Top 10 aktiviti menarik di Pulau Pangkor

Bagi anda yang tertanya-tanya apa yang boleh dilakukan di Pulau Pangkor, berikut ialah top 10 aktiviti menyeronokkan untuk anda cuba. Percayalah, ia tidak kurang hebat dari Pulau Langkawi. Semua aktiviti yang disediakan ini mampu memenuhi masa terluang percutian anda.

Pulau Pangkor terkenal dengan pantai yang cantik. Banyak resort dan chalet dibangunkan dikawasan berhampiran pantai. Kebiasaannya, pengunjung yang bercuti disini boleh bersiar-siar melihat pemandangan laut, bersantai, mandi laut dan barbeque ditepi pantai.

Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan. Yang pertama tentu sekali melawat destinasi pelancongan yang ada. Anda boleh rujuk artikel berkaitan di penghujung artikel ini. Seterusnya, inilah Top 10 aktiviti menarik di Pulau Pangkor yang tidak boleh dilepaskan.

1- Watersport

Aktiviti watersport adalah sesuatu yang paling menyeronokkan bila bercuti dikawasan pantai. Di Pulau Pangkor, banyak aktiviti seperti fun rides yang boleh anda cuba. Aktiviti seperti Banana boat, Outrigger, Paparazzi, Big Mable, Matrix, Half Pipe, Super Cube, High Roller, Water ski dan Parasailing ditawarkan di pantai popular seperti Pantai Teluk Nipah dan Pantai Pasir Bogak.

Suasana di pantai Pulau Pangkor paling meriah di musim cuti sekolah dan cuti umum kerana pada waktu inilah paling banyak operator pelancongan menawarkan perkhidmatan mereka. Selain itu, aktiviti lain seperti berkayak dan jet ski turut disediakan. Anda boleh menyewa peralatan berkenaan dari operator yang ada ditepi pantai. Walau bagaimanapun, tidak semua aktiviti ini ada sepanjang masa.

Alamat:
SF Watersports Centre
Pantai Pasir Bogak,
32300 Pulau Pangkor,
Perak

Hubungi:
Tel : 012-510 9286, 012-5042 760, 012-480 6328
Email : fun@sfwatersports.info
Facebook : SF Watersports Centre

Harga tiket:
Harga setiap aktiviti adalah berbeza. Hubungi SF Watersports
Kayak : RM20 - sejam
Jet ski : RM100 - 20 minit
Water ski : RM100 - 20 minit
Banana Boat : RM15 - seorang 2 pusingan
Mable, Paparazzi,96, etc : RM20 - seorang 2 pusingan

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.00 am - 5.00 pm

Aktiviti Watersport dan permainan

2- Pusing pulau / ronda pulau

Salah satu aktiviti yang mesti dilakukan di Pulau Pangkor ialah meronda mengelilingi pulau sambil melawat tempat menarik. Anda boleh melakukan aktiviti ini dengan menyewa motorsikal, kereta atau menaiki van merah jambu yang menjadi ikon pulau ini.

Pulau Pangkor tidaklah sebesar Pulau Langkawi. Anda boleh mengelilingi pulau dalam masa beberapa jam sahaja. Lebih seronok jika anda pandai menunggang motorsikal. Antara pengalaman menarik yang akan anda tempuhi disepanjang perjalanan ialah kawasan berbukit yang agak tinggi dikelilingi pokok-pokok hutan semulajadi. Selain itu, anda akan dapat melihat perkampungan nelayan, pantai dan resort menarik yang ada di pulau ini.

Motorsikal dan kereta boleh disewa di jeti Pulau Pangkor atau melalui resort penginapan anda. Van merah jambu ada di semua lokasi pelancongan utama.

Alamat:
Pangkor Island Chalet,
Lot 4444, Teluk Nipah,
32300 Pulau Pangkor,
Perak

Hubungi:
Telefon / Whatsapp : 017-467 3477
Email : -

Harga tiket:
Harga sewa kenderaan
Van : RM100-RM150 (10 orang)
Kereta : RM90-RM120 sehari
Motorsikal : RM30 - RM40 sehari

Waktu operasi:

Setiap hari : 7.00 am - 8.00 pm

Van Pink Pulau Pangkor

3- Boat trip

Boat trip ialah aktiviti menarik di Pulau Pangkor yang boleh anda lakukan beramai-ramai. Ada beberapa pakej disediakan untuk pelancong seperti pakej snorkeling, island hopping, sunset cruise, blue sand cruise dan island cruise.

Snorkeling - Anda akan dibawa ke kawasan pulau berhampiran dimana air lebih jernih dan terdapat karang serta ikan-ikan menarik.

Island hopping - Pelancong akan dibawa melawat pantai dan pulau-pulau kecil yang ada dikawasan ini. Biasanya disediakan secara pakej bersama island hopping.

Sunset cruise - Pelancong akan dibawa ke lokasi menarik untuk menikmati pemandangan indah matahari terbenam.

Blue sand cruise - Mungkin ramai yang tidak tahu akan wujudnya blue sand di Pulau Pangkor. Ini kerana lokasi tempat melihat keajaiban ini, iaitu Pulau Sembilan sudah ditutup kepada umum sejak 2017. Walau bagaimanapun, anda masih boleh melihat fenomena pasir biru dengan pakej boat trip.

Island cruise - Seperti Island hopping, anda akan dibawa melawat pulau yang ada di perairan ini, pantai dan jeti nelayan. Ia mengambil masa 2 hingga 4 jam. Biasanya pakej termasuk aktiviti snorkeling.

Alamat:
SF Watersports Centre
Pantai Pasir Bogak,
32300 Pulau Pangkor,
Perak

Hubungi:
Tel : 012-510 9286, 012-5042 760, 012-480 6328
Email : fun@sfwatersports.info
Laman web : SF Watersports Centre

Harga tiket:
Harga tiket adalah bergantung kepada aktiviti.
Island hopping : RM20 - seorang
Island hopping : RM60 - RM350 ( per bot)
Island Cruise : RM65 - seorang

Waktu operasi:

Setiap hari : 7.00 am - 7.00 pm

Boat trip Pulau Pangkor

4- ATV Adventure

Anda boleh mencuba aktiviti ATV Adventure yang juga menarik untuk dilakukan bersama ahli keluarga atau rakan-rakan. Aktiviti ini ada sepanjang masa. Anda akan melalui trek mencabar melalui pantai, hutan, mendaki dan menuruni bukit yang pasti memberi kepuasan tersendiri.

Jangan ketinggalan untuk mencuba ATV Adventure jika anda bercuti di Pangkor. Anda tidak perlu risau jika ini adalah kali pertama kerana ada staf yang sedia membantu. Rasai pengalaman menyeronokkan meronda dengan ATV. Anda tidak akan menyesal.

Alamat:
ATV Adventure Pangkor
32300 Pulau Pangkor,
Perak

Hubungi:
Tel : 011-1117 7597, 011-1146 9539
Whatsapp : 011-2746 0251
Facebook : ATV Adventure Pangkor

Harga tiket:
Harga tiket sila hubungi ATV Adventure.
Dewasa : -
Kanak-kanak : -

Waktu operasi:

Setiap hari : 9.00 am - 5.00 pm

ATV Adventure Pulau Pangkor

5- Rekreasi

Aktiviti rekreasi menarik juga ada di Pulau Pangkor. Bagi yang memang sukakan aktiviti lasak, anda boleh melakukan aktiviti jungle trekking. Beberapa trek menarik disediakan. Biasanya trek Teluk Nipah adalah yang paling popular. Trek sepanjang 3KM ini mengambil masa kira-kira 1 jam.

Pukat tarik juga adalah aktiviti rekreasi yang agak popular di Pulau Pangkor. Jika anda datang bercuti beramai-ramai, cuba aktiviti yang menyeronokkan ini. Jika tidak, anda boleh bercampur dengan peserta lain. Aktiviti ini ditawarkan di pantai oleh Jet Water Sport Pulau Pangkor, Pangkor Beach Watersports Station dan lain-lain. Syaratnya ialah minima 10 orang dewasa. Hasil tangkapan menjadi milik anda. Jadi dapatlah merasa ikan segar hasil tangkapan sendiri. Anda juga boleh berurusan dengan pihak pengurusan resort atau chalet penginapan untuk menempah aktiviti ini.

Bagi yang membawa anak-anak bercuti, anda boleh mencuba aktiviti unik iaitu hornbill feeding di Sunset View Chalet. Aktiviti ini adalah percuma. Jika takut, anda boleh melihat sahaja hornbill diberi makan setiap hari pada pukul 6.30 petang. Jangan lupa mengambil gambar aktiviti unik ini sebagai kenangan.

Alamat:
Sunset View Chalet
Lot 4461, Teluk Nipah,
32300 Pulau Pangkor,
Perak

Hubungi:
Tel : 05-6855 448
Mobile : 012-408 2297
Email : sunsetviewchalet@gmail.com
Facebook : Sunset View Chalet

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk / Harga aktiviti
Jungle trekking : RM250 - satu kumpulan (bawah 20 orang)
Kanak-kanak : RM10

Waktu operasi:

Setiap hari : 9.00 am - 6.00 pm
Hornbill feeding : 6.30 pm

Memberi makan burung enggang

6- Memancing

Bagi yang minat memancing ikan, anda boleh memancing disekitar pulau. Ada beberapa lokasi ditepi pantai yang sesuai untuk anda melontar umpan. Pada waktu malam, pantai Pasir Bogak agak meriah dengan pemancing.

Untuk pemancing tegar, trip memancing di laut turut disediakan di Pulau Pangkor. Ada dua pakej popular iaitu trip memancing di perairan Pulau Pangkor dan trip memancing ke Pulau Sembilan. Jika berminat, jangan lupa bawa peralatan anda.

Pakej ke Pulau Sembilan ialah selama 6 hingga 8 jam. Bot boleh memuatkan sehingga 6 orang penumpang.

Alamat:
SF Watersports Centre
Pantai Pasir Bogak,
32300 Pulau Pangkor,
Perak

Hubungi:
Tel : 012-510 9286, 012-5042 760, 012-480 6328
Email : fun@sfwatersports.info
Laman web : SF Watersports Centre

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk / Harga aktiviti
Pulau Tengah / Pulau Mentangor : RM160 sejam
Pulau Sembilan : RM1,200 per trip

Waktu operasi:

Setiap hari : Siang dan malam

Memancing di Pulau Pangkor

7- Menunggang kuda

Aktiviti menunggang kuda ada di Pantai Pasir Bogak. Pengunjung boleh bergambar dan menunggang kuda. Walau bagaimanapun, saya cuma melihat aktiviti ini pada musim cuti sekolah dan hari cuti umum. Anda boleh hubungi pihak berkenaan jika berminat.

Alamat:
Pantai Pasir Bogak
Jalan Pasir Bogak,
32300 Pulau Pangkor,
Perak

Hubungi:
Tel Pejabat : 012-680 6068, 012-666 6823
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket mengikut aktiviti.
Menunggang kuda : RM40
Bergambar diatas kuda : RM10
Bergambar bersama kuda : RM5

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.30 am - 7.30 pm

Menunggang kuda

8- Berkhemah

Jika anda dalam kumpulan yang ramai, atau membawa anak-anak bercuti, apa kata cuba aktiviti berkhemah? Tambahkan sahaja sebagai salah satu aktiviti percutian kali ini. Ia pasti memberi pengalaman menarik percutian anda.

Ada beberapa tempat perkhemahan di Pulau Pangkor yang menarik untuk aktiviti ini.

  • Standard Camp Pangkor - Terletak berhampiran pantai Pasir Bogak.
  • Nazri Nipah Camp - Teluk Nipah
  • Pangkor Rimba Kem - Coral Beach. 013-510 9384

Pastikan anda menyewa chalet selain khemah. Jika tidak selesa atau ada apa-apa masalah, anda boleh balik tidur di bilik berhawa dingin.

Alamat:
Lot 53, Pasir Bogak,
32300 Pulau Pangkor,
Perak

Hubungi:
Tel Pejabat : 05-685 1878
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Selasa - Ahad : 8.00 am - 6.00 pm

Pangkor Rimba Kem

9- Meronda waktu malam

Aktiviti yang sangat menyeronokkan tetapi ramai yang mengabaikannya. Maklumlah semua penat setelah melakukan berbagai aktiviti di siang hari. Namun, percayalah, meronda Pulau Pangkor waktu malam memberi pengalaman percutian yang sangat berbeza kerana pemandangan unik ini hanya dapat dilihat pada waktu malam.

Antara tempat menarik yang mesti anda lawati di waktu malam ialah Masjid terapung Pulau Pangkor. Pada waktu malam, masjid ini dihiasi lampu berwarna warni yang sangat cantik. Anda boleh bersantai di dataran tepi pantai yang dilengkapi pondok rehat.

Lokasi lain yang menarik ialah pekan Pulau Pangkor. ia agak meriah pada waktu malam. Selain itu, Pantai Pasir Bogak juga mesti disinggahi. Suasana agak meriah dengan pengunjung yang membawa keluarga. Tidak kurang juga yang memancing ikan.

Beberapa tempat menarik lain boleh disinggahi sepanjang perjalanan. Kota Belanda juga boleh dikunjungi cuma jangan datang seorang diri. Walaupun diterangi lampu dan rumah penduduk disekeliling, ia masih menyeramkan.

Lokasi menarik:
Masjid Terapung
Pekan Pulau Pangkor
Pantai Pasir Bogak
Kota Belanda

Hubungi:
Tel : -
Mobile : -
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk / Bayaran aktiviti
Dewasa : Tidak perlu
Kanak-kanak : Tidak perlu

Waktu operasi:

Setiap hari : Siang dan malam

Masjid Terapung Pulau Pangkor waktu malam

10- Membeli-belah

Pulau Pangkor telah diisytiharkan secara rasmi menjadi Pulau Bebas Cukai mulai 1 Januari 2020. Kini anda boleh membeli-belah barangan bebas cukai seperti di Pulau Langkawi. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan berbagai jenis cokelat, pinggan mangkuk, periuk belanga dan lain-lain dengan harga yang lebih murah bila bercuti di pulau ini.

Beberapa kedai dan pasaraya sudah beroperasi. Cuma harga bebas cukai masih belum dilaksanakan setakat ini. Mungkin menunggu ia dirasmikan secara formal. Apapun, pengisytiharan Pulau Pangkor sebagai PBC pasti menaikkan lagi populariti pulau ini sebagai destinasi pilihan untuk bercuti.

Selain itu, Pulau Pangkor sangat terkenal dengan produk hasil laut. Keropok ikan, sate sotong dan lain-lain dijual di kilang dan kedai seluruh pulau. Jangan lupa untuk dapatkan produk hasil laut yang paling popular iaitu ikan bilis mata satu biru. Ia dikatakan spesis ikan bilis yang paling sedap di dunia.

Alamat:
Pulau Pangkor
32300 Pulau Pangkor,
Perak

Hubungi:
Tel: -
Fax : -
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa / Kanak-kanak : Tidak perlu tiket.

Waktu operasi:

Setiap hari : 9.00 am - 9.00 pm

membeli-belah di Pulau Pangkor

Kesimpulan

Demikian top 10 aktiviti menarik di Pulau Pangkor yang boleh anda cuba. Rasanya aktiviti ini bersama dengan tempat menarik untuk dilawati sudah cukup untuk memenuhi waktu terluang percutian anda. Operator pelancongan yang disenaraikan adalah sebagai panduan sahaja. Anda boleh memilih mana-mana operator pilihan sendiri.

Pihak Percutian Bajet tidak terlibat atau bekerjasama dengan mana-mana operator pelancongan. Semoga anda beroleh manafaat dari apa yang saya kongsikan. Jangan lupa kongsikan artikel ini dan komen dibawah.

Anda rasa senarai diatas tidak memuaskan?

Artikel berkaitan

Jangan datang ke Pulau Pangkor sebelum baca artikel dibawah.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.