Tempat menarik di Taiping Perak

Taiping merupakan salah satu destinasi percutian bajet yang paling popular di Perak. Ia mempunyai banyak tempat menarik dan menawarkan berbagai jenis pelancongan. Bagi anda yang ingin bercuti kesana, berikut ialah senarai tempat-tempat menarik di Taiping yang boleh dilawati:

Bukit Larut (Maxwell Hill)

Bukit Larut atau Maxwell Hill ialah pusat peranginan tanah tinggi yang telah lama terkenal di Malaysia. Ia dibangunkan oleh penjajah British yang menduduki Perak sebelum kekerdekaan Tanah Melayu. Ia menjadi tempat berehat pegawai British kerana suhu yang sejuk dipuncak bukit. Kini Bukit Larut menjadi salah satu tempat menarik di Taiping yang menjadi tumpuan pelancong. Ia adalah kawasan hutan hujan tropika yang cantik. Terdapat pelbagai spesis flora dan fauna menarik boleh ditemui disini.

Untuk ke puncak Bukit Larut, pengunjung boleh menaiki kenderaan yang disediakan dikaki bukit. Perjalanan lebih-kurang 30 minit untuk sampai ke destinasi. Jika ingin mendaki, anda boleh mengikut laluan jalanraya ke puncak yang lebih mudah. Pengunjung yang ingin bermalam perlu membuat tempahan awal kerana tidak banyak chalet di puncak bukit.

Harga tiket / Bayaran kenderaan:
Dewasa : RM6.
Kanak-kanak: RM3
Barang-barang: RM15

Lokasi:
Bukit Larut
34000 Taiping,
Perak

Lihat artikel Bercuti di Bukit Larut untuk maklumat lanjut.

Bukit Larut Taiping.

Taman Tasik Taiping

Taman Tasik Taiping ialah tempat rekreasi menarik yang mesti dikunjungi jika bercuti di daerah ini. Ia adalah sebuah taman yang cantik dengan pokok-pokok hijau yang merimbun dan tasik luas yang sangat cantik. Taman Tasik ini merupakan taman tasik tertua di Malaysia. Terdapat berbagai kemudahan seperti trek jogging, taman permainan kanak-kanak, aktiviti kayak dan bermacam-macam lagi. Panorama yang indah dan mendamaikan menjadi daya tarikan untuk orang-ramai berkunjung dan beriadah atau bersantai bersama keluarga disini.

Lokasi:
Taman Tasik Taiping
34000, Taiping,
Perak

Taman Tasik Taiping.

Muzium Perak

Muzium Perak ialah muzium tertua di Malaysia yang terletak di bandar Taiping, Perak. Ia menyimpan khazanah, artifek dan bahan sejarah negeri Perak. Muzium Perak mempamerkan beberapa binatang liar yang diawet, tengkorak manusia dan binatang, rumah-rumah melayu, pakaian pengantin melayu tradisional dan berbagai khazanah lagi.

Alamat:
Muzium Negeri Perak
Jalan Muzium,
34000 Taiping,
Perak Darul Ridzuan

Muzium Perak di Taiping.

Zoo Taiping

Salah satu destinasi pelancongan paling popular di Taiping setiap kali tiba musim cuti sekolah ialah Zoo Taiping. Ia adalah zoo yang pertama dibina di Malaysia. Berbagai spesis haiwan eksotik dari dalam dan luar negara terdapat di zoo ini. Lokasinya ialah berhampiran Taman Tasik Taiping, iaitu di kaki Bukit Larut. Jika anda mencari tempat menarik di taiping waktu malam, Zoo Taiping juga menawarkan Night Safari dimana pengunjung boleh melawat dan melihat aktiviti binatang dimalam hari.

Alamat:
Zoo Taiping
Jalan Taman Tasik Taiping,
34000 Taiping,
Perak Darul Ridzuan

Zoo Taiping Perak.

Burmese Pool Taiping

Burmese Pool ialah kawasan air terjun di Taiping yang menarik terletak di kaki Bukit Larut. Kolam berbatu semulajadi yang menarik dan menjadi lokasi mandi-manda penduduk sekitar Taiping. Kolamnya yang luas dan air yang sejuk sangat menyegarkan. Ia juga sesuai untuk anda merehatkan diri dalam suasana kehijauan hutan yang sungguh mendamaikan.

Lokasi:
Burmese Pool Taiping
34000 Taiping,
Perak

Air terjun Burmese Pool Taiping.

Air terjun Pecah Batu

Satu lagi air terjun yang menarik di Taiping ialah air terjun Pecah Batu. Lokasi air terjun ini ialah di kaki Gunung Bubu, Trong. Suasana di sini cukup tenang dan mendamaikan. Air terjunnya juga cantik. Banyak kawasan kolam yang cetek sesuai untuk kanak-kanak mandi. Ada juga kolam yang agak dalam dan menarik untuk orang dewasa. Walau bagaimanapun, pengunjung perlu berjalan dan memanjat lebih atas untuk ke air terjun yang lebih cantik.

Lokasi:
Air terjun Pecah Batu
34800 Trong,
Perak

Air terjun Pecah Batu Taiping.

Taiping Equine Park

Jika anda merancang untuk bercuti di Taiping, jangan lupa untuk mencuba aktiviti menunggang kuda. Taiping Equine Park menawarkan berbagai aktiviti menarik menunggang kuda untuk seisi keluarga. Mungkin ramai yang kurang minat mengunjungi lokasi percutian seperti ini tetapi sebenarnya menunggang kuda sangat baik untuk kesihatan. Ia juga digunakan untuk terapi kanak-kanak. Malangnya, tempat pelancongan seperti equine park ini memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi. Apa yang boleh kita lakukan ialah datang ke sini sebagai tanda sokongan. Bayaran masuk tidak dikenakan tetapi anda boleh membeli karot yang dijual disini untuk diberi makan pada kuda. Anda juga boleh melawat kawasan ini dimana terdapat kandang kuda, kawasan aktiviti dan terapi kuda.

Alamat:
Taiping Equine Park
Jalan Bukit Larut,
34000 Taiping,
Perak
Tel: +60 12-311 4177

Equine Park Taiping.

Port Weld (Kuala Sepetang)

Port Weld yang sekarang dikenali dengan Kuala Sepetang ialah tempat bersejarah di Taiping dimana ia pernah menjadi sebuah pelabuhan yang penting di zaman penjajah British dahulu. Laluan keretapi pertama dibina di semenanjung Malaysia dibina menghubungkan Taiping dan Port Weld pada tahun 1885.

Walaupun sudah tidak berfungsi, kesan sejarah masih boleh dilihat di Port Weld. Stesen keretapi dan landasannya menjadi bukti perkampungan nelayan ini pernah menjadi pelabuhan yang sibuk suatu ketika dahulu.

Jika mengunjungi Port Weld anda dapat menjamu selera dengan mee udang Kuala Sepetang yang terkenal.

Alamat:
Kuala Sepetang
34650 Taiping,
Perak

Kompleks Sejarah Matang

Kompleks Sejarah Matang dahulunya dikenali dengan nama Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim. Kota ini turut dikenali sebagai Muzium Sejarah Matang. Ia adalah kota lama yang dibina oleh Che Ngah Ibrahim sebagai pusat pentadbiran dan pertahanan daerah Larut, Matang. Disini terdapat rumah yang pernah didiami oleh Ngah Ibrahim yang kini dijadikan pusat pameran sejarah.

Alamat:
Kota Ngah Ibrahim
34750 Matang, Perak

Kompleks Sejarah Matang.

Tanah Perkuburan Perang Taiping

Tanah Perkuburan Perang Taiping atau lebih dikenali sebagai Taiping War Cemetery merupakan kawasan perkuburan askar yang mati semasa perang dunia kedua dan juga semasa darurat. Lebih 850 korban telah disemadikan disini termasuk lebih 500 korban yang tidak dapat dikenal-pasti hingga ke hari ini. Askar-askar yang disemadikan disini termasuk askar British, India dan juga askar Melayu.

Kubur ini terbahagi kepada dua iaitu kubur Kristian dan juga kubur Muslim. Bagi kubur muslim, ia ditanam seperti ditanah perkuburan Islam biasa dan mengadap kiblat manakala kubur Kistian ditanam dikawasan berlainan yang terdapat tiang salib.

Alamat:
Taiping War Cemetery
34000 Taiping,
Perak

Tanah Perkuburan Perang Taiping.

Kredit gambar: Wikipedia

Stesen keretapi Taiping

Taiping Bandar Warisan. Salah satu warisan sejarah yang dapat dilihat hingga hari ini ialah stesen keretapi pertama yang dibina di Tanah Melayu bagi menghubungkan Taiping dengan Port Weld (Kuala Sepetang). Stesen keretapi ini dibina pada tahun 1882 dan dirasmikan pada tahun 1885.

Alamat:
Stesen keretapi Taiping
Jalan Stesen,
34000 Taiping,
Perak

Stesen Keretapi Taiping.

Kredit gambar: Arkib Negara

Terdapat banyak lagi tempat menarik di Taiping yang boleh anda kunjungi jika bercuti di sini. Ia adalah lokasi yang sangat sesuai untuk membawa keluarga melancong. Kos perbelanjaan yang rendah menjadikan Taiping sebagai lokasi percutian bajet pilihan utama keluarga di utara Semenanjung Malaysia. Jika anda mempunyai ahli keluarga yang ramai, anda boleh memilih untuk tinggal di homestay yang banyak terdapat disekitar kawasan disini yang ternyata lebih menjimatkan.

Comments

2

Terima kasih, info sangat menarik dan membantu kerana saya amat berminat untuk melawat ke Taiping dan melihat sendiri keunikan bandar tersebut. Semoga Bandar Taiping akan terus mempergiatkan usaha untuk mempertingkatkan lagi mutu kawasan-kawasan pelancongan tersebut.

Bukit Larut merupakan destinasi yg menarik tapi malangnya jumlah trip dengan land rover adalah terbatas. Pernah sampai di pejabat tiket jam 1 petang untuk trip pukul 2.30 petang tapi tiket telah habis. Tiada inisiatif untuk menambah jumlah trip ke atas bukit walaupun tempat ni di war-warkan dalam kalendar Negeri Perak. Amat mendukacitakan..

Add new comment