pengunjung dapat melihat binatang, memberi makan serta menyentuh sesetengah binatang yang jinak.

Aktiviti dan pertunjukan harian di Lost World Petting Zoo:

Raccoon Feeding Show : 12.00 tengahari.
Tortoise Feeding Show : 2.00 petang.
Wild Feeding Show : 3.30 petang.

Aktiviti menarik lain

Aktiviti lain yang menarik dalam taman tema ini ialah Lost World Tiger Valley. Ia adalah kandang besar yang terdapat harimau didalamnya.

Pertunjukan memberi makan harimau.

Hari bekerja:
3.00pm & 4.00pm
Hari minggu / cuti sekolah / cuti umum:
3.00pm & 4.00pm

Didalam taman tema ini juga terdapat sebuah taman bijih timah yang di panggil Tin Valley. Tin valley adalah kawasan yang dibina dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan perlombongan bijih timah seperti mendulang bijih, gajah yang digunakan sebagai kenderaan pengangkut bijih dan lain-lain.

Selain itu, terdapat spa yang disediakan untuk pengunjung taman tema ini diwaktu malam. Lost World Hot Springs and Spa dibuka hanya pada waktu malam sahaja iaitu dari 6.00pm-11.00pm. Tiket berharga RM24. Suhu air panas adalah sekitar 38-40 darjah selsius. Terdapat empat jenis kolam air panas iaitu:

  • Crystal pool.
  • Infinity pool.
  • Top of the world pool.
  • Saphira lair - Untuk kanak-kanak.

Spa.

  • Lost World Steam Cave
  • Foot Spa
  • Crystal Spa

Foot spa di Lost World of Tambun.

Keterangan gambar: Foot spa di Lost World of Tambun ini dibuka di waktu malam.

Lain-lain

  • Souvenir shop.
  • Sewa pelampung rm 15, deposit rm10 (rm25).
  • Sewa locker rm10.00.
  • Food court.

Garden Terrace di lost world of Tambun.

Penginapan

Hotel Lost World of Tambun - Terletak berhadapan dengan entrance park. Menyediakan bilik dan perkhidmatan bertaraf antarabangsa. Rate harga adalah seperti berikut:

  • Super Suite - MYR1,200.00+
  • Premiere Suite - MYR1,000.00+
  • Executive Suite - MYR900.00+
  • Deluxe Suite - MYR800.00+
  • Classical Room - MYR600.00+
  • Exotic Room - MYR500.00+

Anda juga boleh mendapatkan hotel yang lebih murah di sekitar Tambun atau Ipoh. Untuk melihat perbandingan harga termurah, anda boleh menyemak dan menempah bilik penginapan melalui Booking.com.

Lost World Of Tambun adalah lokasi percutian keluarga yang sangat menyeronokkan. Ia juga destinasi percutian yang sesuai untuk bergembira bersama kawan-kawan. Jika anda masih belum pernah ke sini, jangan ragu-ragu lagi. Rancanglah percutian anda sekarang. Anda pasti tidak akan menyesal. Selamat bercuti!

Comments

5

Harge rm56 termasuk smue tmpat ke??atau themepark je

Tiket adalah termasuk tempat dan aktiviti berikut:

- Lost World Amusement Park.
- Lost World Water Park.
- Lost World Tiger Valley.
- Lost World Petting Zoo.
- Lost World Tin Valley.
- Lost World Hot Springs & Spa.
- Lost World Lupe’s Adventure.

Saya copy je dari artikel kat atas tu. :-)

beli dkt sini murah sket..cover sumer tempat mcm kat atas tu jugak

http://www.11street.my/productdetail/sunway-lost-world-of-tambun-ipoh-entrance-tickets-10527390

ticket price
hotel pakage for 4 adult 3 child
12Dec ~ 14Dec 2016

Kl nk msuk zoo jer..xnk main n xnk mndi.. Blh x? Ada diskaun tket ker

Add new comment