Taman Botani Perak

Taman Botani Perak adalah destinasi menarik baru yang boleh anda lawati jika berkunjung ke Taiping. Projek pembinaan yang bermula sejak 2016 ini telah siap beberapa fasa penting dan sudah mula dibuka kepada orang-ramai. Ia mula beroperasi secara rasmi pada 16 Ogos 2019.

Seperti taman botani lain yang ada di Malaysia, ia dibuka bagi tujuan penyelidikan, konservatif saintifik, pendidikan dan rekreasi awam. Dalam tinjauan saya, selain melawat taman herba, orkid dan berbagai tumbuhan lain, Taman Botani Perak ini cukup menarik untuk aktiviti riadah keluarga kerana kawasannya yang teduh, udara yang nyaman, trek menarik dan yang paling penting selamat.

Taman Botani Perak di Taiping

Lokasi Taman Botani Perak

Taman Botani Perak terletak dalam kawasan Taman Tasik Taiping. Lokasi ini termasuk dalam Mukim Tupai, Daerah Larut dan Matang. Ia cukup mudah ditemui kerana terletak betul-betul ditepi jalan utama selepas simpang ke Bukit Larut.

Alamat:
Taman Botani Perak
Jalan Air Terjun,
34020 Taiping,
Perak

Hubungi:
Tel: -
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk.
Dewasa : Percuma
Kanak-kanak : Percuma

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.30 am - 7.00 pm

Waktu operasi

Apa ada di Taman Botani Perak?

Taman Botani Perak mempunyai empat laman utama iaitu Laman Tema, Laman Palmatum, Laman Endemik Zon Utara dan Laman Melayu Perak. Sebanyak 10,000 pokok dari 122 spesis ditanam didalam empat laman ini.

Lanskap menarik di Taman Botani

Jika hendak dibandingkan dengan taman botani lain di Malaysia, ia memang jauh ketinggalan. Ini kerana Taman Botani Perak masih dalam pembinaan dan belum siap sepenuhnya. Berbanding Taman Botani Shah Alam atau Penang Botanical Garden yang wujud sejak zaman British, ia tentu sekali serba kekurangan.

Kolam didalam taman botani

Walau bagaimanapun, objektifnya telah tercapai. Pengunjung boleh membawa ahli keluarga melawat tumbuhan yang ada sambil berjalan kaki mengeluarkan peluh disatu kawasan yang cantik dan selamat.

Laluan di Taman Botani Perak

Kemudahan

Kemudahan awam yang disediakan di Taman Botani Perak ialah tempat letak kereta, tandas awam wakaf atau pondok rehat.

Peta Taman Botani Perak

Kesimpulan

Taman Botani Perak adalah salah satu tempat menarik yang boleh dilawati jika bercuti di Taiping. Ia paling sesuai dikunjungi pada awal pagi atau lewat petang. Berbanding Bukit Larut atau Taman Tasik Taiping, taman ini lebih santai dan seronok untuk berjalan kaki mengeluarkan peluh. Cuma pastikan anda memakai pakaian yang sesuai.

Masuk percuma

Pengunjung boleh masuk secara percuma dan tiket tidak dikenakan. Jadi jika tidak tahu kemana hendak dituju, Taman Botani Perak boleh dijadikan destinasi pilihan untuk beriadah jika anda bercuti di Taiping.

Artikel berkaitan

Mana lagi nak pergi? Jom melawat Zoo Taiping.

Tempat menarik yang mengejutkan. Muzium Perak di Taiping.

Lihat semua tempat menarik di Taiping Perak.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.